Bab 17 - The End.

43 2 0
                                    

Di sisi keluarga Reizal dan Iman,setelah mereka selesai melawat rakan-rakan nya iaitu Alicia,Moon, Khai, Jet, Mika dan Bulat secara rahsia, mereka pulang.

Semasa mereka balik ke rumah,

Mereka bertanya kepada Rasyid,bapa mereka,
"Mana mana dengan 'dia',pa?"

"Dia masih belum mahu bercakap mahupun makan..."Rasyid berkata kecewa.

Beberapa hari yang lepas,mereka menemui seorang gadis di sebuah lorong gelap. Ketika itu,Iman dan Reizal baru sahaja lepas membeli makanan dan kebetulan mereka terlihat beberapa orang lelaki melempar seorang gadis ke arah lorong tersebut.

Sebagai tindakan refleks, mereka membelasah kelima-lima lelaki tersebut. Mereka bertanya mengenai dalang atau ketua mereka tetapi disebabkan 'kesetiaan' mereka,mereka membunuh diri dengan mengigit lidah.

Dan setelah itu,mereka membawa gadis itu pulang. Tetapi,sehingga sekarang tiada perkembangan mengenai gadis tersebut.

"Kita tak boleh buat apa-apa kalau dia tak cakap memandangkan kita tak kenal dia. Tambahan pula,dia langsung tak benarkan kita dekati dia. Kita tak boleh siasat identiti dia jika begini..." Iman mengeluh.

"Kenapa kita tak minta bantuan yang lain?"Reizal mencadangkan.

"Yang lain?"Rasyid bertanya.

"Leader Clifton dan Badrul. Mereka bagus bab ni. Walaupun sukar untuk aku mengaku,diorang tetap terbaik di kalangan kita apatahlagi Badrul." Reizal berkata.

"Alright. Kalian panggil mereka."Rasyid berkata.

Esoknya,seperti yang dijanjikan,Badrul dan Clifton bertemu di rumah Reizal dan Iman.

"Apa benda yang korang nak cakapkan?"Clifton bertanya memandangkan Badrul seorang yang kurang berbicara ketika ramai orang.

Dia memakai pakaian biasa nya yang selekeh kerana parut-parutnya masih kelihatan. Malah,ketika dia memakai pakaiannya sebagai K pun masih menampakkan parutnya. Tetapi,memandangkan wajahnya tidak kelihatan dan dalam misi,dia tidak terlalu risau.

Lain lah dengan sekarang.

"We need help." Iman dan Reizal meminta serentak.

"?"Mereka agak pelik kerana mereka berdua jarang meminta bantuan melainkan ianya perkara yang sukar mereka selesaikan.

"What is it?"Clifton bertanya.

"Ikut kami."

Badrul dan Clifton mengekori Iman dan Reizal yang sedang bergerak ke sebuah bilik.

Reizal membuka bilik yang berkunci itu. Setelah dibuka,mereka dapat melihat seorang gadis berambut panjang sedang duduk membelakangi mereka.

"Kami perlukan bantuan untuk korang cari keluarga dia." Reizal berkata.

"Dia langsung tak bercakap mahupun biarkan kami mendekati dia. Jadi,saya harap kalian boleh tolong."Iman menambah.

Belum sempat Clifton ingin berkata sesuatu,

"A...adelina?"Badrul yang tadinya hanya diam menyebut nama seseorang.

"Siapa tu?"Mereka yang tidak mengenali nama tersebut keliru.

Kecuali Badrul sendiri dan pemilik nama tersebut.

Gadis yang tadinya duduk membelakangi mereka terus memusingkan badannya sebaik sahaja mendengar nama tersebut.

Mata gadis tersebut bertembung dengan mata Badrul. Serentak itu,air mata gadis itu berlinang. Dan dia terus berlari ke arah Badrul.

"A...abang..." sayu suara gadis itu memanggil seseorang. Dan tanpa dijangka,gadis itu terus memeluk kaki Badrul yang masih terkaku.

2 ~ Knight(s) In ShadowWhere stories live. Discover now