Sementara hendak tiba,mereka sempat bercerita mengenai tahun tahun mereka sebelum ini,mengenai pengalaman yang telah mereka hadapi dan ceburi.
Yang paling menarik minat mereka ialah berita tentang Clint yang telah menukar agamanya. Daripada Kristian kepada Islam.
"Kau mungkin akan rasa agak tak selesa di rumah nanti memandangkan mereka semua di situ beragama Kristian." Andre agak risau jika rakannya yang telah menjadi adik angkatnya itu berasa tidak selesa.
"Aku dah pernah hadapi semasa di penjara dulu. Lagipun,Islam mengajar aku untuk hormat semua agama dan sentiasa bersabar." Clint berkata dengan senyuman.
"Baguslah."lega mereka mendengar nya.
Setelah panjang perjalanan mereka dari penjara,mereka tiba juga di tempat tinggal mereka.
"We're here guys." Andre memandang ke luar tingkap,yang mana terdapat sebuah rumah atau lebih kepada mansion yang tersergam indah di sana. Dihadapan mansion itu pula terdapat dua baris manusia-manusia atau pekerja di mansion itu,sedang menunggu kepulangan tuan muda mereka pulang sambil menundukkan wajah mereka.
Terkedu Andrew dan Clint.
"I...ini...kau panggil rumah?"Andrew terkejut,tidak percaya.
Manakala Clint sudah speechless dari mula.
Andre tidak menjawab apa apa,hanya tersenyum.
"Ketibaan tuan muda Andre Beau bersama dua orang bakal tuan muda kita yang baharu,tuan muda Andrew dan tuan muda Clint."kata seorang knight yang membukakan pintu kereta kuda itu.
"Selamat pulang,tuan muda!"Serentak pekerja-pekerja itu berkata dengan lantang.
Sahutan yang lantang secara tiba-tiba itu mengejutkan Clint yang tidak biasa dengan keadaan itu.
Tetapi tiada yang perasan memandangkan dia cuma terkejut kecil sahaja,tidak sampai menjerit.
"Seperti yang kalian tahu,bahawa kedua-dua orang ini akan menjadi tuan muda kalian mulai hari ini. Maka,aku mahu kalian layan mereka dengan baik, sepertimana kalian melayan diri aku. Faham?"Andre sebagai tuan muda asli dan paling tua di situ berkata.
"Faham,tuan muda!"Mereka menjawab serentak dengan lantang lagi sekali.
"Nampaknya aku perlu biasakan diri...." Clint masih tidak biasa dengan laungan itu.
"Bagus. Disebabkan tiada apa apa lagi,kalian diminta bersurai."Mendengar arahan itu,mereka semua memasuki mansion itu dan sambung melakukan kerja mereka. Meninggalkan ketua pembantu rumah dan seorang knight untuk membawa baju dan pakaian mereka bertiga.
"Ah,beg...beg itu...biar saya yang..bawa..." Clint berasa serba salah melihat ketua pembantu rumah yang sudah tua itu yang membawa beg nya.
"Jangan risau,tuan muda. Ini sudah menjadi tanggungjawab saya."kata ketua pembantu rumah itu.
"B...baiklah..."
Maka,mereka bertiga dibawa ke bilik masing-masing yang sudah lama siap. Satu bilik seorang.Setelah memasuki bilik masing-masing, mereka terus menghenyak tubuh mereka ke katil.
"Ah....aku nak tidur..."Masing-masing letih kerana perjalanan yang panjang dan mereka asyik bercakap sepanjang hari. Maka,mereka mengambil keputusan untuk berehat di bilik mereka.
Di bilik Andre,
"Di mana atok?"Andre bertanya ketika perasan bahawa atok nya tidak kelihatan."Tuan Beau masih berada di akademi. Berkemungkinan tinggi Tuan Beau akan pulang lagi dua hari."kata ketua pembantu rumah itu lembut.
YOU ARE READING
2 ~ Knight(s) In Shadow
ActionNovel ini ialah novel sambungan kepada novel Ali's Secret Family. Di mana setelah kehilangan ketua mereka,kumpulan KSMB mengembara untuk mencari ketua baru,bukan. ketua yang diamanahkan oleh bekas ketua mereka. Bekas ketua mereka mengatakan bahawa o...