"Suraya, mesej aku bila kau dah sampai rumah nanti!" Kata sahabatku, Alisa.
Kami baru sahaja lepas makan malam bersama di sebuah restoran. Hari pun sudah mahu mencecah angka dua belas malam. Aku hanya angguk dan pergi ke arah berlainan Alisa.
Aku berjalan seorang diri dan berasa seperti diikuti. Namun, tiada sesiapa yang berada di belakang. Mungkin ini hanya perasaan aku.
Selepas aku memasuki rumah aku, aku melihat jam yang menunjukkan tepat jam 12 pagi.
"Alamak, aku belum solat Isyak!" Aku mula tepuk dahi sendiri. Siapa suruh sembang dengan kawan lama sangat, dari maghrib sampai isyak.
Aku bergegas ke bilik air dan mengambil air wuduk. Selepas beberapa minit, aku mula melaungkan takbir."Allahuakbar..." Aku mengangkat kedua-dua belah tangan aku.
"Allahuakbar..." Aku menjadi kedu. Suara siapa yang berada di belakang aku? Aku meneruskan solat aku sehingga habis salam kedua.
Selesai sahaja salam kedua, aku terus memusingkan badan aku dan melihat tiada siapa. Aku mulai berasa risau tetapi aku tepiskan perasaan itu.
Aku membaca doa lalu aku mempersiapkan diri untuk tidur. Setelah aku melipatkan sejadah dan telekung, aku terdengar sesuatu bunyi cakaran di pintu.
Aku terus berasa risau dan mula menyedari ini bukanlah ilusi atau khayalan. Aku menutup telinga aku dan memejamkan mata aku dengan kuat. Suara itu mula menjadi perlahan sehingga hilang.
Aku perlahan-lahan membuka mata dan melihat sekeliling dengan terkejut apabila aku mendapati aku berada di dalam tempat yang gelap dan kosong. Hanya ada satu sofa sahaja yang berada di hadapan aku.
Suara ketawa bayi menyinggah pendengaran aku dan aku melihat di sofa tersebut. Ada seorang bayi yang mempunyai tiada muka sedang merangkak di atas sofa tersebut.
Aku mula menjerit meminta tolong dan aku terdengar.
"Ya ssin...." Bayi itu mula menjerit dan aku menutup telinga dan mata aku. Surah Yassin yang dibaca oleh ramai orang kedengaran semakin kuat.
Semasa aku membuka mata, terlihat ramai orang termasuk Alisa membaca surah Yasin. Pandangan aku mula kabur sebelum hilang sepenuhnya.
══════════════════════════
Published: 18 Januari 2024
By: rx_nia