BAB 12

441 25 1
                                    

"Baby ku, Alex !!" Adrian berlari menuju ke arah Alex, lebih tepat Alexander Rayhan. Mereka berpelukkan bagai tiada hari esok. 

"My baby, Rian !! I miss you so much babi ! Eh, baby" Alex tersengih apabila melihat wajah bengang Adrian, terus saja tubuh sasa Alex ditolak kasar oleh nya, hampir saja dia kehilangan keseimbangan. Adrian memeluk tubuh dan mulut dimuncungkan. Gaya-gaya merajuk. Fikir dia pekak ke ? 

"Comel. macam anjing" Sekali lagi Alex tersengih apabila mendapat jelingan tajam oleh Adrian. Terus saja Adrian mengangkat kakinya ke arah sofa taken dimana Tengku Damien berada. Ruangan kosong yang berada di tepi Tengku Damien diambil. Misi mengadu ke baby Mien !

"Mien ! Kau tengok Alex tu, dia kata aku anjing..." Bibir dicebikkan, kepala pula disandarkan di bahu Tengku Damien. Alex menjeling menyampah manakala Tengku Damien hanya mengabaikan, dia sibuk menatap dan menekan-nekan skrin iPhone nya. 

"Eleh, ingat kau seorang je boleh mengadu ? Aku pun boleh tahu !" Dengan langkah gediknya, Alex menuju ke arah Noah Kyle yang sibuk membaca bukunya di sofa triple. Diambil ruang kosong di sebelah Noah sebelum bertindak menyandarkan kepalanya di bahu jejaka itu. 

Namun bukanlah bahu yang di dapat, tetapi yang menjadi tempat menyandarnya ialah arm rest sofa ! Sudah lah benda itu keras. Kepala digosok beberapa kali sambil bibir dicebikkan. Adrian sudah menghamburkan ketawa besar. 

Noah pula sudah pun duduk di sofa single, dingin saja wajahnya. Buku yang berada di tangannya dibaca dengan kusyuk. Sebelah kaki pula sudah bersilang. Rengekkan tidak puas hati Alex diabaikan. Adrian sudah menekan perutnya yang senak akibat ketawa tidak henti. Wajahnya juga merah. 

"Sedap tak ?" Alex menjeling tajam ke arah Adrian yang masih lagi mentertawakan dirinya. Kalau bukan kerana sahabat, sudah lama di tikam-tikam menggunakan pisau rambo nya. 

"Dah, tak payah buang masa. Pergi masuk bilik meeting." Tengku Damien bangun dari duduknya. iPhone disimpan di dalam kocek seluar sebelum melangkah ke sebuah bilik yang di khas kan untuk mereka membincangkan tentang pekerjaan gelap mereka. 

Noah menutup bukunya sebelum turut sama bangun dan mengikut langkah Tengku Damien. Alex dan Adrian saling berpandangan kemudian mereka mengangkat bahu, langkah diatur menuju ke bilik mesyuarat. Mereka melabuhkan punggung dikerusi. Wajah masing-masing mula serius. 

"Seperti yang kau orang tahu, Shoah dah mula bertindak lebih dari jangkaan." Mereka mendengar tuturan Tengku Damien dengan tekun.

"Aku nak kau, Adrian. Perhatikan gerak-geri dia. Noah, kau latih budak-budak yang masih mentah, kita dah tak ada banyak masa. Alex, bekalkan lebih banyak senjata dan peluru." Mereka mengangguk apabila menerima arahan daripada ketua mereka. 

"Itu saja buat masa ni. Bersurai." Mereka mengangguk lalu keluar dari bilik mesyuarat itu. 



















SUDAH 3 HARI berlalu, kelibat Tengku Damien masih belum kelihatan. Entah kemana jejaka itu pergi pun dia tidak tahu. Selalunya jejaka itu akan datang ke biliknya untuk menjenguk kakinya. Alhamdulillah, kini kakinya sudah pulih sepenuhnya. Tidak perlu memakai balutan di kaki lagi.

Soalan yang berlegar-legar dikepalanya cuba ditepis jauh, malas dia mahu memikirkannya. Sebenarnya, dia cuba untuk bertanya pada Makcik Milah. Tetapi nanti dianggap busybody pula. Kesudahnya, dia hanya membiarkan saja soalan itu tanpa jawapan. 

Diana memandang setiap pelusuk bilik yang didudukinya itu, entah mengapa laju saja kakinya melangkah ke meja solek. Laci meja solek itu cuba dibuka sedikit. Tidak berkunci ! Lantas ditarik laci itu agar dia dapat melihat isinya. 

Mak oi ! Banyak gila jam dan minyak wangi.

Semuanya berjenama dan semestinya mahal. Laci ditutup semula, tidak berani dia mahu menyentuh barang-barang yang mahal itu. Jika rosak, dia tidak mempunyai duit untuk menggantinya. 

Dia melangkah ke meja kecil yang berada di tepi katil, mahu membuka laci meja kecil itu. Tetapi, perbuatannya terbantut apabila mendengar bunyi ketukan pintu. Dengan tergopoh-gapah gadis itu mencapai tudung yang berada di atas katil sebelum disarung ke kepala. 

Diorak langkah ke pintu lalu dibuka. 

"Ya, Cik Milah ?" Pintu dibuka luas membiarkan wanita separuh baya itu masuk. Mereka sama-sama melabuhkan punggung di birai katil. Dilihat wajah Makcik Milah dengan senyuman tipis dibibir. Wanita itu turut membalas senyumannya. 

"Makcik nak cakap, Diana dah tak payah terperap dalam bilik ni lagi. Tuan dah beri kebenaran untuk keluar dari bilik. Kaki kamu pun dah membaik, kan"  Makcik Milah sudah tidak memanggil namanya berserta Cik kerana dia yang larang, awalnya Makcik Milah tidak mahu. Tetapi apabila ditegah banyak kali, barulah wanita itu akur. 

"Betul ke, Cik Milah ?" Membulat teruja wajah gadis itu, nada suara cuba dikawal supaya dia tidak meninggikan suara akibat terkejut dan teruja. Makcik Milah hanya mengangguk. 

"Cik Milah. Saya nak tanya sesuatu boleh ?" Pintanya. 

"Boleh, tanyalah."

"T-Tuan tu pergi mana ? Dah 3 hari Diana tak nampak dia.." Makcik Milah menahan ketawa. Bagi wanita itu, soalan yang diajukan oleh Diana itu kelihatan lucu. Dengan wajah polosnya lagi. 

"Tuan pergi ke Itali, ada urusan pekerjaan di sana" Diana mengangguk. Soalannya telah terjawab. Ternyata jejaka itu ke Itali atas urusan pekerjaan. 

TBC

maaf dan mohon tegur sekiranya ada kesalahan ejaan, tatabahasa dan typo. 

10 vote for unlock next chapter ! 

BABYGIRL || TENGKU DAMIEN NAUFAL (SU)Where stories live. Discover now