Taman Tema

10 3 0
                                    


Aku Maisara, dan rakan-rakan aku yang lain merancang untuk pergi taman tema. Dah lama sebenarnya kami rancang, hanya menunggu masa yang sesuai sahaja.

Aku, Mira, Aniq dan Hafis naik kereta yang sama. Jadi memang riuh rendah la keadaan dalam kereta ini.

Sesampainya di taman tema, Mira memaut lengan aku lalu menarik aku ke arah rumah hantu. Aku sebagai rakan yang baik, hanya mengikut karenah si Mira.

______________

Suasana di dalam rumah hantu ini tak ada lah seram sangat. Walaupun aku dapat rasakan sesuatu mengekori aku dan Mira dari belakang. Tetapi sengaja aku biarkan.

Di hujung anak mata aku, aku ternampak seorang kanak-kanak perempuan membawa anak patung beruang ditangan.

Tetapi aku tidak terlalu memikirkan tentangnya, kemungkinan itu hanya anak patung yang sengaja diletakkan untuk menakut-nakutkan pengunjung.

Di sisi lain, Mira masih tidak lekang memaut lengan aku. Tadi dia yang teruja sangat nak masuk sini.

Penghujung rumah hantu telah pun kami lalui. Hafis dan Aniq awal-awal lagi dah tunggu kami di pintu keluar.

_______________

Pelbagai jenis permainan kami dah main. Disebabkan penat, kami memutuskan untuk pergi berehat di sebuah bangku yang disediakan.

Bangku itu terletak di bawah sebatang pokok yang rendang. Seram sejuk dapat aku rasakan. Aniq pun nampak seram sejuk.

Tiba-tiba aku ternampak seorang kanak-kanak perempuan yang sama persis seperti patung di dalam rumah hantu tadi.

Pakaian putih lusuh, rambut yang panjang hampir menutupi keseluruh wajahnya dan anak patung beruang tidak berkepala dipegang rapi oleh budak perempuan ini.

Budak perempuan itu meluru ke arah aku sambil menangis.

"Akak.. tolong saya.. saya tersesat" ujarnya. Aku memandang Mira dan yang lain. Mereka juga turut gelabah taktahu nak beri reaksi apa.

Hafis memberi cadangan agar membawa kanak-kanak perempuan ini pergi ke pondok pengawal. Mujur di taman tema ini ada pengawal yang bertugas.

"Adik, mari akak tolong cari ibu ayah adik" pelawaku sambil menghulurkan tangan. Kanak-kanak perempuan ini pun menyahut tangan aku.

_____________

Sesampainya di pondok pengawal, aku memberi salam.

"Assalamualaikum!" Panggilku.

"Ye adik? Nak apa?" Sahut pengawal di dalam.

"Ni pakcik, ada budak tersesat. Kami tak jumpa ibu ayah dia, sebab tu kami bawa dia ke sini." Jelasku. Pakcik itu memandangku atas bawah.

"Mana budak tu?" Soalnya. Aik? Takkan pakcik tu tak nampak budak ni. Berdiri sebelah aku je kut.

"Lah.. Pakcik.. Ni budaknya.. Takkan tak nam.." kata-kata aku terputus sebaik sahaja tersedar tiada pun sosok kanak-kanak di sebelah aku.

Keadaan menjadi seram sejuk.

"Maisara, bukan ke kau pegang tangan budak tu tadi?" Soal Mira. Tangannya terketar-ketir sambil menunjukkan ke arah tangan aku yang baru aje dipegang oleh 'kanak-kanak' tadi.

Pengawal yang hanya memerhati sedari tadi membuka suara.

"Saya tak mahu nak memecahkan suasana.. Tetapi, kanak-kanak perempuan yang kamu jumpa tadi sebenarnya tak wujud. Bukan kalian sahaja yang pernah terkena, tetapi ada lagi ramai pengunjung yang sudah di 'tegur' oleh kanak-kanak perempuan itu." Jelas pengawal itu. Aku dan yang lain hanya terdiam seribu bahasa. Tak berani untuk membuka suara. Otak masih mencuba untuk memproses benda yang terjadi.

"Pernah terjadi satu kes dekat taman tema ni dimana seorang kanak-kanak perempuan tersesat. Waktu dia tengah mencari ibu ayah dia, ada salah satu permainan kat sini terjatuh dan menghempap budak tu. Sebab itulah sampai sekarang roh budak tu masih berkeliaran dekat sini. Katanya dia masih lagi mencari 'ibu dan ayah' nya" tambah pengawal itu lagi.

Terlompong mulut kami berempat. Kini bulu roma di leher aku menegak. Datang satu suara sayu-sayu di telinga kiri aku..

'sekarang awak yang akan gantikan tempat ibu ayah saya'

══════════════════════════

Published: 12 December 2022
By: JungAeyii

Apabila Senja Tiba...Where stories live. Discover now