BAB 11

442 19 1
                                    

DIANA DUDUK DI birai katil selepas saja dia melarikan diri dari Tengku Damien. Jujur jantungnya berdegup sangat kencang, seperti mahu terkeluar dari tubuh. Sudahlah debaran tadi masih tidak berhenti. Okay ! Ini kali pertama dan terakhir aku curi-curi keluar ! Serik.

Kejap... 

'Nak kemana Cik Diana?' 

Kata-kata yang Tengku Damien berikan sebentar tadi membuatnya terkedu. Darimana jejaka itu mengetahui namanya ? Sedangkan dia tidak pernah memberitahu jejaka itu. Bahkan baru hari ini dia mendengar jejaka itu menyebut namanya. Sudahlah dia pun tidak tahu nama jejaka itu. Haih.

Sedang gadis itu mengelamun, tiba-tiba saja pintu biliknya diketuk. Lantas Diana bergerak ke hadapan pintu. Pintu yang diketuk itu dipandang lama, ragu-ragu sama ada dia perlu atau tidak membuka pintu ini. Takut jikalau yang mengetuk pintunya ini adalah jejaka itu. 

Dahulu, jejaka itu sering kali menerjah masuk ke dalam bilik tanpa izin atau ketukan pintu. Tetapi sekarang, jejaka itu sudah tidak membuat perkara yang sama selepas dia memberitahu jejaka itu agar mengetuk pintu dahulu sebelum masuk. 

Hampir tercabut juga lututnya apabila mengatakan benda itu pada jejaka itu.

BAM !! 

Pintu dibuka dari luar, Diana yang sedang duduk bersila di atas katil mengurut dada akibat terkejut. Nasib sajalah tudung sememangnya tersarung dikepalanya. Tengku Damien melangkah masuk bersama dulang di tangan, wajah pula selamba saja. 

"Nah, makan."  Dulang tersebut diletakkan di atas katil berhadapan dengan gadis itu. Pinggan yang berisi nasi dan sayur-sayuran, semangkuk kuah tomyam serta air susu. Sepanjang gadis itu duduk di rumah agam jejaka ini, pelbagai jenis makanan yang dia bagai. Ada yang pernah dimakan dan ada yang tak. 

Manakan tidak, sepanjang gadis itu duduk dengan Makciknya, dia mana pernah diberi makan yang sedap-sedap selepas ibubapanya meninggal dunia. Kadang dia tidak diberi makan oleh Makciknya, jika diberi pun hanya sisa makanan saja. Kerana itu dia senang jatuh sakit serta badannya kurus. 

"Awak" Tengku Damien yang baru saja mahu melangkah keluar, terhenti. Dipandang wajah Diana yang jelas-jelas takut untuk menyatakan hasratnya. Tengku Damien menjongketkan keningnya. Tubuh dipeluk. 

"Erm... Lain kali ketuklah pintu dulu, te-terkejut saya tahu..." Perlahan tetapi Tengku Damien cekap menangkat ayat yang dilontarkan. Jejaka itu merapatinya, tubuh dibongkokkan separas wajah Diana. Tersekat-sekat Diana mahu mengambil nafasnya. Sudahlah jarak mereka dekat. 

"Bilik aku atau bilik kau ?" Sinis.

"B-bi-bilik awak..." Diana menundukkan kepala, tak mampu dia untuk membalas renungan tajam jejaka itu. 

"Jadi, suka hati akulah nak ketuk pintu atau tak. Ingat, kau menumpang kat bilik aku."  Terasa pedih hati Diana apabila mendengar ayat terakhir. Tetapi sedaya upaya ditepis rasa sakit di hati. Ingat Diana ! Kau hanya menumpang !

"Tapi, kalau waktu awak terjah tu saya tengah pakai atau buka baju, macam mana?" Laju saja Diana menyoal. Terbit sengihan nakal di wajah Tengku Damien. Tiba-tiba terasa menyesal pula dia membuka mulut. Mahu saja Diana menampar mulutnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, matilah kau. 

