BAB 15

753 30 4
                                    

TENGKU DAMIEN MENARI-NARIKAN jari-jemarinya di atas keyboard computer nya. Sekali-sekala kertas yang berada di tepi komputernya dibaca. Dia perlu memastikan tiada sebarang masalah di syarikatnya. Jika tersilap langkah sedikit, syarikatnya akan merudum jatuh. 

Malah akan menambah kerugian saja. Sedang dia kusyuk membuat kerjanya, tiba-tiba saja pintu biliknya diketuk. 

"Come in !" Laungnya. Mata masih fokus ke arah komputer. Pintu terbuka dari luar, Personal Assistant nya masuk sambil membawa beberapa dokumen di tangan. Tengku Damien hanya menjeling sosok tubuh itu menggunakan ekor mata.

"Yes, Liana ?" Mata jejaka itu tidak lepas dari memandang ke arah skrin komputer, tangan pula tidak henti-henti menekan-nekan papan kekunci komputer nya. 

Kusyuk bebenor.

"Boss, this is the documents that you want." Liana meletakkan tiga buah fail di atas meja pejabat Tengku Damien. Tengku Damien mengerling sekilas dokumen yang telah berada di atas meja pejabatnya. Kepala dianggukkan beberapa kali. 

"Anything else ?" Aliana menggeleng. 

"Nothing, boss." Tengku Damien mengangguk, tumpuannya kembali ke arah komputernya. Aliana pula sudah melangkah keluar dari bilik boss nya selepas meminta diri. 

Fail dibuka dan dibaca tulisan-tulisan yang terpapar disitu, dia perlu memastikan kesemuanya telah ditulis dengan benar sebelum dia menanda tangan dikertas-kertas itu. Jika terdapat secebis kesalahan disitu, habislah dia. Sudahlah kali ini dia berurusan dengan pemilik hotel terkaya di dunia. 

Projek yang akan mereka buat bukan calang-calang. Jika dibuat dengan baik, dia juga yang untung. 














DIANA DUDUK DI balkoni biliknya, kerusi yang tersedia khas disitu menjadi tempat dia duduk. Mengambil angin sempoi-sempoi bahasa disitu sangatlah nikmat. Tudungnya yang terselak sedikit dibahagian dada dibetulkan.

Tidak dapat tidur nyenyak dia apabila memikirkan hal semalam, tetapi dia sudah nekad. Dia mahu menerima tawaran bekerja sebagai maid untuk melunaskan hutangnya pada jejaka itu. Asalkan kerja itu halal dia okay-okay saja. 

Tadi dia mahu memberitahu Tengku Damien yang dia menerima tawaran bekerja sebagai maid jejaka itu, tetapi jejaka itu pula tidak ada di rumah. Mahu bertanya pada Makcik Milah, wanita itu juga tiada di rumah ini. Wanita itu sudah mengambil cuti selama sebulan untuk menjaga anak perempuannya yang baru saja bersalin. 

Baik pula jejaka itu memberikan cuti yang lama pada pekerjanya. Jarang dapat melihat majikan memberikan cuti yang lama pada pekerja. Jika ada pun, mungkin kerana di pecat ?

Diana mengeluh seketika, bosan dia apabila berada di rumah ini. Tiada apa-apa yang boleh dia lakukan. Tubuh di dirikan dari duduk. Pintu gelangsar ditarik kemudian dikunci. Langsir juga ditarik. 

Kaki melangkah menuruni satu-persatu anak tangga. Dia mahu jalan-jalan di halaman rumah. Selipar disarung ke kaki, baru saja beberapa langkahan, suara garau lelaki menyapa sistem pendengarannya. Kepala menoleh ke arah suara itu. 

"Diana buat apa disini?" Izz tersenyum manis ke arah gadis itu. Diana membalas senyuman itu. 

"Hi, Izz. Saya bosan, nak duduk dekat hujung sana kejap." Usai saja dia menutur, dia tersengih kecil. Izz mengangguk. 

