AKU menggeliat kecil. Dahi aku berkerut-kerut. Malasnya mahu bangun. Dengan angin sejuk dari aircone menerpa tubuh membuatkan aku semakin malas untuk bangun mandi. Macam ni lah hidup aku bila dah habis belajar dan tidak ada kerja.
"Akak! Akak! Dah dah la tu membuta, cuba tengok jam tu. Dah tengah hari dah ni. Bangun la, ibu dah bising dah tu." Farina menggoncang kasar tubuh aku. Itu lah, siapa suruh susah bangun. Kan dah dilanda gempa bumi!
"Ya, ya akak bangun la ni" Aku selak selimut yang tadi menyelimuti seluruh tubuhku.
Aku bangun dengan malas dari katil lalu melangkah menuju ke bilik mandi.
Farina menggeleng kepala sambil meletakkan sebelah tangan di pinggangnya. Setelah kelibat aku hilang dari pandangan mata,bibirnya mengukir senyum.
"Aku pun kalau bukan ibu yang kejut ni, memang sampai petang gamaknya." Separa berbisik Farina mengungkapkan ayat itu. Dia ketawa mengekek sambil menekup mulutnya dengan telapak tangan.
"Adik, tolong ibu potong bawang ni!" Teriakan Datin Nisa membuatkan Farina terkedu.
"Ya umi, kejap!" Farina berlari anak keluar dari ruangan itu.
* * *
AKU berjalan menuruni anak tangga. Aku mengatur langkah dengan cermat . Aku ketap bibir. Bangun tengah hari begini, memang wajib dapat sindiran dari ibu.
"Hmm... baru bangun anak dara?" Aku dah cakap... Tak boleh jadi ni, aku kena pertahankan maruah aku sebagai wanita. Hmph!
"Ish, ibu ni... nasib baik Tihah bangun. Kalau Tihah tak bangun bangun..."Aku melangkah mendekati Ibu yang sedang tekun mengaduk gulai ayam.
Aku menjerit kecil. Mulut suka sangat menjawab sebab itu dapat penyepit ketam ibu.
"Itulah, cakap bukan-bukan lagi."Datin Nisa tersenyum kecil sambil mengaduk gulai ayam di atas dapur itu. Mulut aku muncung.
"Daripada Fatihah merapu benda tak berfaedah, lebih baik tolong ibu potong sayur ni ha. Sat lagi nak bubuh dalam gulai."
Pantas aku membuka laci dan mencapai sebilah pisau. Aku potong beberapa jenis sayur dengan cermat. Kalau tak hati hati nanti, ada pula yang terpotong jari sendiri. Haru pula jadinya.
Farina berjalan mendekati kami yang sedang sibuk menyediakan hidangan makan tengah hari.
"Amboi, dari mana ni? Tak silap akak, Ina yang tolong kejutkan akak. Kenapa Ina pula yang lambat?" Aku menjeling Farina dengan ekor mata. Ada la tu, on call dengan pakwe nampak gayanya...
"Hehe. Ada yang Ina boleh tolong?"
Farina menyandarkan kepalanya ke bahu ibu. Nak ambil hati ibu la tu..."Ha! Tolong goreng ikan tu. Agaknya dah jadi ikan pekasam dah tu." Aku senyum senget. Akhirnya kena juga adik aku seorang ni!
* * *
Ibu hidang masakan yang sudah masak di meja makan. Aku dan Farina turut melakukan hal yang sama.Sejak kematian ayah , kami bertiga sahaja yang makan di meja itu.
Setelah semua makanan selesai dihidang, kami melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia di meja makan.
Aku menadah tangan diikuti dengan ibu dan Farina. Aku mula membaca doa sebelum makan.
Farina mencedok gulai ayam ke dalam pinggannya. Setelah itu, dia mula menjamu selera. Aku pandang Farina dengan pandangan tak puas hati. Pantas aku capai sudu. Aku cedok sawi goreng yang baru disentuh sedikit itu. Nampak sangat kami bukan penggemar sayur. Sawi goreng yang telah selamat dicedok itu aku bawa dan letak ke dalam pinggan Farina.
"Baru la sihat..." Farina hanya memandang kaku. Dia mengalihkan pandangan pada ibu yang sedang tersenyum.
"Ibu... Tak nak sayur!" Farina tarik muncung.
"Sebab itulah kamu mudah dapat penyakit, tak makan sayur!" Ibu tak mengendahkan Farina, malah sambung mengisi perut.
Senyap. Hanya bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan kaca.
"Fatihah dah dapat kerja ke?" Ibu tayang wajah berharap.Lagipun dah lama anak gadisnya ini terperap di rumah. Lepas tamat pengajian belum jugak sampai surat tawaran kemasukan ke mana-mana tempat kerja.
"Belum lagi ibu. Fatihah pun confius jugak bila nak dapat surat tawaran."
Aku mengeluh kecil. Pantang betul aku kalau bab kerja ni. Bukannya baru sekali dua ibu duk bertanya, dah banyak kali dah sampai aku tak dapat kira kali ini kali ke berapa."Tak apalah, mungkin Tuhan nak bagi yang terbaik untuk Tihah. "
Aku pandang ibu. Wajah suci itu aku tatap lama. Aku bukan apa, kesian juga dekat ibu. Dah besar panjang macam aku ni pun, ibu juga yang tanggung keperluan aku. Kecil dahulu menyusahkan ibu, dah besar pun menyusahkan ibu.
"Akak, kalau akak dah kerja nanti jangan lupa bawa Ina jalan-jalan tau!" Farina tayang dua baris giginya.
Rasa ringan sahaja tangan aku nak melayang ke wajah Farina. Tuah menyebelahi dia hari ni sebab ada ibu yang jadi pemerhati.
Aku ketap gigi geraham, geram pula dengan Farina ni. Dah macam big boss gaya dia. Apa? Dia ingat aku ni cari duit dengan cara duduk rumah sambil goyang kaki, gitu?
MALAM itu sebelum aku sempat berlayar di alam mimpi, sempat aku buat research. Dengan mata yang kian layu, aku gagahkan juga kelopak mata untuk terus terbuka dan melihat skrin laptop.
YOU ARE READING
PEREMPUAN ITU MILIK KU || OG
RomanceJejaka kacukan Italy itu berjaya menambat hatinya. Namun, dia juga kadangkala teragak-agak untuk berbicara dengan jejaka itu. Dingin. "Kenapa Encik Luke lembut semacam aje bercakap? Selalunya asyik dry je." - Fatihah Ayreena "Reen... Tak lama lagi k...