"Formula ini..."
Adam yang sedang kebosanan dalam kelas matematik menguap buat kali keberapa.Matanya semakin berat akibat kebosanan yang melanda.
Disebabkan bosan,dia menyelak buku teksnya dan ternampak satu lukisan di hujung muka surat tersebut.
Lukisan kanak-kanak sedang bermain dengan kucing.Dengan idea nakalnya,dia mengubah lukisan itu menjadi kucing yang menyerang kanak-kanak.
"Rasa seronok pula.Ada lagi?"ujarnya perlahan dengan senyuman nakal.Dia menyelak lagi dan terjumpa lukisan.
Lukisan kanak-kanak memimpin wanita tua melintas jalan diubah menjadi kanak-kanak dikejar wanita hodoh yang merangkak.Adam semakin seronok dan mencari lagi.
Kali ini lukisan kanak-kanak dengan ayah yang bermesra dan bermain bersama.
"Ini terlalu cliche."ujarnya lalu mengubah lukisan itu menjadi malaikat maut sedang membawa kanak-kanak itu pergi.
Kring!
Bunyi loceng sekolah menandakan waktu sekolah sudah tamat.Adam mengemas buku ke dalam begnya dan berjalan pulang.
Dalam perjalanan pulang,Adam diserang oleh kucing yang entah dari mana datangnya.
"ARGH!pergi dari sini,kucing jahat!"marah Adam lalu menghalau kucing itu pergi.Habis wajahnya dicakar kucing.
"Mengapa tiba-tiba kucinv menyerang?"soalnya aneh.Kemudia matanya tertancap pada wanita tua yang mahu melintas jalan.
Tanpa membuang masa,Adam menuju ke arah wanita tua itu untuk membantunya.
"Mak cik perlukan bantuan?saya bantu ya?"soal Adam lalu membantu wanita tua itu mengangkat barangnya.
Adam mengikut sahaja wanita tua itu sehingga sampai ke tempat yang menakutkan.
"Mak cik,mengapa kita pergi ke kawasan hutan?rumah mak cik dalam hutan ya?"soal Adam namun tiada jawapan dari wanita tua itu.
Kemudian Adam terdengar suara wanita itu mengilai.Adam terkejut dan berlari lintang-pukang apabila wanita tua bukanlah manusia!
Wanita tua itu bertukar menjadi makhluk yang berambut panjang,wajah yang hodoh,mulut yang terbelah dan merangkak dengan kaki dan tangan yang panjang.
Adam berlari sekuat hati dan berhenti sebentar untuk mengambil nafas.Adam berfikir sebentar sambil melepaskan lelah.
"Sebentar...ini macam...lukisan didalam buku teks.Semuanya sama seperti didalam buku teks!"ujar Adam.
"Ini baru dua kejadian.Apa lagi kejadian seterusnya?aduhai!habislah!aku sudah lupa!"ujar Adam dengan kesal.
Tanpa dia sedari,malaikat maut sedang memerhatinya dengan pandangan tajam.
══════════════════════════
Maaflah story ni dah lama tak update.Author 3 ekor ni tak ada idea tu yang senyap tu.Mohon maaf sekali lagi!:)