BAB 14

407 23 0
                                    

DIANA MEMANDANG SEKUNTUM bunga ros berwarna merah yang berada di tangannya, Tengku Damien yang memberikan bunga itu padanya, untuk apa dia pun tidak tahu. 

Satu persatu barang yang berada di dalam beg kertas itu dikeluarkan. Pelbagai jenis pakaian yang ada. Tudung, baju santai, seluar, tuala, pencuci muka, berus dan ubat gigi, kasut, selipar, tuala wanita dan pakaian dalamnya juga dibeli oleh jejaka itu. Malu dirinya apabila melihat tindakan selamba jejaka itu. 

Sedang di menyusun-nyusun barangnya, bunyi ketukkan pintu telah menganggu pekerjaannya. Lantas kaki di hayunkan ke arah pintu biliknya. Dia kini sudah berpindah bilik. Tengku Damien yang menyuruhnya untuk pindah ke bilik bersebelahan dengan bilik jejaka itu. Katanya jejaka itu mahukan bilik jejaka itu semula. 

Pintu bilik dibuka. Wajah Tengku Damien terpancul apabila dia membuka pintu. Jejaka itu menyandarkan tubuh tegap nya di sisi pintu.

"Ya, awak ?" Diana menunggu jejaka di hadapannya itu menutur hajatnya. Dengan tiba-tiba, jejaka itu menghulurkan sekuntum bunga ros berwarna merah padanya. Lambat-lambat gadis itu menyambut huluran jejaka itu. 

"Untuk saya ?" Diana memandang tepat wajah tampan itu. Tengku Damien menjatuhkan kepala beberapa kali. Diana tersenyum nipis. 

"Terima kasih." Tengku Damien hanya gumam sebagai balasan, tanpa berkata apa-apa dia terus melangkah pergi. 

Tersenyum nipis gadis itu apabila mengingat kembali kejadian itu. Bunga ros itu diletakkan di dalam bekas kaca yang terisi separuh air. Bekas itu diletakkan di atas meja kecil yang berada di sebelah katil.

Gadis itu menyelak langsir yang menutupi pintu gelangsar. Pintu gelangar yang memisahkan balkoni dan bilik itu pula ditarik agar terbuka. Angin senpoi-senpoi menampar wajahnya. Apabila dilihat-lihat, rumah agam Tengku Damien ini agak sunyi kerana rumah ini jauh dari kawasan-kawasan perumahan yang lain. 

Hanya dikelilingi hutan yang tidaklah terlalu tebal tetapi mampu menyembunyikan rumah besar itu daripada khayalak ramai. Diana mengeluh, entah bila dia boleh bebas dari rumah ini pun dia tidak tahu. Jejaka itu sudah membelinya dengan harga yang tinggi, dan tidak mungkin jejaka itu akan mudah saja membebaskannya.

















TUBUH DI GAGAHKAN untuk berdiri, dia mahu membincangkan sesuatu dengan jejaka itu. Kini dia sudah terpacak di ruang tamu, tempat dimana adanya jejaka itu. 

Diana hanya merenung saja tubuh tegap yang sedang elok duduk santai sambil bermain dengan iPhone miliknya. Entah mengapa kakinya tidak boleh bergerak, seperti di gam pula. Akhirnya dia hanya merenung jejaka itu, tubuh pula masih berdiri di tepi sofa yang tidaklah terlalu jauh dari sofa yang di duduki oleh jejaka itu. 

Lama gadis itu merenung jejaka itu sehinggalah Tengku Damien menyedari yang dirinya ditenung gadis itu. 

"Kau nak cakap apa-apa ke?" Mata tidak kalih dari memandang skrin telefonnya. Diana sedikit tersentak sebelum mendekati Tengku Damien.

"Erm... A-awak, b-bila saya boleh bebas dari sini ? Aw-awak tak boleh be-bebaskan saya ke ?" Kaki di gagahkan untuk melangkah merapati jejaka itu. 

"No ! Sehinggalah hutang kau pada aku, langsai. Baru aku lepaskan kau. Kau fikir aku beli kau guna daun ?" Iris hitam pekat jejaka itu tajam menikam mata hazel nya. Diana menundukkan wajahnya. 

"Macam mana saya nak langsaikan hutang a-awak, kalau saya pun tak ada duit ?" Perlahan dan halus saja suara gadis itu menyapa gegendang telinga Tengku Damien.

"Ada caranya." Diana mengangkat wajahnya memandang ke arah Tengku Damien. Menunggu jejaka itu untuk menghabiskan ayatnya. Mereka saling bertatapan.

"Caranya, kau jadi maid aku." Sambung Tengku Damien. Jelas terkejut gadis itu. Dia berfikir seketika. Patut ke dia terima ? Tapi jika dia tidakk terima, bagaimana dia mahu bayar duit jejaka itu ? Dahlah banyak. RM500 000 kot. Tapi kenapa pula dia kena jadi maid jejaka itu ? Makcik Milah bagaimana ?

"Kau gantikan Makcik Milah sementara dia cuti, jaga anak dia yang baru lepas bersalin." Melihat gadis itu seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Laju saja Tengku Damien menyambung ayatnya lagi. 

"Dan aku tak boleh harapkan dia sangat, dia tu dah tua. Kalau jadi apa-apa nanti susah." Diana mengangguk, turut meng'iya'kan tuturan Tengku Damien. Baik juga hati jejaka ini. Selalu yang dilihat olehnya ialah orang yang berpangkat tinggi selalu angkuh dengan orang yang pangkatnya lebih rendah. 

Tetapi tidak dengan Tengku Damien, walaupun jejaka itu tampak dingin dan tidak berperasaan. Tapi hatinya baik. 

"Kau kerja kontrak dengan aku. Cukup 7 bulan, kau boleh blah. Gaji kau sebulan ialah RM50 000." Membulat mata Diana apabila mendengar jumlah yang baginya sangat besar itu. Banyak sangat woi !

"Aku lebihkan gaji kau untuk memudahkan kau bayar hutang-hutang tu, itu pun kalau kau sudi kerja sebagai maid aku." Tengku Damien kembali fokus pada telefonnya. 

"Kalau saya tak sudi ?" Laju saja iris mata hitam Tengku Damien kembali menikam iris mata hazel itu. Diana sudah menggigit lembut bawah bibirnya. Dia rasa mahu menepuk mulutnya ini. 

"Kalau tak sudi, kau akan jadi perempuan simpanan aku. Atau, aku jual kau semula ? I can do anything on you." Diana menelan air liur, terasa kesat pula kerongkongnya ini. 

"Aku bagi kau masa 24 jam untuk fikir masak-masak." Tengku Damien berdiri dari duduknya, iPhone nya di masukkan ke dalam kocek seluar sebelum melangkah melintasi Diana yang masih menekur lantai itu. Entah apa yang gadis itu fikirkan, dia pun tidak tahu. 





TBC
grammar english berterabur.. maaflah ya
Typo ? Kesalahan ejaan dan tatabahasa ? Mohon tegur dan maaf saya tuturkan. Maseh !
15 vote for unlock next chap !

BABYGIRL || TENGKU DAMIEN NAUFAL (SU)Where stories live. Discover now