Bab 10

40 7 0
                                    

Aku keluar dari bilik itu. Luca mengekoriku dari belakang.

"Hey, principessa. Signor Luke cakap apal tadi?" Luca senyum padaku.

"Nothing important Luca."Aku senyum segaris padanya. Luca membalas senyumku.

                    *           *            *

Aku berjalan ke bilik rehat staff. Luca pula entah kemana. Kami berpisah di lif tadi.

Aku masuk di dalam bilik itu. Lily dengan Afif tengah bergosip. Aku senyum pada mereka.

Lily menyapa aku.

"Tihah! Tihah pergi mana? Seminggu Tihah takde. Lily rindu tahu tak?" Dah datang dah mood sweet dia.

"Alololo. Sorry la Lily, ibu Tihah meninggal. Tu yang Tihah tak datang kerja tu." Aku senyum segaris.

Lily terkejut.

"Innalillah... Sorry Tihah. Lily tak tahu ." Lily memeluk erat tubuhku.
Aku hanya membiarkan.

Afif pula hanya tersenyum padaku.
Aku membalas senyuman Afif.

Lily melonggarkan pelukannya. Aku pegang bahu Lily.

"Tihah nak tukar uniform kejap eh. Nanti kita borak lagi." Lily mengangguk tanda mengerti.

                         *         *        *

Selesai mengganti uniform, aku dan Lily bergegas ke tempat bertugas masing-masing.

Aku menekan tombol F55, ditingkat itu terletaknya penthouse milik Luke.

Ting! Pintu lif itu terbuka. Aku keluar dari lif itu.

Pintu penthouse Luke itu kubuka. Mata aku melilau disekeliling rumah itu. Takdelah bersepah. Boleh dikatakan Luke ni seorang lelaki yang rajin.

So, bila rumah tu bersih, mulalah aku mengelap habuk-habuk yang halimunan. Lepas dah kemas dekat ruang tamu, aku sambung mengemas dibilik Luke pulak.

Takde apa yang bersepah pun dalam bilik ni. Aku lap meja yang berada di tepi katil itu.

Mata aku tertumpu pada sesuatu. Ada sebuah buku tebal diatas meja itu. Al Quran.

Luke islam? Oh ye! Baru aku ingat nama dekat pintu office Luke tu. Muhammad Fateh! Tu nama Luke. Dia mualaf, kenapa aku tak perasan sebelum ni?

Aku letakkan kembali Al Quran itu dekat tempat asalnya. Aku sambung mengemas bilik itu. o itu. Aku berjalan ke arah pintu kaca itu perlahan-lahan.

Aku buka pintu kaca itu. Hati aku tenang. Aku mendekati beranda itu. Angin bertiup lembut. Aku dapat melihat bangunan dan kenderaan. Sangat cantik!

Kalau la aku dapat duduk dekat sini, mesti best!

"Awak suka tempat ni?" Sejak bila Luke balik ni?

"Eh. Encik Luke dah balik ke? Encik nak kopi? Saya buatkan." Aku takut. Takut Luke marah aku sebab aku tak buat kerja.

"Tak payah." Luke memandang ke arah bangunan-bangunan itu.

"Oh, kalau macam tu saya sambung mengemas lah." Sebaik sahaja aku ingin melangkah, Luke mengheret tanganku sehingga membuat tubuhku tersandar di dadanya. Gulp!

Aku cuba untuk menolak tubuhnya tetapi gagal.

"Encik, tak elok kalau kita macam ni. Kita kan islam." Aku tak pandang wajah Luke.

Luke melonggarkan pelukannya. Aku mengundur  beberapa langkah.

"Kalau tak ada apa-apa saya sambung mengemas dulu." Aku terus berlalu pergi sebelum sempat Luke memberi jawapan.

         
                      *             *             *

Aku masuk ke dapur. Aku bersandar di tepi sinki.

Kenapa dengan Luke harini? Lain macam je. Aku rasa diri aku dah tak suci. Air mata aku gugur secara tidak sengaja. Aku cepat-cepat lap air mata aku.

Aku berlalu keluar dari dapur .
Terlihat Luke sedang duduk di sofa empuk itu sambil kusyuk melihat tablet di tangannya.

Aku mendekati Luke.

"Encik. Saya dah siap kemas, boleh saya balik?" Aku senyum segaris.

Luke hanya mengangguk. Matanya masih tertumpu pada tablet di tangannya.

Aku capai beg dompet aku yang berada di atas meja makan.

Sebaik sahaja aku membuka pintu rumah, Luke berbicara.

"Jangan lupa datang. Malam ni kita ada client. " kata Luke.

Aku mengangguk lalu berlalu keluar dari penthouse itu.

PEREMPUAN ITU MILIK KU || OGWhere stories live. Discover now