"Kenapa Mama nak jumpa Fal ?" Soal Tengku Damien. Wajahnya berkerut sedikit. Jika Mama suruh pulang ke rumah, pasti ada sesuatu yang dia mahukan.
"Aik, takkan nak jumpa anak sendiri pun tak boleh ?" Terangkat kedua-dua kening Mamanya. Tengku Damien tersengih kecil, digaru tengkuk yang tidak gatal.
"Kamu dah ada calon isteri ?" Apabila tidak mendengar balasan dari anaknya, laju saja Tengku Hanania menyoal. Ya, dia menyuruh anaknya pulang kerana ada sesuatu yang mahu dibincangkan.
Tengku Damien terkedu, tidak tahu mahu membalas apa. Dia sudah agak yang Mamanya akan melontarkan soalan itu kepadanya. Melihat anak sulungnya diam tidak membalas, wanita itu menggelengkan kepala.
"Mama nak kamu cari calon isteri" Putus Mama. Titik. Tiada bantahan yang dia mahu.
Jelas berkerut dahi Tengku Damien, seketika jejaka itu mengeluh.
"Fal busy lah, Mama. Mana sempat nak cari" Pujuknya. Mama menggeleng, dia tidak mahukan bantahan atau alasan dari anaknya.
"Mama tak kira, kalau kamu masih tiada calon isteri. Mama jodohkan kamu dengan Karina, anak Aunty Syifa." Tengku Damien membulatkan matanya. Biar betul Mama nya ini, mahu dia khawini Karina jika tiada calon isteri ? Sudahlah Karina itu cukup membuatkan dirinya menyampah dengan perangai gadis itu.
Tengku Damien menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan ujaran Mamanya.
"Are you serious ? With Karina ?" Jelas nada tidak suka apabila dijodohkan dengan gadis yang disebut oleh Mama. Tengku Hanania mengangguk.
"You're already 28 years old, Naufal ! Sampai bila nak membujang ? Kawan-kawan Mama semua dah ada cucu dan menantu, Mama bila pula ?" Mengendur suara wanita itu apabila di akhir ayat. Tengku Nufael memeluk bahu isterinya, di usap lembut lengan wanitanya. Cuba untuk menenangkan sang isteri.
Dia tahu isterinya itu kesepian. Sudahlah anak gadisnya sambung belajar diluar negara, anak sulungnya sibuk dengan pekerjaan dan dia juga sibuk menguruskan syarikat-syarikat miliknya. Tengku Damien hanya mendiamkan diri sedari tadi.
"Dah lah tu, beri dia masa. Sayang pun jangan paksa sangat" Lembut saja Tengku Nufael menegur isterinya. Ditarik pinggang isterinya supaya merapati tubuhnya. Satu kucupan hangat diberikan di pipi wanita itu. Merah padam wajah Tengku Hanania apabila dibuat sebegitu.
Di cubit perlahan lengan kekar suaminya yang melingkari pinggangnya. Hilang sudah rasa marah dan sedih pada anak sulungnya. Tengku Damien yang melihat adegan itu sedaya upaya menahan senyum. Sememangnya Papa adalah ubat penenang untuk Mamanya.
"Fal minta maaf, tapi tolong beri Fal masa" Mama diam. Melihat Mama yang diam, laju saja Tengku Nufael mengetatkan pelukkan. Di dekatkan bibirnya di telinga sang isteri.
"Bagi dia masa eh, sayang?" Pujuk Tengku Nufael. Di usap lembut pinggang isterinya. Lambat-lambat Tengku Hanania mengangguk. Benar, dia tidak boleh memaksa anaknya.
"Mama beri Fal masa" Senyuman manis diberikan. Tengku Damien turut membalas senyuman Mama. Dia mendekati Mamanya kemudian dikucup lembut kekura tangan Mamanya. Kemudian dikucup juga pipi Mamanya.
"Yo-- ada apa ni ?" Adrian yang baru muncul memandang pelik ke arah sekeluarga tersebut. Berpeluk-peluk bagai. Dia terlepas apa-apa ke ni ?
"Tak ada apa. Dah, jom balik." Tengku Damien terus saja berjalan ke arah pintu utama selepas dia memberi salam kepada kedua ibubapanya. Adrian yang terpinga-pinga hanya mengikut saja langkah sahabatnya.
