Bab 4 - demam

17 3 0
                                    

Keesokan harinya,

Ramai pembantu rumah yang kelihatan agak sibuk pada pagi itu.

"Huh?kenapa ni?"Clint yang mendengar bunyi bising itu keluar dari biliknya. Dia bernasib baik kerana dia membuka pintu agak lambat. Kerana sebelum dia membuka pintu,seorang maid sedang melalui laluan itu.

"Clint!"Mendengar namanya dipanggil, Clint memandang ke arah tersebut.

"Andrew, apa yang berlaku?" Clint bertanya.

"Andre demam. Alah,kau tak perlu risau. Dia pun manusia jadi demam ni perkara biasa. Pembantu rumah je yang cemas sebab Andre dah lama tak balik." Andrew berkata.

"Oh.." Clint tidak bertanya apa apa lagi.

"Hey,pergilah bersiap. Kita dah nak mulakan pembelajaran. Aku tunggu dekat perpustakaan."Andrew berkata.

"Baiklah."Clint puj masuk ke dalam bilik nya untuk bersiap.

Andrew memandang ke arah bilik Clint sebelum dia berjalan ke perpustakaan.

Sementara itu,dia sempat bermonolog sendirian,
"Andre,Andre. Itulah kau. Aku dah suruh kau berehat. Sudahlah cedera hari sebelum ini belum pulih sepenuhnya,dia masih berdegil nak keluar. Haih..."

Andrew memandang ke luar tingkap yang ada di sepanjang laluan dia.

"Nampaknya, akulah yang kena gantikan dia. It's time for Mystery W to act."

Petang itu,

"Baiklah, sampai sini sahaja pembelajaran kita. Esok kita sambung pula."Andrew menamatkan sesi pembelajaran mereka

"Eh,bukan kah masih awal lagi?"Clint bertanya sambil menutup bukunya.

"Sudahlah, dah petang ni. Kau berehatlah. Lagipun,aku nak melawat Andre. Dah seharian kita tak jenguk dia." Andrew berkata sambil menyimpan buku-buku yang digunakan.

"Ah,aku pun nak jenguk." Clint berkata.

"Mari."Mereka pun keluar dari perpustakaan itu dan pergi ke bilik Andre.

"Tuan muda sudah lama bangun. Beliau sedang membaca buku di dalam biliknya. Silakan masuk."kata seorang pembantu rumah yang bertugas menjaga di hadapan pintu bilik Andre.

"Ah,baiklah. Terima kasih."Andrew tersenyum kepada pembantu rumah itu.

Sebaik sahaja mereka berdua masuk, pembantu rumah itu terus tersenyum lebar bersama pipinya yang memerah.
Jantungnya berdegup kencang.
Sempat dia bertanya kepada dirinya,
"Adakah aku sudah jatuh cinta pada tuan muda Andrew?"

Di dalam bilik Andre.

Mereka dapat lihat Andre yang sememangnya sedang membaca buku di atas katil nya walaupun dia masih kelihatan pucat.

"Clint?Andrew?" Andre bertanya dengan suara seraknya.

"Tak perlu nak bercakap sangat. Kau tu demam,buat cara demam."Andrew mengambil tuala yang berada di dahi Andre dan mencelupkan nya ke dalam air di dakam besen yang telah tersedia di atas meja berdekatan katil Andre.

"Boleh tahan panas jugak demam kau kali ni. Last time kau demam, tak ada lah sampai panas macam ni." Andrew berkata setelah merasa suhu badan Andre melalui dahinya sebelum dia meletakkan tuala basah yang baharu.

"Panas sangat ke?"Clint bertanya dan terus meletakkan belakang telapak tangannya ke dahi Andre.

"Ini dikira panas, ke?"soalan Clint agak mengelirukan Andrew dan Andre.

"Er...mungkin sebab suhu badan setiap orang berbeza."Andrew cuba menjawab walaupun dirinya masih keliru.

"Oh..."

2 ~ Knight(s) In ShadowWhere stories live. Discover now