BAB 23

24 4 0
                                    

SEMINGGU berlalu. Aku masih tidak mendengar khabar Luke yang berada di Italy.

Sambil tangan menungkat dagu,aku membuang pandangan ke luar tingkap.
Keluhan kecil dilepaskan.

"Principessa. Jauh termenung." Luca bersuara selepas lama berdiam diri.

Aku hanya tersenyum.

"Principessa rindu Signor Luke ya?" Usik Luca.

"Ish! Mana ada." Mulut kata tidak, hati kata ya. Sayu hati aku apabila mendengar khabar dari Luca yang Luke pulang ke Itali.

"Ya la tu. Wanita memang tak boleh tipu perasaan dia. Dari mata awak pun saya dah tahu yang awak sedang merindui Signor Luke." Terang Luca sambil tangannya memegang erat stereng kereta.

Aku hanya berdiam diri. Beberapa minit selepas itu, kereta yang kami naiki tiba di hadapan Hotel La Tranquillita.

* * *

AKU melangkah masuk ke dalam penthouse Luke. Pintu kayu itu ditutup rapat.

Beg sandang diletak di atas sofa empuk di ruang tamu. Kaki dilajukan ke dapur. Mata aku melilau disekeliling ruangan itu. Perasaan rindu terhadap Luke bergelojak dalam dada. Lambat lagi ke Luke balik ke Malaysia? Hmm.

Tangan aku mencapai gelas kaca. Sepaket kopi 3 dalam 1 dituang ke dalam gelas kaca itu. Air panas dituang ke dalam gelas kaca.

Sambil meneguk air, aku melangkah ke ruang tamu.

Punggung dilabuhkan di sofa empuk itu. Aku membuang pandangan ke luar tingkap kaca. Sekali sekala tenangkan diri di tempat kerja.

Usai meneguk air kopi, aku meletakkan gelas kaca itu di atas meja. Kaki dihayunkan ke bilik stor untuk mengambil beberapa peralatan mengemas.

* * *
AKU menapak masuk ke dalam bilik tidur Luke. Penampakannya sama seperti selalu. Bersih dan kemas.

Seketika itu juga rasa rindu aku terhadap Luke membuak-buak. Aku mengeluh kecil. Berat rasanya cinta jarak jauh.

"Lama lagi ke awak dekat sana?" Soalku sendiri. Kadang-kadang rasa macam orang meroyan. Bercakap seorang diri.

Beberapa saat setelah itu, bunyi pintu utama rumah diketuk. Aku bergegas menuju ke arah bunyi itu.

Tombol pintu itu dipulas. Beberapa saat kemudian pintu itu terbuka luas. Sosok Luca tercegat dihadapan aku saat ini dengan sekuntum senyuman.

"Luca! Awak buat apa dekat sini?" Baru sahaja Luca menapak masuk ke dalam penthouse Luke, aku sudah melemparkan soalan padanya. Kalau ya pun, tunggu la si Luca tu duduk dulu, haih.

Luca melangkah mendekati sofa. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa empuk itu.

Aku membontoti Luca. Punggung dilabuhkan di sofa dihadapan Luca.

"Saya nak bawa awak pergi satu tempat ni. Boleh awak ikut saya?" Soal Luca.

Aku mengerutkan dahi. "Bawa saya kemana?"

"Adalah. Yang penting awak ikut. Boleh?"
Kening Luca diangkat sebelah.

Aku angguk beberapa kali tanda setuju.

"Ok! Kalau macam tu, principessa boleh pergi tukar pakaian. Lepastu kita boleh gerak." Sebuah beg kertas sederhana besar dihulurkan kepada aku.

Aku menyambutnya dengan perasaan pelik. Sempat lagi ya dia belikan aku pakaian?

Aku bergegas masuk ke dalam tandas yang berada di dalam bilik tetamu.

Beberapa minit kemudian, aku berjalan ke ruang tamu.

PEREMPUAN ITU MILIK KU || OGWhere stories live. Discover now