DIANA MELIHAT SEKELILING rumah agam itu, kagum dia melihat rumah besar itu dijaga rapi. Sudah puas menjelajahi rumah itu, dia melangkah keluar dari rumah untuk melihat halamannya pula.
"Cik Diana." Diana mendongak memandang seorang lelaki yang segak berbaju hitam sedang menjaga pintu utama. Lelaki itu membongkok sedikit ke arahnya sebagai tanda hormat.
"Tak perlu lah bercik-cik dengan saya, panggil je Diana." Senyuman manis dihadiahkan buat lelaki itu. Lelaki itu pula membalas senyumannya.
"Saya Izz, awak nak ke mana ?"
"Saya nak tengok rumah ni" Gadis itu tersengih kekok. Izz mengangguk.
"Pergilah, dekat hujung sana ada kolam renang dan kolam ikan" Senyuman manis tidak lekang dari bibir Izz, suka dia melihat wajah polos gadis itu. Diana mengangguk, dengan laju kaki melangkah ke tempat yang dikatakan oleh Izz.
"Wow ! Banyaknya ikan" Bersinar-sinar matanya apabila melihat pelbagai jenis ikan ada. Semuanya cantik-cantik. Kaki melangkah ke kolam renang pula. Besar dan dalam juga, jikalau tubuh kecil dan pendeknya terjatuh ke dalam tu mahu lemas dia nanti.
Langkah diatur ke belakang rumah pula, ramai juga lelaki-lelaki bertubuh sasa menjaga kawasan itu, kawasan depan juga sama.
Membulat besar matanya apabila melihat banyak pasu-pasu yang terisi pokok bunga. Sungguh cantik kawasan ini, seperti taman bunga pun ada. Di lihat satu-persatu pokok bunga. Bunga yang menjadi tarikannya ialah bunga ros merah.
"Wanginya..." Di hidu bau bunga itu. Belum sempat tangannya mahu menyentuh kelopak bunga ros itu, suara deheman seseorang membuatkan pergerakkannya terhenti. Dengan pantas tubuh di pusingkan untuk melihat figura yang berdeheman tadi.
Terkaku seketika apabila gadis itu melihat Tengku Damien sedang merenungnya tajam, tangan jejaka itu memeluk tubuh sendiri.
"Kau buat apa kat sini ?" Kaki melangkah merapati tubuh kecil Diana. Tidak keruan gadis itu dibuatnya.
"S-saya nak tengok bunga-bunga ni..." Tengku Damien memandang wajah Diana sekilas sebelum memandang ke arah bunga-bunga yang ditanam oleh Mamanya, Tengku Hanania.
Sememangnya, Tengku Hanania menyukai bunga-bunga sehinggakan wanita itu membuat taman bunga dibelakang rumahnya dan dihalaman rumah wanita itu. Katanya mahu anaknya jaga bunga-bunga itu, tapi tugas itu dia berikan pada Makcik Milah.
"Kaki kau dah okay sepenuhnya kan?" Diana mengangguk.
"Pergi siap, ikut aku." Tanpa sempat Diana melontarkan soalan, laju saja Tengku Damien melangkah meninggalkannya. Diana bingung, ke mana jejaka itu mahu membawanya ?
"Faster !" Kalut Diana berlari masuk ke dalam rumah agam itu, biliknya dituju.
"Kita buat apa kat sini ?" Diana memandang sekeliling mall itu. Entah mengapa jejaka itu membawanya ke sini, dia pun tidak tahu.
"Beli barang keperluan kau." Diana mengejar langkah Tengku Damien yang besar itu. Tahulah kaki panjang.
"Untuk apa ? Saya mana ada duit nak beli." Tengku Damien mengerling sekilas wajah Diana yang menunduk itu.
"Aku tak suruh kau bayar pun." Mereka memasuki kedai pakaian wanita.
"Ambil je mana yang kau nak." Tengku Damien menolak sedikit bahu gadis itu agar masuk ke dalam kedai. Diana dengan perlahan membelek-belek pakaian disitu, membuntang matanya apabila harga baju-baju tersebut. Mahal oi !
"Mahal lah awak..." Tengku Damien memutar biji matanya.
"Bukannya kau yang bayar, ambil je." Diana menggeleng tanda tidak mahu. Tengku Damien mengeluh. Dia memanggil seorang pelayan wanita.
"Ada saya boleh bantu ?"
"Carikan pakaian yang sesuai untuk dia." Pelayan wanita itu mengangguk sebelum mengamit Diana agar mengikutinya.
Selepas 20minit, gadis itu muncul di hadapan Tengku Damien yang sedang elok santai di sofa yang disediakan sambil bermain dengan iPhone miliknya.
"Awak, dah selesai." Tengku Damien mengangkat wajah dari menatap skrin telefonnya, iPhone disimpan ke dalam kocek seluar. Tubuh diangkat dari duduk. Mereka ke arah kaunter pembayaran. Tengku Damien mengeluarkan dompetnya, kad berwarna hitam dihulurkan pada juruwang.
Kad itu kembali ke tangan jejaka itu semula, dia menyimpan kadnya kembali.
"Jom, nanti anak buah aku bawakan barang-barang ni." Mereka menapak keluar dari situ, Diana hanya mengikut saja langkah jejaka di hadapannya itu. Mereka memasuki restoran pula. Meja yang sedikit tersorok dari orang ramai menjadi pilihan.
"Kau nak makan apa ?"
"Sa-saya ikut awak lah..." Serentak itu seorang pelayan lelaki datang ke arah mereka untuk mengambil pesanan. Selesai saja Tengku Damien membuat pesanan, pelayan lelaki itu berlalu pergi.
Keadaan menjadi agak canggung. Tengku Damien dengan telefonnya manakala Diana pula hanya menunduk sambil bermain dengan jarinya. Gadis itu cuba untuk memecahkan ke canggungan yang berada di sekitar mereka.
"Awak." Tengku Damien mengangkat wajah memandang Diana, menunggu gadis itu meneruskan ayatnya.
"Terima kasih sebab belanja saya." Senyuman manis diberikan pada Tengku Damien, terpanar seketika jejaka itu. Dia berdehem untuk menghilangkan rasa debaran dihati. Wajah pula di paling ke arah lain.
"Hm, sama-sama." Tengku Damien cuba beriak biasa, tidak dinafikan, Diana memang sangat menawan apabila memakai tudung bawal berwarna hitam yang diberi olehnya tempoh hari. Sudah lah pipi gadis itu semakin bulat apabila memakai tudung itu.
Tidak lama kemudian, makanan yang dipesan oleh mereka telahpun sampai. Mereka menjamah makanan mereka dengan senyap, hanya bunyi sudu serta garfu saling berlaga dengan pinggan dan kebisingan orang di sekitar mereka.
TBC
Mmg xnk sy rehat lama ii ke ? 🥲
Jika ada typo, kesalahan ejaan dan tatabahasa mohon tegur dan maaf
12 vote for unlock next chap !
YOU ARE READING
BABYGIRL || TENGKU DAMIEN NAUFAL (SU)
ActionSecond story;- "Diana Natasha, she is mine" "Erm... A-awak, b-bila saya boleh bebas dari sini ? Aw-awak tak boleh be-bebaskan saya ke ?" - Diana Natasha "No ! Sehinggalah hutang kau pada aku, langsai. Baru aku lepaskan kau. Kau fikir aku beli kau gu...