Prolog

81 6 0
                                    

Di sisi Badrul.

Dia merenung ke arah sehelai nota kecik yang berada di belakang nota besar di dinding tadi. Yang mana khas untuk dirinya,sebagai pengikut terakhir Kairi. Tidak seperti Bakar, pengikut Rose,Viktor dan Maya pengikut(rakan) Ali dan Fitri pengikut Zariq,mereka mempunyai anak murid yang ramai. Manakala Kairi hanya mempunyai Badrul dan beberapa orang sahaja.

"Jadi,'dia' ada kat sana..."

"Kau baru tahu?" MK yang baru tiba menyampuk.

"Ha'ah."Badrul menganggukkan kepalanya bersahaja menjawab soalan seseorang itu.

"Jom mulakan misi."

"Tak rasa cepat sangat ke? Dia baru pergi..." kata seorang wanita sayu,Shaza.

"Inilah apa yang dia nak. Lagi cepat,lagi bagus." Dua orang lelaki itu berkata serentak.

"Lagipun, kita memang perlukan 'dia' untuk lead kumpulan kita." Badrul berkata.

"Baik."

Mereka bergerak ke sebuah pesawat peribadi yang disediakan khas untuk mereka.

Setelah masuk,Badrul berkata,
"Buka sahaja lah. Kita je yang ada sekarang."

Mendengar itu,mereka pun menanggalkan topeng dan hoodie mereka.

Shaza menanggalkan hoodie,kaca mata lut sinar yang membantu dia dalam menyasarkan sasaran dengan lebih tepat dan penutup mulut yang dia pakai.

Maka,terlihatlah wajah sebenar orang yang memegang kod
Shaza,
Iaitu Iman.

MK atau Moon Kitsune pula menanggalkan topeng musangnya,maka terlihatlah wajah
Rudy atau dengan nama sebenar, Reizal.

Ya,Iman dan Rudy.

Semasa Iman menyertai misi ketika Kairi disingkirkan, dia yang sebenar masih berada di MATA. Memerhati situasi keempat-empat beradik itu dan memberikan laporan kepada ketua mereka. Manakala yang menyertai misi hanyalah robot yang kelihatan seperti dirinya. Sama seperti yang Kairi gunakan agar tiada yang syak ketiadaan dirinya ketika dia sedang menjaga Ali sebelum ini.

Semasa pertarungan akhir itu,Iman dikhabarkan menyertai pertandingan wushu. Memang benar dia menyertai pertandingan itu tetapi, ianya tamat dalam masa sehari sahaja kerana ramai yang tersingkir dalam masa sehari maka,dia telah menamatkan pertandingan itu dalam masa satu hari. Maka,ketika ketua yang lain sedang membuat rancangan, dia sudah bersedia di MAA.

Bersama Rudy yang dikatakan menyertai misi. Sama seperti Iman,dia menamatkan segalanya dengan cepat dan telah menyertai pertarungan akhir sebagai MK bersama Shaza.

Rudy atau Reizal kelihatan lain memandangkan style rambutnya berubah menjadi lebih normal daripada sebelum ini(landak).

"Kenapa korang tak beritahu ahli MATA yang lain pasal ni? Diorang asyik tanya pasal korang je." Badrul bertanya.

"Biarkan sahaja mereka. Mulai sekarang,kita sudah tiada kena mengena dengan mereka lagi." Iman berkata lembut.

"Lagipun,'Rudy' tak pernah wujud." Reizal berkata mengenai nama samaran di MATA. Dia tersenyum sinis.

"And,bolehlah kita panggil sesama sendiri macam biasa. Betul tak,Iman?" Reizal memandang Iman dengan senyuman lebar.

"Betul tu,abang." Iman juga membalas senyuman lebar kepada Reizal,abangnya.

Badrul yang melihat itu hanya memandang, tidak membalas apa apa.

Dengan suasana yang hangat dengan kasih sayang dua beradik itu,mereka menuju ke misi mereka yang seterusnya.

KSMB ialah singkatan kepada nama mereka,
K untuk Kairi iaitu bekas ketua mereka.
S untuk Syaza,pemanah terbaik,
M atau MK untuk Moon Kitsune, nama gelaran untuk Reizal,pemain pedang terbaik,
Dan B untuk Badrul, ahli terbaik mereka.

--------------

Novel ini ialah novel sambungan kepada novel Ali's Secret Family. Di mana setelah kehilangan ketua mereka,kumpulan KSMB mengembara untuk mencari ketua baru,bukan. ketua yang diamanahkan oleh bekas ketua mereka. Bekas ketua mereka mengatakan bahawa orang yang akan mereka cari itu mempunyai potensi untuk memimpin mereka. Dia bukanlah ahli tetap kumpulan itu kerana emosinya ketua itu menjadi tidak stabil. Maka,dia mengambil keputusan untuk berpisah.

Selama ini,bekas ketua mereka mencari keberadaan si dia kerana memerlukan pengganti. Dan setelah menemuinya,dia mengamanatkan yang lain untuk mencari si dia.

"Korang rasa,dia macam mana sekarang?"

Korang nak tahu?mari,kita baca kisah dia sebelum mereka bertemu bakal ketua mereka.
------------------

2 ~ Knight(s) In ShadowWhere stories live. Discover now