• Prolog •

773 52 3
                                    

TERPISAT PISAT DIANA Natasha membuka mata nya. Dia mula bangun dari pembaringannya. Dia menguap seketika sebelum merengang kan badan nya. Kemudian gadis itu bergerak menuruni katil. Dia mula mengorak langkah ke arah bilik mandi. Tuala tidak lupa dicapai.

Kini gadis itu sudah lengkap berpakaian biasa. Hanya seluar slack berwarna hitam dan baju T-shirt berlengan panjang berwarna merah jambu. Dia juga sudah mengambil wudhuk. Gadis itu bergerak ke arah meja solek.

Cermin meja solek dipandang lama. Atau lebih tepat memandang pantulan dirinya. Kesan lebam yang berada di bibirnya disentuh, dia berdesis perlahan. Bibirnya menjadi begitu angkara ibu saudaranya yang menamparnya.

Tidak mahu memikir panjang. Gadis itu membuka langkah ke arah almari. Pintu almari dibuka lalu telekung serta sejadah diambil. Almari ditutup semula. Sejadah dihamparkan mengikut kiblat. Gadis itu mula menyarung telekung pada tubuhnya.

USAI SAJA DIA mengamin kan doa nya. Gadis itu mula membuka telekung nya. Dilipat telekung berwarna putih itu dengan kemas. Sejadah juga dilipat. Disimpan semula telekung dan sejadah ditempat asalnya. Diana mengorak langkah ke arah pintu bilik. Dedaun pintu ditarik.

Kaki dibawa menuju ke dapur. Jarak dapur dan biliknya tidaklah jauh. Rumah makciknya hanya lah sebuah rumah papan. Sederhana kecil dan selesa. Baginya sudah mempunyai rumah untuk berteduh itu sudah cukup.

"Apa aku nak masak eh?" Bergumam kecil gadis itu. Dibuka peti ais untuk melihat barang basah. Hanya ada ikan mentah sahaja. Dicapai bekas yang berisi ikan lalu dibawa ke singki.

Maka bermula lah aktiviti nya.




















"DIANA !! MANA KAU ?! sini cepat!" Lantang suara Puan Melati menyeru nama anak saudara nya. Diana Natasha yang baru saja selesai menunaikan sholat fardhu Zuhur itu dengan pantas berlari ke arah makciknya dengan telekung yang masih tersarung di badan.

"Y-ya makcik ?" Takut takut gadis itu menjawab. Pandangannya dihala ke arah lantai. Tidak berani dia mahu menatap wajah bengis mak saudara nya.

"Kau curi duit aku ye ?! kenapa duit aku berkurang ha?!" Jerkah Puan Melati. Dahi Diana ditunjal kasar.
"T-tak makcik. D-Diana tak usik pun duit makcik. D-Diana daritadi dekat bilik"

Perlahan nada gadis itu menutur ayatnya. Suaranya juga sedikit bergetar.

"Kau jangan nak menipu aku lah ! kau yang curi duit aku kan ! kau memang nak kena kan!" Pipi kanan Diana di tampar kasar. Kemudian dicabut telekung yang tersarung di tubuh Diana, dicampak ke lantai. Kemudian tubuh kecil gadis itu di di seret menuju ke bilik air yang terletak di ruangan dapur.

Baldi kecil yang berisi air dicurah ke atas tubuh kecil Diana. Tercungap cungap gadis kecil itu mengambil nafas. Wajahnya juga memerah. Tangannya pula tergapai gapai cuba untuk menghentikan air daripada terus menerus membasahi dirinya.

Apabila baldi itu sudah kosong. Dicampak baldi itu ke tepi dengan perasaan puas. Selepas itu Puan Melati mula melangkah meninggalkan Diana yang menangis teresak esak.

Hidup nya sungguh menyedihkan.

Airmata diseka lembut. Dengan sisa tenaga yang ada, dia mencuba untuk bangun. Kain telekung yang basah lencun diangkat sedikit untuk memudahkan dirinya berjalan. Langkah dibuka menuju ke bilik untuk membersihkan dirinya.






How ? hambar bukan ? 😌
Maaf jika ada kesalahan ejaan atau kesalah tatabahasa serta typo. Maaf beribu maaf. Oh ye, jangan baca je. Vote lah sekali. Dan maaf sebab lama sangat menghilang 😵 and maaf. Pendek je chap kalini.

BABYGIRL || TENGKU DAMIEN NAUFAL (SU)Where stories live. Discover now