Nama aku Tiara.Aku dikurniakan satu kuasa ajaib iaitu...aku dapat tahu kematian seseorang.Sekiranya aku dapat baca perkataan 'mati' di dahi seseorang,dia bakal mati 3 hari kemudian.
Contohnya pada minggu lepas,aku membaca perkataan 'mati' pada dahi cikgu matematikku.Selepas 3 hari kemudian,cikguku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Setakat aku bersekolah disekolah ini,tiada sesiapa lagi yang ada perkataan 'mati' di dahi pelajar lain selepas kematian cikguku.
Bila aku datang ke sekolah,aku akan berasa tenang.Aku takkan nampak lagi perkataan 'mati' di dahi mereka.
"Selamat pagi,Tiara!"tegur seorang pelajar lelaki yang bernama Mikael.Ini juga salah satu sebab aku suka datang ke sekolah.Bila aku berhadapan dengannya,hatiku berdegup laju dan gementar.
Dia juga duduk disebelah aku.Tidak hairanlah mengapa aku rasa seronok bila dekat dengannya.
"Tiara,awak nak tahu tak?semalam saya ada tonton satu rancangan..."
Aku hanya mendengar acuh tak acuh.Tiba-tiba mataku terjegil apabila perkataan 'mati' muncul di dahinya!
'Ya Allah...apa yang sudah terjadi?mengapa Mikael yang terkena?'
Aku menutup mata dengan harapan perkataan itu hilang dari dahi Mikael.
'Tolonglah hilangkan perkataan tu dari dahinya.Alihkan sahaja kepada sesiapa.Aku tak kisah!'
"Tiara,awak ok tak?"soalan Mikael tidak aku jawab.Dalam hatiku sudah panik dan berdoa agar perkataan itu hilang dari pandangan.
'Tolonglah,Ya Allah!'
"Tiara?"panggilnya.Aku membuka mata dengan perlahan-lahan.Alhamdulilah!perkataan itu sudah hilang dari dahi Mikael!
Aku tersenyum lega dan menghembuskan nafas lega.
"Awak ok tak,Tiara?nak saya bawa awak ke klinik kesihatan?awak nampak pucat."tawar Mikael.Aku hanya menggeleng dan tersenyum manis.
"Saya ok.Saya nak ke tandas sebentar."pamitku lalu aku berlalu ke tandas.
Dalam hatiku mengucapkan syukur yang tidak terhingga.Sesampai sahaja di tandas,aku terus mencerminkan diri dan alangkah terkejutnya aku apabila perkataan 'mati' telah beralih ke dahiku!
"Mengapa jadi begini?!"
══════════════════════════
Notes:Maaflah idea ke laut:)doakanlah saya diberi idea yang mencurah-curah.
Published:11 Disember 2022
By:Nuraier_ra