Selesai mandi, aku menuju ke arah almari. Aku buka pintu almari itu.
Baju apa aku nak pakai nanti? Aku belek satu persatu. Mata aku terpaku pada sehelai dress berwarna purple pastel. Cantik jugak. Aku ambil baju itu lalu aku sarung di tubuhku.
Dress :
Aku bergaya di hadapan cermin. Boleh tahan jugak dress ni. Pakai yang ni jelah.
Aku tampal sedikit make up di mukaku. Barulah tak nampak pucat. Aku kenakan pelembab bibir pada bibirku. Aku lilit tudung shawl dengan ala kadar lalu aku capai beg dompet.
Aku turun ke tingkat bawah lalu aku capai kunci kereta yang tergantung di tepi pintu rumah.
* * *
Aku parkir kereta Myviku di tempat yang disediakan.
Aku melangkah ke hotel itu.
Sebaik sahaja pintu kaca itu terbuka, mata aku terpegun. Harini memang lain. Hotel tu nampak macam istana pun ada. Kreatif betul orang yang hias tempat ni. Makanan memang tak payah cakap. Memang penuh dekat atas meja tu. Tinggal cedok je.
Aku nampak staff-staff tengah bersiap-siap untuk sambut tetamu istimewa nanti. Mata aku melilau di sekeliling hotel itu. Aku cari Luke dengan Luca. Takde. Batang hidung diorang pun aku tak nampak.
Aku berjalan di sekeliling hotel itu. Mulut aku tak henti-henti puji hiasan yang serba mewah tu.
Tiba-tiba, aku rasa seperti ada seseorang yang menyentuh bahuku dari arah belakang.
Luca!
"Hey Luca! Awak pergi mana? Saya cari awak tau." Aku jeling bergurau pada Luca.
Pecah tawa Luca. "Ala, saya baru sampai. Jangan la marah."
Aku senyum. "Tak marah pun. Hmm, awak datang sorang aje? Mana Encik Luke?" Soal aku.
"Ha ah, saya datang sorang je. Encik Luke ada dekat penthouse dia, tengah bersiap." Luca menyeluk kedua-dua tangannya di dalam poket seluar.
Aku memuncungkan bibir sehingga berbentuk seperti huruf 'O'.
Tak lama selepas itu Luke datang ke arah aku dan Luca. Dia berdiri di sebelahku. Mata aku tak berkedip memandangnya. Kacak sungguh dia malam ni!
"Cantik dress awak, mia bella. Siapa bagi?" Aku pandang dress yang aku pakai sekarang lalu aku memandang Luke.
"Oh, thanks Encik Luke. Dress ni arwah ayah saya yang bagi." Aku senyum manis.
Air muka Luke berubah lembut.
"Pandai ayah awak pilih." Aku tersenyum.Perbualan kami terhenti sebaik sahaja ada staff datang ke arah Luke.
"Encik Luke, client kita dah sampai." Staff itu berlalu pergi. Luke pula berjalan menuju ke pintu masuk hotel. Beberapa minit kemudian client Luke itu berjalan menuju ke arah pintu masuk hotel.
"Hey Luke! Gembira jumpa kau." Mereka berdua berjabat tangan. Aku terpandang dua sosok lelaki dibelakang client Luke itu. Mereka bertubuh tegap. Seram jugak!
"Yeah, me too." Luke masih dengan wajah bekunya itu.
Client Luke itu bersuara.
"So, siapa perempuan cantik ni? Your wife?" Aku terkejut dengar soalan itu. Aku memandang wajah client Luke.Aku terkaku tiba-tiba. Aku pernah nampak wajah itu. Amir, dia bekas teman lelaki aku.
Aku mendongakkan kepala aku. Aku pandang Luke, Luke pandang aku.
"No, dia staff aku. Dan dia dah ada tunang." Aku terkejut dengan jawapan spontan Luke tu. Sejak bila aku bertunang ni?
Aku pandang wajah Amir. Matanya meneliti tubuh aku dari atas sampai bawah. Aku telan liur. Gulp!
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
PEREMPUAN ITU MILIK KU || OG
RomantizmJejaka kacukan Italy itu berjaya menambat hatinya. Namun, dia juga kadangkala teragak-agak untuk berbicara dengan jejaka itu. Dingin. "Kenapa Encik Luke lembut semacam aje bercakap? Selalunya asyik dry je." - Fatihah Ayreena "Reen... Tak lama lagi k...