SUDAH SEMINGGU DIANA menginap di rumah agam milik Tengku Damien ini, kakinya juga sudah semakin pulih. Sudah boleh berjalan dan tidak terasa sakit atau ngilu. Ada juga dokter peribadi Tengku Damien datang untuk merawat kakinya ini. Kini dia baru saja selesai menunaikan solat fardhu subuh. Meminjam telekung dan sejadah milik Makcik Milah.
Seketika Diana terfikir, jika dia tidur dibilik Tengku Damien selama satu minggu. Dimana jejaka itu tidur ? Makcik Milah pernah memberitahunya bahwa bilik yang di dudukinya ini ialah bilik jejaka itu. Patutlah almari dipenuhi dengan pakaian lelaki dan laci meja solek juga dipenuhi dengan peralatan jejaka itu.
Laci meja solek itu kebanyakkan diisi dengan botol minyak wangi, pelbagai jenis minyak wangi ada. Lebih dari 50 juga, dan dia juga pasti harga minyak-minyak wangi itu tidaklah murah. Pasti mencecah 3 angka atau lebih. Fuh ! Bukan sebarang orang ni.
Tersedar saja dari berfikir, Diana lantas duduk bersimpuh di atas sejadahnya, tangannya diangkat sedikit tinggi untuk membaca doa. Selepas 7minit, doanya di Aamiin kan. Telekung dicabut dan dilipat, tidak lupa juga kain telekung dan sejadah. Tudung sarung yang berada di katil, dicapai sebelum disarungkan dikepala.
Gadis itu bangun bersama sejadah dan telekung di tangan. Mahu memulangkan semula telekung dan sejadah ini. Pintu dikuak, kepala ditoleh kiri dan kanan. Langkah berjaga-jaga jika dia terserempak dengan Tengku Damien. Sudahlah dia masih tidak dibolehkan untuk keluar dari bilik.
Curi-curi keluar tak apa kot !
Baru saja beberapa tapak di melangkah, suara deheman seseorang menyapa gegendang telinganya. Air liur ditelan payah. Perlahan-lahan tubuh dipalingkan ke belakang. Iris coklat cair itu tajam menikam mata hazelnya. Alamak! Habislah aku !
"Nak kemana Cik Diana ?" Tengku Damien tajam memandang ke arah gadis kecil itu. Tangan memeluk tubuh, sebelah kening pula diangkat. Diana tersengih kekok.
"N-nak hantar ni..." Telekung dan sejadah yang berada di tangannya ditunjukkan kepada Tengku Damien. Tengku Damien memandang sekilas. Mata hazel Diana masih direnung. Berdebar-debar gadis itu, tidak mampu membalas renungan tajam itu. Dia menunduk kepala.
"Ada aku beri kebenaran untuk keluar dari bilik tu ?" Diana mengangkat wajah, terkejut beruk gadis itu apabila kornea matanya disapa dengan dada bidang keras jejaka itu. Terundur beberapa tapak ke belakang. Entah bila masa jejaka itu berada dihadapannya pun dia tidak tahu.
Tengku Damien mara setapak ke hadapan. Laju Diana berundur ke belakang. Tengku Damien mara lagi dua tapak ke hadapan. Lantas Diana berundur sehingga belakang badannya bertemu dinding. Kenapalah waktu-waktu macam ni kau nak ada belakang aku ?!
Apabila melihat dinding menghalangi gadis itu untuk terus-menerus berundur, laju saja Tengku Damien merapatkan tubuh mereka. Kedua tangannya dilekapkan di sisi kepala Diana. Mengunci pergerakkan gadis itu. Senyuman sinis terbit di wajahnya.
"Jawab soalan aku, Diana Natasha. Siapa beri keizinan untuk kau keluar dari bilik tu, hm...?" Tengku Damien berbisik tepat di telinga Diana. Pucat lesi wajah gadis itu. Seperti mahu menangis pun iya.
"Ta-tak ada siapa, sa-saya yang curi-curi k-keluar" Halus dan perlahan suara gadis itu. Tengku Damien mendekatkan wajah mereka. Dapat dilihat dengan jelas mata gadis itu yang sudah berkaca. Tunggu masa untuk pecah saja. Bibirnya juga sudah tercebik. Tubuh gadis itu juga sedikit menggeletar. Takut barangkali.
Laju saja Tengku Damien menjarakkan tubuh mereka. Takut sekiranya gadis itu menangis betul-betul. Sudahlah dia tidak pandai memujuk, jika dia pujuk nanti takut semakin menjadi-jadi pula tangisan gadis itu.
"Dah, aku gurau je. Itu pun nak nangis" Terselit nada mengejek. Diana laju saja menyeka airmata nya yang hampir menitis. Dengan laju dia berlari masuk ke bilik semula. Telekung dan sejadah Makcik Milah ini nanti-nanti sajalah dia pulangkan !
Tengku Damien tergelak kecil melihat telatah gadis itu sebelum menggelengkan kepala. Jejaka itu melangkah turun ke bawah. Awal-awal pagi lagi dia sudah bangun kerana ada sedikit urusan yang ingin diselesaikan.
"Tuan" Makcik Milah menyapa majikannya apabila mereka berselisih. Tengku Damien hanya bergumam sebagai balasan.
"Makcik Milah, saya nak Makcik tolong pantau kan Diana. Jangan beri dia keluar tanpa izin saya sehinggalah kaki dia betul-betul pulih." Makcik Milah mengangguk akan arahan majikannya itu. Tanpa membuang masa, jejaka itu terus berlalu ke arah pintu utama. Kunci kereta mewahnya yang tersangkut di tempat khasnya dicapai.
Kasut kulit berwarna hitam miliknya diambil dan disarung ke kaki. Dia melangkah dengan bergaya. Baju office yang dipakai menyerlahkan lagi ketampanan dan kesegakkannya. Gadis-gadis yang berselisih dengannya pasti akan pandang tidak berkelip. Malah tidak mahu mengalihkan pandangan. Bukan saja gadis, malah makcik-makcik juga. Pernah ada makcik mahu menjadikannya menantu wanita itu, namun ditolak mentah-mentah saja.
Kereta mewahnya perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah dan meluncur laju di atas jalan raya. Nasib jalan tidak sesak, jadi memudahkan dia untuk memandu dan sampai di destinasi yang dituju dengan cepat.
TBC
typo, kesalahan ejaan dan tatabahasa mohon ditegur, maseh
![](https://img.wattpad.com/cover/317022932-288-k963372.jpg)
YOU ARE READING
BABYGIRL || TENGKU DAMIEN NAUFAL (SU)
ActionSecond story;- "Diana Natasha, she is mine" "Erm... A-awak, b-bila saya boleh bebas dari sini ? Aw-awak tak boleh be-bebaskan saya ke ?" - Diana Natasha "No ! Sehinggalah hutang kau pada aku, langsai. Baru aku lepaskan kau. Kau fikir aku beli kau gu...