Bab 14

39 8 0
                                    

Tangan aku digenggam erat, tapi tak sakit. Aku membontoti langkah Luke.

Luke membawa aku ke meja yang kami duduk tadi. Dia dudukkan aku di kerusi yang disediakan.

Aku hanya memandangnya. Dia pandang mataku.

"Duduk dekat sini. Biar Luca yang ambilkan makanan." Luke duduk di kerusi ditepi aku.

Aku pandang Luca. Dia senyum dan berlalu pergi. Aku senyum kembali.

                        *          *         *

Kami makan makanan yang dibawa oleh Luca tadi. Emm, Sedap!

Kami memandang ke arah pentas sebaik sahaja terdengar bunyi mic.

"Ladies and gentleman. Welcome to Hotel La Tranquillita!" Tepukan gemuruh diberikan.

"Saya menjemput Encik Luke Elfata untuk memberi ucapan." Tepukan gemuruh lagi.

Luke bangun dari tempat duduknya. Dia naik ke pentas.

Luke berucap dengan penuh yakin. Wajahnya serius.

"Saya berterima kasih kepada Encik Amir, kerana telah menghadiri majlis kita pada malam ini. Tidak lupa juga kepada staff-staff yang banyak menolong." Semua orang disitu memberi tepukan gemuruh kepada Luke.

                     *              *               *

Luke turun dari pentas. Dia duduk di sebelah aku. Aku pandang Luke. Dia senyum padaku sehingga timbul lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.  Kacak!

Muka aku beruap. Aku rasa pipi aku dah tak perlu pakai blusher, sebab dah merah. Aku larikan mata aku. Tak nak tengok muka dia, takut pengsan nanti sebab kacak sangat!

"Are you blushing, mia bella?" Aku bertambah malu bila Luke tanya aku soalan macam tu.

Luca gelak kecil bila tengok gelagat kami berdua. Aku malu sendiri.

                     *           *           *

Selepas selesai menjamu selera, Luke dan Luca hilang dari pandangan mata aku. Mungkin diorang berdua tengah bersembang dengan tetamu yang datang.

Hanya aku seorang yang duduk dekat meja tu.

Beberapa minit selepas itu, seseorang menuju ke arah ku. Dia duduk di sebelah ku.

Aku pandang sosok itu. Amir! Dia  senyum manis.

Jantung aku berdebar. Aku takut. Takut dia apa-apakan aku.

                    *             *              *

Ini adalah sebab kenapa aku putus dengan Amir.

Haritu, Amir ada ajak aku jumpa dia dekat satu taman ni. Aku apa lagi, bersiap sakan la.

Aku sarung dress hitam. Tudung bawal hitam aku lilit di kepala. Kaki aku lajukan ke tingkat bawah.

Aku call grab. Aku pandang jam ditangan sekilas, pukul 6:15 petang. Tak lama lepas tu, grab sampai dekat depan rumah aku.

Aku masuk dalam perut kereta itu. Aku tunjukkan location tempat aku tuju.

Semasa di dalam kereta tu, pak cik grab tu tanya aku soalan.

"Adik nak buat apa dekat situ, dah nak maghrib lagipun. Kan tak elok kalau anak dara keluar waktu macam ni."

Aku senyum sekuntum pada pak cik itu."Saya nak jumpa boyfriend saya pak cik."

"Oh. Adik hati-hati ye? Lelaki sekarang tak boleh percaya sangat."

Aku senyum sambil menggeleng. Aku hanya anggap yang pak cik tu merapu.

30 minit selepas itu, aku sampai di destinasi. Dari kejauhan aku dah nampak Amir tengah duduk di kerusi awam yang dah disediakan.

Aku bayar duit kos pada pak cik itu. Aku menuju ke arah Amir.

"Hai! Buat apa tu?!" Aku terkejutkan dia.

"Eh, hai sayang. Datang pun, lama I tunggu." Amir bingkas bangun dari tempat duduknya.

Aku hanya tersenyum. "So, ada apa awak nak jumpa saya?"

"I rindu you la, sayang!" Pipi aku meruap sebaik sahaja ungkapan itu keluar dari mulut Amir.

Amir mengajakku untuk berbual. Kami round taman tu.

Tiba-tiba je tekak aku rasa dahaga.
"Amir, saya haus la. Jom kita beli air nak?"

"Ok! Tapi, biar I yang belikan. You duduk je kat situ." Aku mengangguk.

Ok! Ni betul-betul kisah sebenar!

Amir datang kepadaku dengan membawa segelas air ribena.

"Nah. Enjoy your drink!" Aku capai gelas itu lalu kuteguk air itu.

"Sedap sayang?" Amir menanyakan aku soalan. Aku angguk.

Tiba-tiba je, kepala aku pening. Aku rasa macam nak pitam.  Tapi aku masih boleh bercakap lagi.

Walau dalam keadaan separuh sedar, aku masih boleh nampak apa yang berlaku.

Amir mendekatiku. Pinggangku dirangkul erat. Aku cuba menepis tangannya, tapi apakan daya, aku tak cukup kuat. Pipiku dielus lembut. Penuh nafsu. Aku menampar pipinya. Tapi tak berkesan.

Tiba-tiba aku rasa bermaya kembali! Aku tersedar. Tanganku digenggam kemas, aku lancarkan tumbukan di perutnya. Kuat jugak sebab aku rasa tangan aku sakit. Aku bingkas bangun.

"Awak dah melampau Amir! Mulai harini, saya tak nak kita ada apa-apa hubungan lagi! Cukup! Jangan jumpa dan jangan kacau saya lagi dah lepas ni! Aku benci kau!"

Amir tersenyum gatal. Aku berlari sekencang mungkin. Aku takut dia ikut aku.

                     *             *            *

Itu kali terakhir sepatutnya aku jumpa dia. Tapi kenapa aku jumpa dia lagi harini?!

PEREMPUAN ITU MILIK KU || OGWhere stories live. Discover now