Apa yang aku lupa?

16 3 0
                                    

Nama aku Asha.Aku jenis orang yang mudah lupa tentang sesuatu perkara.

Pada suatu hari,aku datang ke sekolah seperti biasa dan aku seperti terlupa sesuatu.Apa yang aku lupa?

Aku bertanyakan kawan sekelasku,Ira.Ira merupakan kawan baikku.Ira berkata;

"Kau terlupa tempat duduk kau.Tempat duduk kau di belakang sana."

Lalu aku mengucapkan terima kasih lalu pergi ke tempat dudukku.Maka rutin seharianku bermula.Jika ku terlupa sesuatu,aku akan menanyakan Ira.

Ketika pulang,aku terlupa sesuatu.Apa yang aku lupa?

Ira mengingatkan aku lagi.

"Kau terlupa ada anjing di lorong sunyi depan sana."

Aku mengucapkan terima kasih lalu melalui jalan yang lain.Bila dihadapan rumah,aku terlupa sesuatu.Apa yang aku lupa?

"Ibu dan ayah kau tiada dirumah.Sebab itulah tiada yang menyambut kepulangan kau.Hanya ada mak cik kau sahaja dirumah ini."

Aku mengucapkan terima kasih lalu masuk kedalam rumah.Aku bertemu dengan mak cik ku lalu aku terlupa sesuatu.Apa yang aku lupa?

Aku menanyakan soalan kepada mak cikku.

"Ibu dan ayahmu mati kerana dibunuh."

Aku meminta diri untuk masuk ke bilik.Aku bersandar disebalik pintu.Seperti terlupa sesuatu.Apa yang aku lupa?

"Mengapa bilikku bersepah?"

"Oh lupa!mak cikku sudah mati."

"Mana ibu bapa dan mak cikku?"

"Oh lupa!aku menyimpan mayat mereka di dalam bilik stor."

"Dimana Ira?"

"Oh lupa!aku menyimpan mayatnya juga didalam stor."

Aku ketawa besar lalu aku memulakan rutin harianku selepas aku mengingati apa yang aku lupa.

Begitulah rutin harianku.

Sebentar.

"Apa yang aku lupa?"

"Oh!lupa,aku belum menanam mayat nenekku di belakang rumah."

________

Kalau ada yg tak faham,meh author explain.

Asha terlupa yang di sudah membunuh keluarganya iaitu ibu,ayah,dan mak ciknya dalam satu malam.Disebabkan Ira telah mengetahui rahsianya,dia juga membunuh Ira dimalam yang sama.

Selepas semuanya mati,Asha meletakkan mayat keluarga dan kawannya didalam stor lalu dia terlupa sehingga berminggu lamanya.

Selepas berminggu lamanya,neneknya menjaga Asha.Disebabkan Asha mempunyai masalah mental,dia membunuh neneknya.Keesokan harinya,dia mengingati apa yang dilupakan iaitu rutin hariannya sehinggalah dia mengingati yang dia lupa menanam neneknya dibelakang rumah.

Kesimpulannya,Asha gila.

Published:30 November 2022
By:Nuraier_ra

Apabila Senja Tiba...Where stories live. Discover now