BUM !!
PINTU BILIK OFFICE Tengku Damien dirempuh kasar dari luar. terpampang jelas wajah tidak bersalah Adrian Mikael. Tengku Damien yang sedang melakukan kerja nya terhenti. Pen dijatuhkan ke meja, dia bersandar pada kerusi office nya sebelum memeluk tubuh. Tengku Damien mencerlung tajam ke arah Adrian.
"Kau memang tak reti ketuk pintu ke bod*h ?!" Bengang Tengku Damien.
"Tak." Balas Adrian tanpa rasa bersalah. Jejaka itu melabuhkan punggung di sofa yang sememangnya tersedia khas di bilik itu. Tengku Damien berdecit mendengar balasan Adrian.
"Apa kau nak ?" Soal Tengku Damien. Kerja nya yang tergendala tadi diteruskan.
"Aku bosan lah, Mien.." Ujar Adrian. Bibir nya dimuncungkan.
"Jadi ?"
"Teman aku pergi makan jom ? please.." Wajahnya sudah sedaya upaya dicomelkan. Di mata Tengku Damien pula wajah itu seperti meminta penampar. Tengku Damien menilik jam tangannya.
"Baru jam sepuluh. Lambat lagi waktu lunch." Balas Tengku Damien. Adrian mencebik bibir. Dia terus saja bangun dari duduknya kemudian berjalan ingin keluar dari bilik office itu. Pintu bilik office itu ditarik kemudian di hempas dengan kasar.
Kita merajuk ! humph !
Tengku Damien menggeleng kecil melihat kelakuan Adrian yang seperti kanak kanak itu.
"Ibu ! Yana balik ni !" Laung Liyana Raisah di hadapan pagar rumah Puan Melati. Tangan gadis itu naik mengipas-ngipas wajahnya cuba untuk meredakan kepanasan.
"Ish ! mana pula orang tua ni. Dah lah kat luar ni panas !" Gumam Liyana dengan geram. Beberapa saat berlalu, kelibat Puan Melati masih tidak muncul.
"Ibu ! Yana balik ni ! cepatlah buka pagar ni ! panas tahu kat luar ni !" Laung Liyana sekali lagi, nadanya bengang. Selepas itu baru lah kelibat Puan Melati muncul.
"Ish ! ibu ni ! kenapa lambat sangat ! orang dah panas tahu kat luar ni !" Bebel Liyana. Puan Melati menjeling anak perempuannya.
"Kau tak reti diam ke ?! bingit lah telinga aku !" Balas Puan Melati. Tangan Puan Melati dengan pantas membuka kunci pagar. Usai saja, Puan Melati terus meninggalkan anak gadis nya keseorangan.
"Ibu ! tolonglah Yana angkat luggage ni !" Ujar Liyana dengan nada kesal. Kaki nya dihentak hentak ke lantai. Puan Melati hanya membiarkan saja anak gadisnya itu.
Langkah saja kaki nya ke dalam rumah. Puan Melati terus saja memanggil nama Diana dengan kuat.
"Diana !! Diana ! sini kau !!"Diana yang sedang mengemas ruang tamu itu tersentak. Jantungnya berdetak laju. Dengan pantas dia berlari kecil ke arah Puan Melati.
"A–ada apa makcik ?" Soal Diana gugup.
"Kau pergi angkat barang barang anak aku kat luar tu ! cepat !" Balas Puan Melati dengan kasar.
"B–baik makcik.." Puan Melati berlalu pergi selepas mendengar balasan Diana. Sempat dia menjeling gadis itu. Diana mula menapak ke arah luar rumah. Gadis itu mula mendekati Liyana.
Liyana yang perasan akan kehadiran Diana mula mengeluarkan suara.
"Kenapa kau ada kat sini lagi ?! menyemak betul lah ! aku ingatkan kalau dah balik sini tak ada lagi muka hodoh kau tu ! ha, dah alang alang kau ada kat sini. Bawakan barang barang aku ni !"Liyana melangkah pergi, sempat dia menjeling Diana. Diana menggigit lembut bawah bibir. Kata kata cacian yang keluar dari mulut Liyana cuba diabaikan.
TBC
Taktahu la sy merapu apa. Yg jelas, ianya hambar.
YOU ARE READING
BABYGIRL || TENGKU DAMIEN NAUFAL (SU)
AçãoSecond story;- "Diana Natasha, she is mine" "Erm... A-awak, b-bila saya boleh bebas dari sini ? Aw-awak tak boleh be-bebaskan saya ke ?" - Diana Natasha "No ! Sehinggalah hutang kau pada aku, langsai. Baru aku lepaskan kau. Kau fikir aku beli kau gu...