Bab 11 - MAA

24 3 0
                                    

Setelah sekian lama mereka berada di dalam kenderaan,sebaik sahaja mereka tiba mereka terus keluar dan meregangkan badan.

"Mari masuk."

Apabila mereka memasuki perkarangan MAA,mereka berasa pelik.

"Kenapa sikit sangat orang. Takkanlah diorang semua buat misi..."K berasa pelik ketika melihat keadaan yang sungguh renggang.

"Tak. Bilangan ahli sekarang terlalu sedikit daripada yang sepatutnya. Jika terdapat serangan,mereka takkan dapat bertahan." Shaza menjawab ragu dengan keadaan tersebut.

"And aku dapat rasakan yang tempat ni pernah diserang." Reizal berkata sambil memandang sekeliling yang kelihatan seperti baru berlalu serangan.

"Valdisia."Shaza yang perasan kehadiran seseorang terus memanggil.

Valdisia yang ketika itu sedang membersihkan laluan yang kotor dengan robot-robot yang sudah rosak terus memandang ke arah suara tersebut.

"Ah...who..are you?" Valdisia mula memandang risau.

Kerana kumpulan KSMB tidaklah terkenal dengan nama ahlinya,mereka hanya terkenal sebagai satu pasukan bermakna tiada yang mengenali mengenai ahli mereka.

Apatahlagi K yang langsung tidak kelihatan wajahnya kerana hoodie jubah yang dia pakai.

"Kami KSMB. Ketua kami sebelum ini arwah Kairi. You can believe in us. Don't be afraid." Shaza cuba untuk meyakinkan Valdisia.

"Erm..." Valdisia masih lagi was was untuk memberitahu.

"Valdisia, kenapa--"kata kata seseorang terhenti ketika dia terlihat mereka yang lain.

"Apa berlaku kat sini,Miya?" Badrul bertanya kepada wanita itu. Dia menanggalkan hoodie jubahnya. Disebabkan dia satu-satunya ahli KSMB yang dikenali di MAA, dia cuba berkomunikasi.

"Badrul?ah,akhirnya. Kau balik juga..."Miya kelihatan lega dan gembira mendengar nya.

"?"Badrul menjongketkan keningnya pelik.

"Beritahu kami,apa yang berlaku semasa ketiadaan kami,Miya?"Shaza bertanya lembut.

"....yang sebenarnya, beberapa minggu lepas..."
Dengan berat hati,Miya memulakan ceritanya.

Flashback
****

Tiga minggu yang lepas,

Boom!

Pintu gerbang MAA tiba-tiba sahaja meletup.

Terkejut mereka yang lain mendengar itu.

Naluri sebagai ahli berpengalaman dalam hal ini memberitahu mereka bahawa musuh yang tidak dikenali telah memasuki perkarangan akademi mereka.

Maka,mereka terus mengambil senjata dan keluar untuk berlawan dengan musuh yang tidak diketahui kemampuan nya.

"Who are you?"selaku seorang ketua,Imelda bertanya kepada empat orang musuh bertopeng. Di tangan setiap seorang daripada mereka memegang seorang ahli akademi yang sepatutnya berada di luar.

Mungkin dengan cara itulah mereka dapat masuk ke dalam perkarangan akademi tanpa dikesan kerana mereka menyorok di belakang ahli akademi mereka yang sudah lemah.

Mendengar soalan itu,mereka terus mencampakkan ahli akademi yang mereka jadikan sebagai pelindung tadi ke tepi.

"Di mana mereka?"salah seorang musuh yang memakai pakaian bertema kan oren bertanya lantang.

"Siapa?"Imelda keliru dengan persoalan musuh.

"Aku tahu dia ialah ahli MAA. Hey,keluar sekarang sebelum aku letupkan akademi ni!" Musuh lain yang berpakaian tema biru pula memanggil.

2 ~ Knight(s) In ShadowWhere stories live. Discover now