Alia masih berada di taman permainan walaupun hari sudahpun mahu senja.Dia ingin bermain lagi bersama rakan-rakannya.Namun,apabila hujan membasahi bumi, rakannya terus berlari pulang meninggalkan Alia keseorangan di dalam gelongsor.
Alia tidak tahu bahawa rakan-rakannya sudah pulang ke rumah kerana mereka tidak memberitahu Alia.Alia ingat mereka masih bersama dengan dia di taman permainan dan dia menunggu hujan berhenti.
Hujan makin lama makin lebat.Alia terus menggigil kesejukan dan ingin pulang ke rumah kerana hari menjadi senja.Dia cuba menunggu dengan harapan hujan berhenti.
Tiba-tiba,Alia terdengar satu bunyi.Semakin lama semakin dekat dengan dia.Alia cuba menenangkan diri kerana bunyi itu telah membuat dia berasa takut dan rimas.
Dia fikir mungkin rakannya yang cuba mempermainkan dia.Semakin kuat bunyi itu,Alia baru menyedari bahawa ada seseorang yang memijak gelongsor ini kerana dia ternampak bayang di hujung gelongsor.Dia cuba memberanikan diri kerana dia tahu itu mesti rakannya.
Namun,Alia salah...Bukan rakannya yang muncul tapi sebaliknya.Ada seorang kanak-kanak yang menurunkan kepalanya yang tidak mempunyai mata dan berlumuran darah.
Keesokan harinya,berita telah menunjukkan bahawa polis telah menjumpai mayat seorang kanak-kanak perempuan di dalam gelongsor taman permainan.
══════════════════════════
Published: 30 November 2022
By: rx_nia