Hilang

18 4 0
                                    

Aku,Rina.Aku merupakan seorang penulis novel misteri.Tapi kali ini aku mahu buat kelainan sedikit.Aku mahu menulis novel genre horror.

Benda pertama yang aku perlu buat ialah mencari sebuah cerita hantu yang seram di internet.Kemudian,aku hanya mengolah sedikit dan meletakkan sebuah gambar sejenis makhluk di situ.

Tekak aku kering.Aku terus pergi ke bawah untuk mengambil air.Aku meninggalkan laptop aku dan pergi ke dapur.

Selepas aku membasahi tekak,aku terus pergi ke meja kerja aku.Terkejut aku apabila gambar yang aku letak hilang.Mungkin internet aku tadi perlahan.Aku meletakkan kembali gambar tadi.

Tiba-tiba,pen aku terjatuh ke bawah.Aku terus mengambil pen itu di bawah meja itu dan melihat laptop aku semula.Sekali lagi gambar itu hilang.Aku pasti kali ini bukan sebab masalah wifi.Aku membaca kembali jalan cerita yang aku tulis.

Tok tok

Ketukan di pintu membuat aku terkejut.Kenapa ada orang ketuk pintu bilik aku? Sedangkan tiada siapa di dalam rumah ini selain aku.

Terkejut aku apabila aku membuka pintu,terlihat makhluk yang aku letakkan di dalam cerita aku.

Di dalam cerita aku,aku telah membuat manusia tidak boleh memandang tempat lain selain dia.Aku tahu apa yang aku perlu buat.

Aku mengambil cermin tanpa memandang tempat lain dan mendekatkan diri aku ke arah dia.Aku terus menunjukkan cermin itu kepada wajahnya.

Dia terus mengelupur dan dia terus berubah menjadi pasir.Aku terus menghembus nafas lega.

Tapi,aku letak dua kali gambar tu.Jadi mana lagi satu?

══════════════════════════

Published: 30 November 2022
By: rx_nia

Apabila Senja Tiba...Where stories live. Discover now