BAB 4

644 35 1
                                    

TERSENTAK DIANA APABILA nama nya diseru kuat oleh Puan Melati. Dengan pantas gadis itu berlari ke dapur dimana wanita itu berada.

"Ya, makcik ?" Takut takut gadis itu menyoal.

"Mana sarapan ?! kenapa kau tak masak ?!" Puan Melati menengking kuat. Diana menunduk wajah.

"Ba–barang dapur dah habis.. itu yang Di–Diana tak masak.. " Perlahan suara gadis itu menjawab. Nada suaranya juga bergetar. Puan Melati mendengus kuat. Diana masih tertunduk menekur lantai.

"Kau pergi siap cantik cantik ! kemas barang barang kau sekali !" Lambat lambat Diana mengangguk.

"Kau tunggu apa ?! pergi siap cepat !" Diana yang terkejut mendengar tengkingan itu dengan cepat mengorak langkah ke biliknya.

Selepas beberapa minit, kelibat Liyana pula muncul.

"Apa bising bising ni ibu ? Yana nak tidur pun tak senang tahu" Ujar Liyana. Kepalanya digaru.

"Kau baru nak bangun ? dengan rambut macam sarang burung ! pergi mandi !" Gadis itu mengangguk. Akur dengan arahan ibunya.

"Kejap !" Liyana memberhentikan langkahnya. Mata kembali memandang ke arah ibu nya.

"Aku nak keluar jual budak tu ! kau jaga rumah !" Liyana menjeling menyampah. Kepalanya mengangguk sekali lagi sebagai tanda menjawab balasan wanita itu.

Sempat juga dia mengeluh.













"Makcik nak bawak Di–Diana pergi mana ?" Soal Diana perlahan. Di depannya sekarang ini ialah kelab malam.

"Kau diam ! ikut je aku !" Kasar wanita itu membalas.

Mereka berdua masuk ke dalam kelab malam itu. Di kelab malam itu tidak lah terlalu ramai orang. Mungkin kerana masih pagi.

"Theong ! sini !" Panggil Puan Melati.

Lelaki yang bernama Theong itu berjalan menuju ke arah Puan Melati dan Diana. Di tilik atas bawah tubuh Diana. Pandangan matanya dipenuhi dengan nafsu.

"Cantik.."

Diana mula mengecilkan dirinya apabila tidak selesa dipandang begitu. Seram sejuk dirinya.

Pandangan Theong kembali ke arah Puan Melati.

"Manyak cantik ini perempuan.. wa kasi lu RM30 000. RM20 000 hutang lu langsai. RM10 000 lu munya" Ujar Theong bersama senyuman sinis.

"Baik ! aku jual dia !" Terkejut Diana apabila mendengar ucapan itu. Wajah Puan Melati yang sedang tersenyum sinis dipandang.

"Makcik, sanggup makcik jual Diana ! Makcik ingat Diana ni apa ?!" Tanpa sedar, airmata memenuhi ruangan mata gadis itu.

"Diana taknak ikut lelaki tu. Diana nak duduk dengan makcik ! tolong makcik, jangan buat Diana macam ni ! Diana merayu.." Sambung Diana. Pipi nya sudah lecun akibat dibasahi airmata. Lengan Puan Melati dipegang.

Rintihan gadis itu diabaikan, dengan pantas Puan Melati merentap lengannya.

"Kau tu budak malang, aku taknak duduk sekali dengan budak malang macam kau ! mulai harini aku bukan makcik kau lagi !" Tubuh Diana ditolak kasar menyebabkan dirinya tiada keseimbangan dan jatuh tersembam.

Selepas saja Puan Melati mengambil wangnya. Wanita itu terus saja berlalu pergi meninggalkan Diana yang menangis teresak esak disitu.

Kejam sungguh makciknya, sanggup menjual anak buahnya sendiri, darah dagingnya sendiri.

TBH

Maaf hambar, jika ada typo, kesalahan ejaan / tatabahasa, mohon ditegur / diberitahu. Tq ❤️

BABYGIRL || TENGKU DAMIEN NAUFAL (SU)Where stories live. Discover now