Keesokan paginya,mereka bersarapan seperti biasa. Cuma kali ini,dengan penambahan seseorang.
Duke Beau,atok kepada Andre yang mana sekarang juga menjadi atok kepada Andrew dan Clint. Sekaligus ketua kepada rumah itu.
"Kamu sudah dapat surat atok?"
Itu dia,soalan yang paling mendebarkan mereka sudah datang.
"Hum?surat?surat apa?"
"Kami tak terima apa apa surat.."
Andre dan Andrew berpura-pura tidak mengetahui apa apa.
Clint pula hanya diam memandangkan dia sememangnya tidak pernah dikenali oleh Duke Beau sebelum dirinya diperkenalkan oleh Andre ketika pengambilan anak angkat. Dan semuanya sudah selesai,bermakna mereka sudah sah menjadi adik beradik.
"Kamu pasti tidak mendapat apa apa surat?"Duke Beau bertanya lagi,kali ini memandang ke arah Andre dan Andrew. Kerana dia tidak memberikan kepada Clint,jadi jejaka itu tidak berada dalam perhatiannya ketika ini.
Duke Beau tahu bahawa tiada faedah jika dia memberikan surat pemberitahuan tersebut kepada Clint kerana di dalam pemikirannya,dia terfikir,
"Apa sahaja lelaki yang tidak berpendidikan boleh bantu dalam hal ini?"Maka,dia tidak menghantar apa apa kepada Clint. Apatahlagi dia tidak mempercayai Clint kerana mempunyai gelaran criminal.
"Hum...kalau atok berikan surat tu semasa kami di akademi, mungkin... kami sudah membuangnya."Andre memulakan dialog yang telah dirancangkan untuk hal ini.
"Buang?kenapa Kamu membuang nya?"Duke Beau bertanya ingin tahu. Pandangannya ketika ini difokuskan kepada Andre,cucu kandungnya.
"Ke...kerana kami selalu mendapat surat cinta dan surat-surat yang merapu daripada ramai peminat kami di akademi sebelum ini. Disebabkan kami sudah mengetahui apa yang hendak dikatakan,kami membuangnya."Andre berkata
"Lagipula,kami tidak berminat."Andrew menyambung.
"Kamu pasti bahawa kamu 'terbuang'?" Duke Beau masih tidak mengalah.
"Se..semestinya."Mereka berkata.
Duke Beau memandang mereka dengan tajam,dengan pandangan tidak mempercayai apa yang mereka katakan.
Andre dan Andrew sudah berpeluh ketika dapat merasakan bahawa diri mereka telah diketahui menipu. Kalau atok nya benar-benar tahu,pastinya mereka akan dibebel selama 2 jam nanti dan didenda...
Ketika keadaan menjadi semakin tegang,
Kling!
Bunyi sudu terjatuh membuatkan pandangan Duke Beau beralih kepada Clint yang sedang mengambil sudunya yang jatuh tadi.
"Ma...maaf. Saya masih belajar mengenai tatatertib bangsawan. Maafkan saya." Clint segera meminta maaf ketika matanya bertentangan dengan Duke Beau.
Duke Beau mengeluh. Dia hampir lupa bahawa Clint berada di situ selama ini.
"Selepas kalian habis sarapan,jumpa atok di pejabat. Andre dan Andrew." Duke Beau terus bangun kerana telah siap makan setelah dia mengelap mulutnya.
Setelah Duke Beau keluar,masing-masing menghembus nafas lega.
Andre dan Andrew memandang ke arah Clint yang juga kelihatan lega dan terus membuat tumb up ketika Clint memandang mereka.
Clint yang melihat itu tersenyum lebar kerana dapat membantu rakannya. Dia sebenarnya memang tidak sengaja menjatuhkan sudu kerana terlalu takut dengan aura pemimpin yang keluar dari Duke Beau tadi.
YOU ARE READING
2 ~ Knight(s) In Shadow
ActionNovel ini ialah novel sambungan kepada novel Ali's Secret Family. Di mana setelah kehilangan ketua mereka,kumpulan KSMB mengembara untuk mencari ketua baru,bukan. ketua yang diamanahkan oleh bekas ketua mereka. Bekas ketua mereka mengatakan bahawa o...