Bab 8. - konflik

15 2 0
                                    

Tuk!
Tuk!
Tuk!

"Dengan ini, mahkamah memutuskan bahawa Count Crawford dan Count Wilson tidak bersalah atas alasan tidak mempunyai bukti yang kukuh. Bersurai."

Kecoh satu negara itu tentang apa yang berlaku di mahkamah.

Bukan hanya orang bandar tetapi juga orang kampung mengetahui hal ini.

Di mansion Duke Beau.

Andrew masuk ke bilik Andre dengan menggunakan kunci pendua.

Kelihatan Andre sedang tidur di atas katilnya.

Dia kalau boleh tidak mahu mengejutkan rakan yang merangkap abang angkatnya tetapi dia tidak boleh mendiamkan hal itu.

"Andre,bangun. Aku ada benda nak beritahu kau." Andrew menepuk-nepuk Andre supaya bangun.

"5 minit lagi..." Andre menjawab mamai.

"Andre,ini pasal Count Crawford dan Count Wilson."

Mendengar sahaja nama mereka berdua, Andre terus bangun.

"Apa yang penting sangat?"

Andrew menunjukkan berita melalui telefon pintarnya mengenai apa yang berlaku di mahkamah pagi tadi.

"Apa benda ni?"Andre bertanya mamai. Dia tidak dapat tidur semalam kerana sibuk menenangkan dirinya. Dia sendiri baru sahaja tidur untuk beberapa jam.

Matanya masih kabur jadi dia kurang lihat.

"Berita ni dah diketahui ramai orang. Nampaknya, ada orang lain selain kita yang nak jatuhkan Count Crawford dan Count Wilson juga. Orang tu failkan saman kepada mereka dengan bukti rakaman suara sahaja jadi, mereka terlepas dengan mudah sebab bukti tak kukuh."Andrew berkata.

"Rakaman suara?"Andre bertanya.

"Yeah,aku dengar yang rakaman suara tu mengenai Count Crawford dan Count Wilson yang nak gantikan hukuman penjara kepada hukuman pancung tu."Andrew mengingatkan.

"Siapa yang failkan kes ni?"Mendengar hal itu, Andre terus menjadi segar dan bertanya tegas.

"Sumbernya anonymous, tidak diketahui." Andrew menjawab kecewa.

Kerana jika mereka tahu,pastinya mereka dapat bergabung untuk menewaskan Count Crawford dan Count Wilson.

"Kau tahu tak,raja sendiri turun tangan." Andrew menambah.

"Raja?"Andre terkejut mendengar itu.

"Yes,tapi diorang terlepas sebab bukti tak kukuh. Apatahlagi diorang ialah orang paling berpengaruh di bandar jadi ramai tak percaya yang diorang akan buat begitu kepada orang yang tidak membawa faedah kepada diri mereka berdua." Andrew berkata.

"Tak membawa faedah?"Andre bertanya sinis.

Andrew mengendahkan kata sinis Andre dan terus sambung,
"Lagi teruk,mereka yang lain menyuruh Count Crawford dan Count Wilson untuk failkan pasal langgar hak privasi sebab perakam itu ada pada diorang tanpa diorang tahu.

Tapi diorang dengan 'baik hati' tak nak failkan. Tch." Andrew berkata tidak puas hati.

"Ugh,dasar talam dua muka betul diorang tu."Begitu juga Andre.

"Can't agree more." Andrew sokong.

Mereka memandang antara satu sama lain.

Di sisi raja.

Raja memandang ke arah record atau bukti tu.
"It's useless now." Raja berkata sambil memandang ke belakang rakaman suara itu. Terlihat sehelai kertas yang tertulis,
Selesaikan.

2 ~ Knight(s) In ShadowWhere stories live. Discover now