"Mungkin itu rezeki aku." Tubuh Diana ditilik oleh Tengku Damien. Riak nakal masih belum pudar dari wajahnya. Membahang wajah Diana apabila dibuat sebegitu. Tubuh kembali ditegakkan lalu Tengku Damien melangkah keluar. Pintu juga ditutup olehnya. 

Apabila mengingat semula peristiwa itu, laju saja Diana menggelengkan kepalanya. Malu masih tersisa. Ketukkan pintu telah berjaya menyedarkan Diana dari mengelamunnya. Dengan pantas pintu dibuka. Alhamdulillah, wajah Makcik Milah yang memenuhi kornea matanya. 

Dia fikirkan jejaka itu tadi.

"Kamu tengah buat apa? Lama Makcik tunggu kamu buka pintu" Diana tersengih kekok, rasa serba salah kian menebal. 

"Maaf Cik Milah..." Diana menunduk. Makcik Milah hanya tersenyum sebelum menggelengkan kepala tanda tidak mengapa. 

"Tak apa. Eh ! Kaki kamu tak sembuh sepenuhnya lagi tu, Diana. Mari duduk" Dibawa Diana untuk duduk di birai katil bersamanya. Lama mereka diam sehinggalah Diana memecahkan kesunyian itu. 

"Cik Milah, saya nak pulangkan balik telekung dan sejadah ni. Terima kasih bagi pinjam. Maaflah Diana lambat pulangkan..." Telekung dan sejadah yang berada di hujung katil, diambil. Masih terlipat kemas telekung dan sejadah itu. Kini telekung dan sejadah itu bertukar tangan. 

"Tak apalah, kalau kamu nak pinjam lagi bagitahu aje" Diana senyum. 

"Erm... Cik Milah, Diana nak tanya sikit" Wajah Makcik Milah direnung. 

"Tanyalah, banyak pun tak apa" 

"Erm, apa nama lelaki tinggi lampai tu ? Diana tak pernah dengar pun Cik Milah sebut nama dia. Lepas tu, dia pun tak pernah bagitahu nama dia" Laju Diana menyoal. Iyalah, dia tidak tahu nama jejaka itu tapi jejaka itu tahu namanya. Tidakkah pelik disitu. Makcik Milah pula selalu memanggilnya dengan gelaran Tuan. Jadi bagaimana dia mahu tahu nama jejaka itu? Korek rahsia dari Cik Milah!

"Namanya Tengku Damien Naufal"

"Tengku ?" Terbeliak mata Diana apabila mendengar perkataan Tengku itu. Patutlah jejaka itu mempunyai rumah yang besar dan mewah, malah membeli dirinya dengan harga yang mahal. Anak Tengku rupanya.

Makcik Milah mengangguk kecil, tahu yang gadis itu terkejut. 

"Erm, Makcik Milah dah lama ke kerja dengan dia...?" Makcik Milah mengangguk sekali lagi. 

"Lama dah, ada dalam 10 tahun macam tu" Diana hanya mengangguk kepalanya. 

"Tuan Damien tu nampak je dingin dan tak berperasaan, tapi hati dia baik." Sambung Makcik Milah. Kalau mahu diikutkan, memang wanita itu banyak terhutang budi dengan majikannya. Banyak majikannya itu membantu dan menghulurkan bantuan kepadanya ketika dia sedang susah. 

"Makcik terhutang budi dengan dia" Senyuman manis terukir di bibir Makcik Milah. Diana hanya sekadar mengangguk. Benar, jejaka itu baik. Menjaganya, memberikannya bilik yang besar bahkan menyelamatkannya dari menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki. 



TBC 
Maaf jika ada kesalahan ejaan dan tatabahasa. Jika ada typo, mohon ditegur. 5 vote untuk unlock next chapter! 

BABYGIRL || TENGKU DAMIEN NAUFAL (SU)Where stories live. Discover now