Teman serumah

18 4 2
                                    

Nama aku Sofia.Aku terpaksa tinggal dirumah mendiang ibu dan ayahku di Amerika kerana pak cikku yang hampir merogol aku.

Disebabkan ingin menyelamatkan aku,mak cikku menghantarku semula ke Amerika kerana tidak mahu kejadian berulang lagi.

Sudah saatnya juga untuk aku tinggal sendiri selepas dijaga oleh mak cikku.

Aku membuka suis lampu rumah ibu dan ayahku.Tiada apa yang berubah selepas 10 tahun aku meninggalkan rumah ini.

Aku menyimpan beg pakaian dan mengemas rumah yang sudah berhabuk dan bersepah.

_________

Aku merebahkan tubuh ke atas katil selepas selesai mandi.Aku mengambil telefon dan bermain media sosial.Kerana penat,aku terlelap ketika bermain telefon.

Keesokan harinya,aku bangun dari tidur seperti biasa.Aku mengambil telefonku dan menyambung cas kerana sudah tiada betri.

Seusai aku membersihkan diri,aku mencabut wayar dari telefonku dan bermain telefonku.

Entah mengapa hatiku tergerak untuk melihat album foto.Dengan automatiknya,aku menekan album foto dan satu gambar telah menarik perhatianku.

Gambarku ketika tidur.Juga videoku seperti seseorang menyelimut diriku.Terus aku melempar telefonku ke atas katil.Hanya aku sendiri dirumah ini.Siapa yang mengambil gambar dan video?

Aku mencari gambar yang lain.Malang sekali,hanya ada gambarku sahaja tanpa si pelaku.Aku membuat keputusan untuk melupakan sahaja peristiwa ini.

Aku melangkahkan kaki ke dapur dan membuka peti ais.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat telur ayam yang pecah dan tumpah mengotorkan peti ais.

Bukan itu sahaja,ayam dan ikan juga buruk dan mengeluarkan bau yang tidak enak.Aku menutup pintu peti ais kerana tidak tahan dengan baunya.

Mengapa ikan dan ayam boleh buruk sedangkan didalam peti ais?mengapa telur ayam boleh pecah dan tumpah mengotorkan peti ais?

Adakah aku mempunyai teman serumah?tidak mungkin.Hanya aku yang ada dirumah ini.

Aku membuat keputusan untuk mencari siapa pelaku disebalik semua ini!

______

Malam itu aku memasang kamera kecil di sudut bilikku yang boleh menampakkan seluruh bilikku.

Selepas siap memasang kamera itu,aku terus ke katil untuk tidur.Dalam beberapa minit,aku terlena akhirnya.

Keesokannya,aku bangun seperti biasa dan membersihkan diri.Aku mengambil kamera disudut bilik dan melihat rakaman tersebut.Sekali lagi,aku terkejut.

Suatu makhluk seperti manusia keluar dari katilku.Dia bukan bertubuh biasa.Dia leper dan mempunyai dua kaki dan dua tangan serta kepala.

Terbuntang mataku bila melihat makhluk itu memanjangkan tangan dan kakinya yang terlipat bersama badannya.Makhluk itu meregangkan badannya.Jelas dia bertubuh manusia namun tinggi seperti hantu galah.

Makhluk itu bertindak menyelimuti aku dan mengusap kepalaku ketika tidur.Kemudian,makhluk itu menoleh tepat ke arah kamera disudut bilikku.

Dia melambaikan tangan lalu berjalan ke arah pintu bilik.Walaupun aku sudah bergetar,aku kuatkan hati untuk melihatnya juga.

Selang beberapa minit,tiba-tiba,badannya menghadap kameraku.Aku sudah menangis ketakutan.Aku kuatkan lagi hatiku dan...

Kepalanya melurut memandang kameraku!

Serta-merta aku membuang kamera itu di atas katil.Jantungku berdegup laju dan menangis.Aku menjenguk ke bawah katil dengan perlahan.

Ku sangka,aku akan bertemu dengan makhluk itu namun hanya ada beg bagasi berwarna merah sahaja disitu.

Aku keluar dari bilik dan masuk ke bilik kerja ayahku.Ketika aku masih kecil,ayah selalu melarangku memasuki bilik kerjanya.Ibu bercerita bahawa,ayah seorang ahli silap mata dan kerjanya sangat berbahaya untuk kanak-kanak

Kini,aku tekad untuk memasuki bilik ayah.Aku mencari kunci di dalam almari bilik ibu dan ayah.Aku terus mengambil kunci di dalam poket baju ayah.

Aku terus membuka pintu selepas membuka kunci pintu bilik ayah.Terus aku terpaku di depan pintu.

Baju dan peralatan silap mata milik ayah.Aku menilik semua peralatan yang ada.Semuanya peralatan yang mampu membunuh manusia!

Mataku tertancap pada satu poster yang telah terkoyak hujungnya.

Poster yang tertulis pada tahun 1997.Tentang persembahan ahli silap mata di London.Namun satu benda yang buat aku tertarik.

Makhluk tinggi berupa manusia dibelakang ayah.Itu bermakna,makhluk itu peliharaan ayah!

Tanpaku sedari,makhluk tinggi bertubuh manusia itu sedang memerhatiku dari belakang.

Aku menoleh ke belakang dan memberanikan diri untuk mengeluarkan beg bagasi merah itu dari bawah katil.Aku melemparkannya berdekatan beranda bilikku.

"Keluarlah!aku mahu bertemu dengan kau!"

Senyap.

"Tolonglah!aku cuma mahu bertemu dengan kau sahaja!"

Tiba-tiba,satu jari panjang mencapai zip beg bagasi lalu bergerak membuka beg bagasi merah tersebut.

Dengan jantungku yang bergetar ketakutan,aku memberanikan diri untuk memandang makhluk itu.

Dia membangunkan tangan dan kaki yang terlipat termasuklah kepalanya.Beberapa minit kemudian,makhluk itu berdiri menghadapku.Tingginya sampai ke atas siling rumahku.

Badannya kurus keding dan mempunyai tangan dan kaki yang sangat panjang.Mampu untuk dia merangkak.

"Kau yang suka mengacau akukan?"soalku dengan ketakutan.

Dia mengangguk.Aku tidak boleh melihatnya kerana gelap.

"Kau...suka aku?"

Dia mengangguk lagi.

"Boleh kau ikut aku?aku janji takkan apa-apakan kau."

Dia mengikuti arahanku lalu melipat badannya dan masuk ke dalam bagasi.Dia menutup bagasi lalu menzipnya semula.

"Aku akan bawa kau ke mana sahaja..."

Aku membawa beg bagasi itu ke pintu utama lalu aku beralih arah ke beranda.

"Termasuklah ke neraka!"

Aku melempar bagasi itu.Aku memandang ke arah bagasi itu.Darah keluar dari bagasi itu.Tanpa membuang masa,aku mengemas barangku dan keluar dari rumah itu.

Aku terus berjalan sehingga aku nampak sebuah bas.Aku menaiki bas dan hanya aku seorang yang ada di dalam bas itu.

Aku meletak bagasi di tepi tempat duduk yang kosong.Aku melepaskan lelah.Namun satu benda yang aku terlupa.

Gambar poster itu mempunyai satu cebisan yang terkoyak.Cebisannya ada didalam laci meja kerja ayah.

Aku tidak perasan,makhluk itu mempunyai kembar.Dan kembarnya...

Didalam bagasi ditepi aku.

══════════════════════════

Published:1 Disember 2022
By:Nuraier_ra

Apabila Senja Tiba...Where stories live. Discover now