Bab 16 - penutup kebenaran

35 2 0
                                    

"Sampai bila drama ni nak berterusan?"

"Aku dah mula bosan..."

Mereka memandang ke arah suara asing itu dan terus terkejut.

"Apa korang buat kat sini?!"melihat kumpulan Numeros di situ,ketegangan berlaku lagi.

Zariq hanya memandang keliru kerana dia dapat merasakan ada sesuatu mengenai team KSMB dan team Numerous.

"Kami nak panggil KSMB untuk beritahu yang Shaza dah bangun. Tapi,korang asyik berdrama dari tadi. Jadi,aku bawakan Shaza terus." Jenny berkata sambil membantu Shaza yang duduk di atas kerusi roda.

"Korang sepatutnya kembali ke sel,macam Hallen!"

"Lagi sekali?" Zariq menepuk dahinya.

Dia mula terfikir yang perbuatan mereka ketika ini seperti geng MATA sebelum ni. Selalu buli dan cerca Ali. Tetapi,manusia berubah.

Harap-harap.

"Dah alang-alang korang kat sini,apa kat beritahu hal sebenar?" MK memandang Jenny yang mula kelihatan resah.

Begitu juga Dos,Trez,Aaron, Sies dan Siete.

"Beritahu apa?"Mereka yang lain tertanya-tanya.

"About Kairi." MK berkata ringkas.

"!!"Mereka terkejut mendengar itu nama Kairi,lelaki yang sebelum ini menjadi ketua KSMB disebut. Dia juga salah seorang ahli keluarga Ali.

"Dah kenapa pulak kau ungkit pasal dia? Dia dah tak ada,kan?!"Ali berkata lantang.

"Ha'ah, kenapa nak bangkitkan?!"diikuti Rose.

"Atau kau rasa 'bersalah' atas apa yang kau dah buat pada arwah?" Fitri dan Bakar berkata serentak.

Zariq hanya diam walaupun dia juga mahu menepik tetapi disebabkan dia seorang yang sabar,dia menunggu jawapan mereka.

".......korang langsung tak tahu apa-apa pasal arwah Kairi. Better than KSMB,better than us." Dos membuka mulut setelah mendengar itu.

"Apa yang kau cuba katakan?!"Ali, Rose,Bakar dan Fit menepik marah manakala mereka yang lain sudah menutup telinga kerana sudah mengagak hal itu.

Kumpulan Numeros menggepal tangan dan,

"Korang tak layak dipanggil keluarga!" Seis dan Siete berkata serentak.

"Kalian tinggalkan dia semasa letupan nuklear yang berbahaya tu dan senang-senang sahaja kalian cakap kalian lupa?!did you guys know the dangerous things that could happen if he didn't get treatment fast?!" Jenny yang sebelum ini mempunyai suara yang halus mula menjerit.

"Kitorang mungkin jahat di mata korang tapi kitorang buat semua tu untuk warga pinggiran. Motif kami hanyalah untuk jatuhkan Dato Othman. Dan bila semuanya dah selesaikan oleh MAA dengan menjumpai data data korup diorang,kami sengaja serah diri dengan pergi ke sana sukarela. Kami tahu kesalahan kami sebab dah banyak buat kerosakan di luar sana jadi kami serah diri." Aaron menjelaskan.

"Pasal pencurian permata tu pula, hanyalah berita palsu yang Jenny dan Aaron buat supaya tak ada orang yang ganggu kitorang." Trez menambah.

"Untuk pengetahuan korang,kami tak pernah bunuh orang. Arwah Rizwan mati sebab dia sendiri yang letupkan dirinya sendiri sebab nak bunuh kami sekali. Tapi,kami survive. We have nothing to do with his death. Dia gali kubur dia sendiri." Dos berkata lancar.

"Info tambahan untuk kalian,benda yang kami cucuk pada Kairi semasa perlawanan dulu,ialah antidote untuk virus nuclear tu. Tapi,disebabkan ianya telah merebak dengan cepat, maka antidote tu hanya melambatkan proses sahaja. Setelah ianya hilang,Kairi jadi...lebih menderita sebab virus tu makin.... memakan diri nya." Jenny berkata sambil menahan perit. Dos,Trez,Aaron,Sies dan Siete memejamkan mata mereka erat bagaikan mereka juga dapat merasakannya.

2 ~ Knight(s) In ShadowWhere stories live. Discover now