Bab 7

43 10 2
                                    

Dah masuk seminggu arwah ibu meninggal. Aku tetap bersedih. Aku selalu terkurung dalam bilik. Dan, dalam seminggu tu jugak aku tak pergi kerja.

Tapi, aku kena tetap kuat untuk Farina, adik aku. Kalau aku tak kerja memang tak tahu kami nak makan apa.

Aku bersiap ala kadar. Aku kena  pergi kerja jugak harini.

Aku terpandang gambar ibu di atas meja solek. Rindu. Mata aku berkaca. Aku terus lap mata aku.

                       *           *           *

Aku melangkah masuk ke hotel itu. Tiba tiba rasa segan pulak. Yelah, seminggu tak masuk kerja.

Aku masuk ke lif staff. Tombol F55 ditekan.

                      *            *            *

Aku tanggalkan kasut lalu masuk ke dalam penthouse milik Luke. Sebaik sahaja aku buka pintu, terlihat sosok lelaki yang berdiri tegak dihadapanku sambil menyilang tangan didada.

"Kenapa tak datang kerja?" Suaranya tegas.

"Saya minta maaf encik. Saya ada urusan keluarga." Aku tundukkan kepalaku ke bawah. Tanda bersalah.

"Awak tahu tak saya boleh potong gaji awak. Dahlah tinggalkan bilik saya macam tu je. Kemas pun tak."

"Saya minta maaf sangat-sangat encik. Saya-" Luke memotong percakapanku.

"Dah, saya tak nak dengar lagi. Dahla kita ada tetamu penting semalam. Atau awak memang dah tak nak kerja kat sini?" Kata Luke dengan suara yang serius.

"Encik tak faham masalah saya. Encik tak rasa apa yang saya rasa." Suaraku sebak. Air mata aku bertakung.

"Maksud awak?" Kening Luke berkerut.

"Ibu saya meninggal encik. That's why saya tak datang kerja seminggu! Hati saya pedih. Saya dah hilang ibu dan ayah saya." Air mata aku berguguran jatuh.

"Kalau ye pun, awak tak perlu cuti lama sangat." Luke memang tak faham perasaan aku!

"Saya kehilangan orang yang saya sayang encik. Encik tak faham perasaan saya. Encik hanya pentingkan kerja encik. Encik tak fikir pun perasaan saya!" Aku  angkat kepala. Aku tak tahu macam mana muka aku sekarang ni. Aku pandang tepat kedalam mata hazel Luke. Dia merenung tajam ke muka ku.

"Ok. Awak betul. I'm sorry. Awak tahu tak. Saya pun hilang mak dan ayah jugak. Masa tu umur saya 12 tahun lagi. Saya takde siapa-siapa. Saya anak tunggal. Tapi, nasib baiklah saya ada saudara mara. Mak cik saya yang jaga saya." Luke pun takde mak ayah? Aku tak pernah tahu pun. Buat apa aku kena tahu kan? Dia bukannya orang yang rapat dengan aku.

Aku diam. Aku pandang mata Luke. Pandangan Luke berubah lembut.

"Don't be so sad mia bella. Saya faham perasaan awak. Saya pernah laluinya."






PEREMPUAN ITU MILIK KU || OGWhere stories live. Discover now