Ketukan

9 3 0
                                    

Aku Alif. Harini keluarga aku memutuskan untuk pergi bercuti di Pulau Pinang memandangkan cuti penggal sekolah masih panjang.

Dalam perjalanan ke sana, banyak pemandangan cantik yang membuatkan aku terpukau. Apatah lagi dengan celoteh nenek yang sejak tadi hanya bercakap.

Aku lebih memilih untuk mendengar segala perbualan yang ada. Sekali sekala tersengih apabila mendengar ayah membuat suatu jenaka.

_____________

Kami sekeluarga tiba di resort yang berdekatan dengan pantai. Begitu nyaman sekali.

Pada waktu malam, tepat pada pukul 11:30 malam, aku meneman nenek aku yang masih belum menjalankan solat Isyak.

Tiba-tiba aku terdengar satu ketukan dari luar rumah. Ketukan tersebut amatlah kuat.

Aku bingkas bangun lalu pergi menghendap di tingkap resort.

Tiada apa-apa.

Dan begitu juga dengan suara ketukan berhenti.

Pelik.

Aku hanya tidak mengambil endah dan menganggap mungkin kucing yang bermain-main di hadapan pintu.

Aku kembali masuk ke dalam bilik. Aku mendapati nenek baru sahaja habis menyelesaikan solat Isyak.

Nenek meminta untuk mengiringnya ke ruang tamu memandangkan adik-adik perempuan aku masih di ruang tamu menonton televisyen.

Sekali lagi, suasana nyaman tadi kembali menjadi suram.

Suara ketukan pintu buat kedua kali. Tetapi kali ini, ia lebih kuat. Adik-adik aku menatap sesama sendiri, dan tatapan mereka berdua beralih pada aku. Riak wajah mereka benar-benar menunjukkan perasaan takut.

Sebagai seorang lelaki yang berada di ruang tamu, aku pergi mengecek. Kemungkinan ada pekerja hotel hendak memberikan sesuatu. Walaupun aku tahu sekarang jam sudah menunjukkan pukul 1:00 pagi.

Aku menghendap di balik jendela. Seperti biasa, kosong.

Tetapi sedar tak sedar, aku melihat bayangan hitam berlalu dengan pantas di hadapan ku.

Aku mencuba untuk tidak panik, jika tidak nenek pasti susah hati. Nenek aku merupakan seorang yang penakut. Jadi, jika aku panik makin bertambah perasaan takutnya.

Aku dengan riak tenang mendapatkan nenek lalu mengiringnya masuk ke dalam bilik semula. Walaupun nenek masih bertanyakan pelbagai soalan, aku hanya menganggap soalan-soalan itu berlalu bak angin di telinga aku.

══════════════════════════

Published:24 December 2022
By: JungAeyii

Apabila Senja Tiba...Where stories live. Discover now