Bab 15 - debat

14 2 0
                                    

Di sisi MAA,

Selepas sahaja mereka yang lain tiba di MAA,mereka semua terus dirawat oleh pekerja lain di situ.

Hallen yang tidak cedera pula membantu ahli yang lain membersihkan MAA walaupun dia berasa kekok memandangkan dia tidak kenal sesiapa pun di situ.

"Er..."

Hallen yang sedang membersihkan laluan akademi tersebut berhenti menyapu dan terus memandang ke arah suara tersebut yang bagaikan mahu mengatakan sesuatu kepadanya.

"Ah...A...awak...Hallen,kan?"seorang wanita yang agak pemalu menyapa Hallen.

"Err...i.. iye." Hallen menganggukkan kepalanya.

"S...saya...saya minta maaf. Atas apa yang abang saya Valken buat, pada awak."adik Valken,Valdisia berkata. Dia ada terdengar daripada Valken bahawa
"Abang rasa bersalah sebab heret Hallen ikut abang balas dendam kepada mereka (Ali, Zariq, Kairi dan Rose) sebelum ni. Dia langsung tak tahu apa-apa tentang semua tu. Dah lah dia tak pandai bertarung sangat sebelum ni. Dia ikut abang sebab abang suruh. Hah...abang rasa macam abang dah manipulate dia..."
Valken berkata tawar sebelum ini.

"Ah...ta...tak apa. Saya dah...lupakan." Hallen memandang ke bawah. Ketika itu,dia memikirkan sesuatu. Tetapi, dia cepat-cepat menghilangkan lamunan tersebut dan kembali membersih.

"K..kalau awak tak kisah,boleh saya.... tolong awak? Kerja saya...dah siap." Valdisia berkata lembut dan malu.

".....boleh juga." Hallen menerima memandangkan tiada yang mahu membantu nya membersihkan laluan yang sama kerana statusnya sebagai banduan masih ada.

Ketika mereka sedang membersihkan laluan tersebut,
"Kenapa kau masih ada kat sini?"satu suara yang tidak menyenangkan menyapa Hallen dan Valdisia.

"!"Terkejut mereka berdua mendengar itu.

"Sia,mari sini."

Valdisia yang mendengar namanya dipanggil oleh abangnya teragak-agak untuk pergi tetapi, terpaksa juga memandangkan dia tidak tahu mahu berbuat apa.

"Hey,aku tanya kau ni. Kau buat apa lagi kat sini?"Rose bertanya.

Kini,Hallen berhadapan dengan Rose,Ali,Zariq dan Valken yang kurang cedera. Ketua Imelda cedera seperti yang lain jadi dia perlu dirawat.

Zafrul Jayden pula membersihkan kawasan lain memandangkan dia tidak cedera sangat. Bersama Miya. Viktor pula masih dirawat kerana stres masih belum bertemu dengan Ali.

"Bukan ke kau sepatutnya pergi balik ke sel kau? Atau kau dah lupa arah? Meh,aku tolong bawakan kau ke sana." Ali berkata sarkastik.

"......" Walaupun terasa,dia hanya mampu mendiamkan diri.

"....s..sebab...saya nak tol--"

"Tak payah nak berlagak baik lah. Kau ingat kau siapa nak 'tolong' kitorang?" Rose juga bertindak sarkastik.

Hallen sudah kematian idea. Dia tidak tahu mahu menjawab apa.

"Korang,lebih baik kita biarkan saha---" Zariq cuba untuk meleraikan pergaduhan yang sia-sia itu tetapi,

"Tak boleh,abang. Dia ni penjenayah,kenalah duduk tempat sepatutnya." Ali berkata kasar.

"Rose setuju dengan Ali. Dia kena masuk sel semula." Rose menyokong.

Zariq yang mendengar itu mengeluh. Semenjak kematian Kairi,mereka menjadi teruk sebegini.

Baru sahaja Zariq ingin membantah perbuatan mereka,
"Sejak bila korang jadi sampah,ni?"suara tersebut membuatkan mereka memandang.

2 ~ Knight(s) In ShadowWhere stories live. Discover now