Teman Serumah Pt.2

17 4 0
                                    

Hidup aku sebagai seorang pelajar bukanlah sesuatu yang senang.

Aku, Delysha. Seorang pelajar yang bakal memasuki alam universiti tak lama lagi. Dalam masa seminggu, aku akan tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak universiti.

Aku berharap sangat teman serumah aku ni baik. Selama tempoh sebelum tinggal di dorm, macam-macam barang kemudahan aku beli semata-mata untuk hidup selesa.

_________________

Hari kemasukan ke universiti telah pun tiba. Aku dapat bilik paling hujung. Katanya aku tinggal seorang diri tanpa roommate. Apa punya nasiblah.

Daun pintu bilik dikuak perlahan. Sebelum masuk, Bismillah dibaca dahulu. Perlahan-lahan kaki kananku melangkah masuk.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat seorang perempuan sedang duduk di atas sofa kecil dan menundukkan kepalanya sambil bermain telefon.

Dia langsung tidak mengangkat muka. Mungkin terlalu ralit dengan telefon bimbitnya.

Setahu aku.. Aku hanya tinggal di bilik ini seorang diri. Tetapi kenapa perempuan ni boleh ada di sini?

Fikiran negatif segera aku tepis. Mungkin pihak universiti tersilap info.

Aku hanya berdehem kecil untuk mencuri perhatiannya. Dia mengangkat muka memandangku. Sekuntum senyuman diukir perlahan.
Aku membalas senyumannya. Dia memanggil ku datang ke arahnya. Dan masih, dia hanya tersenyum. Tiada suara dikeluarkan.

Apabila aku menghampirinya, barulah dia membuka mulut. Hampir aku ingat dia orang bisu.

Dia mengenalkan dirinya sebagai Zara. Zara ni nampak seperti seorang yang dingin. Tetapi jika sudah betul-betul rapat dan selesa bersamanya, hampir semua benda remeh dia bahaskan.

Suasana yang tadi hening, diisi dengan gelak tawa aku dan Zara. Aku bersyukur dapat teman serumah yang baik seperti Zara. Walaupun aku masih tertanya-tanya.. Bukannya aku tinggal seorang diri dalam dorm ini?

____________________

Hubungan aku dengan Zara kadang-kadang rapat seperti belangkas, kadang-kadang seperti stranger to stranger.

Zara hanya keluar dari biliknya pada waktu malam dan terperap di dalam bilik pada waktu siang. Buat masa ini, aku langsung tak mahu ambil kisah dengan kelakuannya sekarang.

___________________

Genap 3 hari aku tak nampak batang hidung si Zara. Kemanalah dia agaknya?

Aku pernah menanyakan kabar tentang Zara. Namun, tiada satu pun mahasiswa dan mahasiswi mengenalnya. Menurut mereka, pelajar yang tinggal di bangunan aku ini jumlahnya ganjil. Hanya 29 murid. Bilik pula ada 15 sahaja.

Jadi.. mana datangnya si Zara ni?

Aku cek senarai nama yang ditampal di papan kenyataan. Dan memang betul, tiada langsung gadis bernama Zara.

Aku cepat-cepat pergi ke dorm dan terus menerjah masuk bilik milik Zara.

Malangnya.. Bilik itu kosong.

Langsung tiada kesan seseorang tinggal di dalamnya. Almari mahupun katil semuanya kosong dan masih rapi.

Delysha melihat sepucuk surat yang diletakkan di atas katil. Dia membuka nya.

"Terima kasih sebab sudi teman saya"

══════════════════════════

Published: 4 December 2022
By: JungAeyii

Apabila Senja Tiba...Where stories live. Discover now