"Nak saya teman ?" Senyuman tidak lekang di bibir lelaki itu. Diana berfikir seketika sama ada dia perlu menerima tawaran lelaki atau tidak.

"Tak apa ke ?" Izz tergelak kecil. 

"Tak apa, lagi pun boss tak ada." Izz mengeyitkan sebelah matanya. Diana tergelak kecil. Ada-ada saja jejaka ini. Mereka melangkah ke arah gazebo yang terletak bersebelahan dengan kolam renang. Mereka melabuhkan punggung dikerusi yang berada di situ. 

"Erm... Berapa lama awak kerja dekat sini ?" Diana menyoal sebaik saja mereka melabuhkan duduk. Izz tersenyum. 

"Dah 7 tahun saya bekerja dengan Tuan Damien." Diana mengangguk. Lama juga. 

"Tuan Damien awak tu... Garang tak ?" Sengaja perkataan 'garang' itu diperlahankan. Izz tertawa, geli hati dia mendengar ujaran gadis kecil dihadapannya ini. 

"Dia tak garang, cuma tegas dan dingin. Walaupun dia macam tu, hati dia tetap baik." Izz tersenyum nipis. Diana mengangguk sekali lagi.

"Woi !" Diana dan Izz berpaling apabila ada suatu suara menyapa gegendang telinga mereka. 

"Dating tak ajak bro !" Bahu Izz ditepuk sedikit kuat oleh Azril. Izz menjeling rakan sekerjanya itu. 

"Sibuklah kau ! Pergi sambung kerja sana !" Azril mencebik. 

Dia curi tulang boleh ?

Mata Azril terarah pada Diana yang sedari tadi memerhati mereka. Senyuman diukirkan buat gadis itu. 

"Hai ! Saya Azril, lelaki paling kacak dekat sini." Kening dijongketkan berkali-kali. Senyuman kacaknya diserlahkan. Diana tersenyum nipis. Dia sebenarnya tidak tahu mahu membalas apa. Tetapi apa yang dikatakan lelaki itu benar. Azril tampan kerana wajahnya mempunyai lesung pipit. 

"Diana.." Diana memperkenalkan dirinya. Azril mengambil tempat di sebelah Diana, tangan menongkat dagu. 

"Cantik macam tuannya" Izz menjulingkan biji matanya. Mula dah perangai tidak semengahnya itu. 

Baru saja Diana mahu membuka mulut, satu dehemen telah membuat mereka berpaling ke arah suara itu. Terbuntang luas mata Azril dan Izz. Dengan pantas mereka bangun dari duduk.

"Tuan !" Serentak itu mereka berdua menunduk hormat kepada Tengku Damien. Wajah mereka usah dikata, pucat lesi. Takut dimarahi oleh boss mereka. Diana pula sedari tadi hanya diam sambil memerhati.

Erh, patutkah dia melakukan perkara yang sama?

"A-awal Tuan balik." Azril tersengih apabila Tengku Damien memandangnya tajam. Baru selangkah Tengku Damien mahu mendekati, beribu-ribu langkah Azril dan Izz menjauhi. Mahu meneruskan kerja mereka.

Tengku Damien tersengih sinis. Tahu takut.

Mata jejaka itu menatap wajah putih kemerahan Diana. Mata bundar itu setia melihatnya daritadi. Kaki melangkah mendekati si gadis.

"Seronok?" Diana tidak membalas, sebaliknya dia bermain jari-jemari nya. Apabila tidak mendengar suara dari gadis itu, laju saja Tengku Damien memberi arahan

"Pergi masuk." Diana akur. Dia melangkah memasuki rumah agam itu diikuti oleh Tengku Damien di belakang.

TBC

Maaf jika ada typo, kesalahan ejaan dan tatabahasa. Mohon tegur ya. Maseh !
Ig: CikRsHz

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BABYGIRL || TENGKU DAMIEN NAUFAL (SU)Where stories live. Discover now