"Oh ya !" Tubuh Adrian berpusing menghadap Tengku Hanania dan Tengku Nufael.
"Mama masak sedap ! Nanti Ad datang lagi ya !" Adrian tersengih kemudian mengenyitkan matanya ke arah Mama. Wanita itu hanya tersenyum saja melihat perilaku Adrian yang tidak matang itu. Adrian kembali mengikuti langkah Tengku Damien. Mereka sudah menganggap Adrian itu seperti anak mereka sendiri. Jejaka itu nampak saja seorang yang ceria, namun ada 1001 kesedihan yang dia simpan.
PINTU BILIK DIBUKA dari luar. Wajah Tengku Damien menghiasi kornea mata Diana. Jejaka itu memeluk tubuh sambil bersandar di sisi pintu.
"Kaki sakit lagi ?" Soalnya.
"S-sikit." Diana menunduk memandang kakinya. Atau lebih tepat, mengelak dari panahan mata coklat cair jejaka itu. Berdegup laju jantung Diana apabila mendengar derapan kaki yang menghampiri dirinya yang duduk di katil itu. Tolonglah jangan dekat !
Hujung baju di genggam erat. Wajah tidak berani diangkat. Tengku Damien berdiri di sisi katil. Iris coklat cair jejaka itu tajam memandang ke arah sisi wajah Diana yang dilitupi helaian rambut gadis itu.
Sudah masuk 3hari dia berkurung di dalam bilik ini. Kakinya juga sedikit pulih, boleh lah setakat gerak-gerakkan saja. Mahu berjalan, kakinya masih ngilu dan terasa sedikit sakit apabila menginjak lantai.
"Kalau sakit lagi, cakap." Datar saja nada suara jejaka itu. Diana dengan cepat mengangguk kepala. Wajah masih tidak berpaling memandang Tengku Damien. Takut dia dengan renungan tajam jejaka itu.
Tiba-tiba, Tengku Damien menjauh dari katil yang di duduki oleh Diana. Jejaka itu berjalan ke meja solek sebelum mengambil dua beg kertas berjenama yang berada di atas meja solek itu. Entah bila jejaka itu membawa beg kertas itu pun dia tidak tahu. Di lihat saja tingkah laku jejaka ini.
Jejaka itu berjalan mendekatinya semula, beg kertas itu dihulurkan tepat di hadapan wajah Diana. Tersentak juga dia dibuatnya.
"Untuk kau." Datar. Diana memandang sekilas anak mata jejaka itu sebelum menyambut huluran itu dengan teragak-agak. Di buka sedikit kedua-dua beg kertas tersebut, ingin melihat isinya. Ada, dua helai tudung berwarna hitam. Tudung sarung dan bawal. Kemudian di jeling pula isi beg kertas yang kedua. Tiga helai baju T berlengan panjang dan tiga helai seluar slack. Kesemuanya berwarna hitam.
"Te-terima kasih" Senyuman tipis diberikan kepada jejaka itu. Terpanar seketika jejaka itu apabila melihat senyuman gadis itu. Biarpun tipis, tapi terlihat cantik dimatanya. Tengku Damien berdehem sedikit sebelum mengangguk bagi menjawab ucapan gadis kecil itu.
Tengku Damien menapak keluar dari bilik itu sebelum menutup pintu bilik itu. Dia membeli tudung untuk gadis itu kerana dia perasan, setiap kali dia masuk ke dalam bilik itu, pasti gadis itu cuba menutup rambutnya menggunakan tuala mandi. Baju dan seluar pula, kerana dia melihat pakaian gadis itu sudah buruk dan lusuh.
TBC
Typo, kesalahan ejaan dan tatabahasa? Maaf dan sila tegur, maseh
YOU ARE READING
BABYGIRL || TENGKU DAMIEN NAUFAL (SU)
ActionSecond story;- "Diana Natasha, she is mine" "Erm... A-awak, b-bila saya boleh bebas dari sini ? Aw-awak tak boleh be-bebaskan saya ke ?" - Diana Natasha "No ! Sehinggalah hutang kau pada aku, langsai. Baru aku lepaskan kau. Kau fikir aku beli kau gu...