Lukisan di papan putih

6 3 0
                                    

Nama aku Syafia.Aku merupakan ketua kelas bagi kelas 5 Amanah.

Suatu hari,aku menyuruh Sofia melaksanakan tugasannya sebelum pulang.Sofia pun melaksanakan tugasannya dan pulang agak lewat sedikit.

Keesokan harinya,kami masuk ke kelas seperti biasa dan Cikgu Azizi masuk ke kelas kami kerana mata pelajaran pertama bakal bermula.

Sebelum Cikgu Azizi menulis di papan putih,dia terlihat satu lukisan kerusi dan meja.

"Siapa yang bertugas memadam papan putih semalam?"soal Cikgu Azizi.

Perlahan-lahan Sofia bangun dari duduknya dengan wajah tertunduk.Jelas wajahnya cuak.

"Saya,cikgu...tetapi semalam saya telah membersihkan papan putih sebelum pulang.Lukisan itu tiada semasa saya membersihkan papan putih."jelas Sofia.

"Tidak mengapa.Lain kali pastikan jangan ada siapa-siapa pun mengotorkan papan putih sebelum pulang,faham?"soal Cikgu Azizi lalu memadam lukisan itu.

Hari kedua

Sebelum Cikgu Azizi menulis nota dipapan putih,lukisan pasu bunga pula yang ada dipapan putih.

"Siapa yang bertugas membersihkan papan putih semalam?"soal Cikgu Azizi dengan sedikit berang.Aku pun bangun dan menjelaskan pada Cikgu Azizi.

"Semalam saya sudah kunci kelas sebelum pulang.Saya juga pasti tiada siapa di blok ini."jelasku.

"Kalau saya dapat tahu siapa yang melukis disini,siaplah dia!"bentak Cikgu Azizi lalu kami memulakan pembelajaran.

Hari ketiga

Kali ini lukisan bingkai gambar belakang kelas pula.

"Siapa yang mencabar saya?!"soal Cikgu Azizi dengan marahnya.Semuanya diam dan memandang sesama sendiri.

"Siaplah siapa yang melukis di papan putih ini!"marah Cikgu Azizi sambil memadam lukisan itu dengan perasaan geram.

"Bingkai gambar belakang kelas telah hilang!"jerit salah seorang rakan kelasku.

"Adakah si pencuri itu melukis barang yang dicurinya?"soal Sofia kepadaku.

"Senyap!semua tumpukan perhatian."ujar Cikgu Azizi dan menulis soalan di papan putih.

Hari keempat

Lukisan penyapu dan tong sampah terlukis di papan putih.

"Siapa yang mempermainkan saya,mengaku sekarang!"marah Cikgu Azizi.Kami memandang sesama sendiri.

"Cikgu,saya rasa,budak kelas belakang yang melukis lalu mencuri barang yang dilukisnya."ujar salah seorang rakan kelasku.

"Saya juga rasa begitu kerana tiada siapa didalam kelas ini boleh lukis secantik ini."tambahku pula.

Tanpa berkata apa-apa,Cikgu Azizi memadam lukisan itu.

"Cikgu,penyapu dan tong sampah sudah hilang!"jerit Sofia.Semua tertumpu pada penyapu dan tong sampah di belakang kelas.

"Bukan itu sahaja,meja dan kerusi di belakang kelas juga hilang!"ujar rakan sekelasku.

"Pasu bunga di meja guru juga lesap!"jerit rakanku yang lain.

Jelas wajah Cikgu Azizi berang.

"Saya akan cari budak yang berani mempermainkan saya.Tunggulah nasib dia!"ujar Cikgu Azizi memberikan amaran keras.

Hari kelima

Hari ini merupakan hari terakhir bersekolah.Hari ini juga kami terkejut apabila lukisan Cikgu Azizi di papan putih!

Malah wajahnya tidak tumpah seperti Cikgu Azizi!

"Apa yang kamu renungkan?"soal Cikgu Azizi yang baru masuk ke kelas.Aku menunjukkan lukisan Cikgu Azizi.

"Geramnya saya!dia betul-betul mahu mencabar saya!"marah Cikgu Azizi sambil memadam lukisan itu.

"ARGHHH!"jerit salah seorang rakan kelasku.

Aku juga terkejut apabila...

"CIKGU,CIKGU SUDAH SEMAKIN LENYAP!"

══════════════════════════

Published:12 Disember 2022
By:Nuraier_ra

Apabila Senja Tiba...Where stories live. Discover now