Nama aku Anggun.Aku merupakan seorang pelajar universiti.Sekarang tibalah cuti semester.Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ibu bapa aku.
Aku mengangkat bagasi aku dan meletakkannya betul-betul di hadapan pintu.Tanpa lengah lagi,aku terus mengetuk pintu.Aku terus hampa apabila melihat Mak Cik Hajah,pembantu rumah yang membuka pintu.
Aku terus menghulurkan tangan untuk bersalam."Assalamualaikum,Mak Cik Hajah.Mama dengan papa takde ke?"
Mak Cik Hajah hanya diam sebelum pergi ke dapur.Aku terus menutup pintu dan mengangkat bagasi naik ke bilik aku.Rumah ini rasa sunyi sangat.Selalunya rumah ni akan bising kalau aku balik walaupun hanya mama dan papa yang menyambut.
Aku terus menghempapkan badan aku di atas katil yang aku rindu.Aku mengeluarkan telefon untuk menghiburkan diri aku sebelum terkejut akan bunyi seperti pinggan pecah.
Aku terus pergi ke arah pintu dan membuka pintu bilik untuk meninjau dapur tapi terhalang akibat terkejut dengan kelibat Mak Cik Hajah di hadapan aku.
"Cik mesti lapar kan?Mak Cik ada bawa makanan." Aku hanya melihat perlakuan Mak Cik Hajah sehingga dia meletakkan makanan di atas meja.Kemudian,aku terus menghembus nafas lega kerana Mak Cik Hajah telah pergi dari sini.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Anggun"
"Anggun"
Suara itu mengacau tidur aku.Aku terus bangun dan melihat jam di telefon aku.Entah kenapa suara itu membuat aku rasa tertarik untuk mencari suara itu.
Tanpa lengah lagi,aku terus bangun dan mengikuti suara itu.Makin lama makin dekat suara itu kedengaran.Suara itu kedengaran seperti di dalam bilik ini.Setahu aku bilik ni hanya mempunyai piano yang besar.
Apabila aku masuk,aku kecewa kerana suara itu telah pun hilang.Perlahan-lahan aku menutup pintu sebelum terdengar suara itu kembali.
Aku terus pergi ke piano itu.Entah macam mana tangan aku boleh menekan piano itu.
Tik
Tik
Tik
Aku melihat tangan aku.Darah mula menitik dengan lebih banyak di atas tangan aku.Aku terus memandang atas dan terlihat mayat mama dan papa tergantung.
Aku terus terjatuh lemah.Tiba-tiba,ada sepasang tangan yang memegang leher aku.Sebelah tangannya memegang pisau.
"Kenapa Cik tak tido lagi?"
══════════════════════════
Published: 11 December 2022
By: rx_niaNotes:
Author dah lama tak menulis.Tambah-tambah lagi horror story.So maafkan author kalau story ni tak best or tak setanding dengan story yang lain.Author sendiri pun tak tau apa yang author tulis.Even story dekat acc personal pun author tulis merapu.Maybe author akan improve my writing.So tunggu author tulis new story tahun depan.Or tak tulis terus. Bye!