BAB 3

564 34 2
                                    

"Ibu !! kenapa perempuan tu ada lagi kat sini ?! sakit tahu tak mata Yana tengok dia !" Liyana menjeling tidak puas hati.

"Bukan kau seorang je sakit mata ! aku yang hari hari hadap muka dia lagi sakit mata tahu !" Balas Puan Melati. Liyana mencebik bibir. Selepas beberapa saat, tiba tiba sahaja telefon milik Puan Melati berdering meminta diangkat.

"haih ! tak reti sabar ke cina ni !" Bengang Puan Melati. Telefon dilekapkan di telinganya.

"Hello ?!" Panggilan dijawab sedikit kasar.

"Lu bila mau bayar hutang ? wa tunggu lama lu tahu tak. Wa dah kasi lu tempoh dua bulan, tapi hutang tak da langsai ?" Ujar lelaki itu dengan slang cina.

"Haih ! aku tak ada duit lah ! kau fikir dua bulan tu cukup ke ?!" Balas Puan Melati. Nadanya masih sama, kasar.

"Lu pandai hutang, pandai bayar ! wa tak kira, wa kasi lu lagi dua hari. Lu tak langsaikan, nyawa lu melayang."

"Macam ni lah, kau ada buka kelab malam kan ? apakata aku jual anak buah perempuan aku pada kau ? jangan risau, masih fresh" Tersenyum sinis Puan Melati apabila menutur ayatnya itu. Lelaki cina itu terdiam seketika, kemudian lelaki itu ketawa sinis.

Liyana yang masih berada berdekatan Puan Melati, mengerut dahi. Tidak faham apa yang dibahaskan oleh ibu nya. Jual ? fresh ? apa semua itu ?.

"Lu bawak lu punya anak buah esok pagi dekat kelab wa. Jangan lambat !" Selesai saja lelaki cina itu menutur ayatnya, panggilan terus saja ditamatkan olehnya.

"Siapa call tu, ibu ?" Soal Liyana.

"Ahlong." Balas Puan Melati ringkas. Liyana membulat mata tidak percaya.

"Ibu biar betul ?! kenapa ibu pinjam ahlong ?! macam mana ibu nak bayar balik ? Yana tak nak ikut campur sekali eh !" Puan Melati merengus kasar mendengar ujaran gadis itu. Rimas wanita itu dibuatnya.

"Cuba kau diam ?! rimas aku tahu tak ? kau tak payah risau, aku dah tahu macam mana nak bayar balik !" Puan Melati membalas kasar. Dijeling tajam gadis itu.

"Ibu nak bayar pakai apa ? duit ? ibu kerja pun tak !"

"Kau diam je lah ! aku tahu apa nak buat" Balas Puan Melati. Liyana hanya berdiam diri. Wajahnya berubah masam.

Tidak lama kemudian, muncul kelibat Diana bersama bagasi milik Liyana. Puan Melati merenung lama ke arah Diana hingga mengundang tanda tanya dari anak gadisnya. Liyana mengerut dahi. matanya turut memandang ke arah Diana.

Liyana menekup mulut tidak percaya apabila seakan akan mengetahui 'bayaran' yang dikatakan oleh ibu nya tadi.

"Jangan kata ibu nak jual perempuan ni ?" Bisik Liyana. Dan sangkaannya tepat apabila wanita itu menganggukkan kepala. Wajah gadis itu jelas terkejut. Tidak disangka. ibu nya mahu menjual sepupunya sendiri hanya kerana ingin melunaskan hutang–hutang wanita itu.

Kelibat Diana mula hilang apabila gadis itu masuk ke bilik Liyana untuk meletakkan bagasi milik gadis itu.

"Serious lah ibu nak jual dia kat ahlong tu ?"

"Ya ! ish, cuba kau ni jangan banyak tanya ! serabut lah aku !" Selesai saja menutur ayatnya terus saja wanita itu bangun dari duduknya dan meninggalkan Liyana sendirian. Liyana hanya mencebik bibir.

"L–Liyana.. ba–bagasi Liyana, Diana dah le–letak dalam bilik.." Ujar Diana gugup. Liyana memandang ke arah Diana. Gadis itu menjeling tajam ke arah Diana.

"Boleh tak kau jangan ada depan mata aku ! menyampah kau tahu tak tengok muka hodoh kau ni !" Diana menunduk kepala. Hinaan Liyana padanya sebentar tadi diabaikan. Gadis itu tersenyum kecil kemudian berlalu pergi.

TBH

jika ada typo, kesalahan ejaan / tatabahasa, mohon ditegur / diberitahu. Tq ❤️

BABYGIRL || TENGKU DAMIEN NAUFAL (SU)Where stories live. Discover now