Beberapa hari kemudian,
Andre sudah baik daripada demamnya.
Dan seperti yang dijanjikan,mereka akan bercuti di suatu tempat.
"Atok,kita akan ke mana?"Andre bertanya ingin tahu. Mereka belum mengetahui lokasi tempat itu tetapi Duke Beau mengatakan bahawa mereka perlu berkhemah.
Maka,mereka berfikir bahawa mereka mungkin akan ke hutan.
Percutiaan ini tanpa pembantu,hanya mereka sekeluarga sahaja.
Semasa Duke Beau mengatakan pembantu tidak akan menyertai mereka,Duke Beau memandang Andre kerana selalu juga dia dengar yang Andre banyak menyuruh pembantu rumah melakukan sesuatu. Seperti mengurut badannya,mencari buku untuk nya dan lain-lain. Andre agak terasa ketika di sindir oleh atoknya sendiri tetapi dia pasrah kerana itulah realiti.
Setelah beberapa jam berada di dalam kereta kuda,
"Baiklah,kita sudah tiba. Bangun,semua." Duke Beau mengejutkan Clint,Andre dan Andrew yang tertidur kerana perjalanan yang lama itu.
"Huagh..."Masing-masing menguap dengan cara tersendiri.
Sempat juga mereka meregangkan badan sebelum mereka memandang sekeliling.
"Woah..."
Ianya sebuah hutan yang terdapat air terjun kecil dan di bawahnya sungai biasa. Udara nya juga sangat bersih."Wah...cantiknya tempat ni."Andre berkata
"Kejap,kenapa aku rasa macam... pernah datang tempat ni?"Andrew tertanya-tanya ketika melihat sekeliling.
Pada masa itulah,matanya menangkap sesuatu.
"Andre!Clint!Mari sini!"menghiraukan orang lain di situ,Andrew menjerit.
"Kau ni dah kenapa terjerit-jerit? Tak malu ke?"Andre bertanya geram setelah dia tiba bersama Clint yang hanya tersenyum.
"Looks like they remember."Clint sangat gembira ketika Andrew menunjukkan mereka sesuatu pada sebuah pokok berdekatan.
"Eh,ini tempat kita melepak masa kecil dulu,kan?ini,ada nama aku,Andrew dan Clint." Andre berkata ketika dia menyentuh sebentuk tulisan yang terdapat pada pokok itu.
Ianya agak kabur memandangkan sudah lama tetapi mereka pasti bahawa di situ terdapat nama mereka.
"Yes, nama kita selalu ada di situ."Clint mendekati dan menyentuh tulisan pada pokok itu.
Dapat dia rasakan bahawa ianya tertulis,
Double A were here!(Andre & Andrew)
Clint di sini.Clint tersenyum.
"Macam mana atok boleh tahu tempat ni?" Andre tertanya-tanya begitu juga Andrew.
"Kebetulan sahaja kot. Lagipun, di sini tempat paling menarik kalau mahu menenangkan fikiran. Apatahlagi kau,Andre. Kau kan ada banyak kerja malam. Sudahlah baru lepas habis demam."Clint berkata. Dia tidak mahu rakannya mengetahui bahawa lokasi percutian ini di cadangkan oleh dia.
Clint mengatakan bahawa Andre kerap kerja malam kerana setiap kali waktu malam, Andre akan menghilang. Dan Andrew akan mengatakan bahawa Andre mempunyai 'kerja malam'. Maka,dia merasakan tempat begitu sesuai untuk Andre tenangkan dirinya dan mendekatkan dirinya dengan alam.
Memang hutan itu dipilih oleh Clint kerana mahu mereka mengingat semula memori lama mereka di situ.
Ianya ialah tempat terakhir yang keluarganya pergi bersama sebelum trajedi. Dan tempat pertama serta terakhir dia pergi bersama rakan-rakan nya.
YOU ARE READING
2 ~ Knight(s) In Shadow
ActionNovel ini ialah novel sambungan kepada novel Ali's Secret Family. Di mana setelah kehilangan ketua mereka,kumpulan KSMB mengembara untuk mencari ketua baru,bukan. ketua yang diamanahkan oleh bekas ketua mereka. Bekas ketua mereka mengatakan bahawa o...