BAB 19

41 9 0
                                    

AKHIRNYA setelah lama berfikir, aku bersetuju untuk pulang ke rumah dengan menumpang kereta Luke.

Pintu penumpang hadapan aku buka. Aku masuk ke dalam perut kereta itu.
Luke yang duduk di seat pemandu tersenyum. 'Senang je rupanya nak pujuk dia ni.' Kata hati Luke.

Enjin kereta mewah itu dihidupkan. Kereta mewah milik Luke meluncur laju meninggalkan tempat itu.

* * *

KERETA mewah milik Luke berhenti di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat berwarna coklat.

Fatihah pantas membuka pintu kereta itu. Dia keluar dari perut kereta itu tanpa berpaling memandang Luke.

Pintu kereta itu dihempas agak kuat. Rasa takut jugak kalau pintu tu rosak, tak pasal pasal dia jugak yang kena ganti rugi.

Luke hanya senyum senget. Beberapa saat kemudian kereta itu meluncur keluar dari kawasan perumahan itu.

* * *

TOMBOL pintu itu kupulas. Aku menapak masuk ke dalam rumah teres itu perlahan-lahan. Pintu rumah itu ditutup perlahan.

"Lewatnya akak balik?" Farina muncul secara tiba-tiba. Matanya yang terasa kabur digosok.

Aku berpaling memandang Farina.
"Ya Allah Ina... Buat akak terkejut aje." Aku tampar lengan Farina yang berlapik pajamas berwarna merah itu dengan penuh kelembutan.

Farina ketawa kecil. Dia pandang aku.
"Dahlah kak. Akak pergi naik atas eh? Rehatkan badan tu. Mesti akak penat. "

Aku senyum pada Farina dan melangkahkan kaki ke tingkat atas.

* * *
AKU menapak masuk ke dalam ruangan itu. Aku melangkahkan kaki ke katil.
Aku hempaskan badan di atas katil empuk itu. Terasa penat yang teramat.

Aku merenung syiling, memikirkan kejadian yang baru terjadi petang tadi. Tidak lama selepas itu, aku terlena dalam mimpi.

* * *

AKU buka mata sebaik sahaja terdengar bunyi deringan dari telefon bimbit. Aku bingkas bangun dari katil. Kepala aku rasa berdenyut-denyut.

Aku buat tak endah dan turun dari katil. Kaki aku hayunkan ke bilik mandi.

Usai membersihkan diri, aku terus sarung uniform kerja. Aku spray minyak wangi ditubuh.

Bila dah pasti kan penampilan aku dah kemas, aku bergegas turun ke tingkat bawah.

Sosok wanita yang sedang duduk bersila di sofa itu memandang aku.

"Harini akak hantar Ina ya?" Aku senyum segaris.

Farina memandangku, dahinya berkerut-kerut.
"Akak serius la nak pergi kerja?" Soal Farina dengan nada risau.

Aku angguk kepala sekali.
" Kenapa?" Soalku pelik.

Farina tunding jari telunjuknya ke arah bibirku.
"Bibir akak pucat, akak ok ke tak ni? Tak sihat eh?" Soal Farina dengan penuh kerisauan.

Aku senyum lebar.
"Akak ok je. Cuma sakit kepala sikit."

Farina angguk tanda faham.

Aku kerling jam tangan sekilas.
"Jom la, nanti lewat pulak Ina masuk kelas." Aku melangkahkan kaki ke garaj kereta tanpa menunggu jawapan Farina.

Farina yang sedang duduk bersila di sofa empuk itu bingkas bangun dan membontoti langkah aku.

* * *
AKU parkir kereta itu di tempat parkir.
Aku mengalihkan pandangan ke arah Farina yang berada di seat penumpang hadapan.

Aku hulurkan tangan pada Farina. Farina menyambut dan mengucup tanganku.

Farina membuka pintu kereta lalu melangkah keluar dari perut kereta. Kakinya pantas berlari masuk ke dalam bangunan gah itu. Aku hanya memandang Farina dari kejauhan sambil melambaikan tangan.

Setelah Farina hilang dari pandangan mata, aku pandu kereta keluar dari kawasan kolej Farina.

* * *

AKU pandu kereta itu ke tempat kerja. Tengah fokus memandu boleh pulak kepala aku berdenyut. Haih..

Sebaik sahaja masuk ke dalam kawasan hotel itu, aku terus cari parkir. Bila dah jumpa tempat parkir, aku parkir kereta itu.

Enjin kereta dimatikan. Aku buka pintu dan keluar dari perut kereta itu. Tiba-tiba sahaja kepala aku rasa berdenyut-denyut. Aku picit kepala. Entah kenapa jadi macam ni dari pagi tadi lagi.

Bila kepala aku dah ok sikit, aku teruskan berjalan.

                       *          *          *
AKU menapak masuk ke dalam lif peribadi Luke. Tombol F55 ditekan. Lif itu pantas bergerak ke tingkat atas.

Sebaik sahaja sampai di tingkat yang aku tujui, pintu lif itu terbuka luas. Aku terus melangkah keluar dari lif itu.

Aku berjalan beberapa langkah untuk menuju ke rumah Luke.

Detap!Detap!Detap! Bunyi kasut aku bergema di tingkat itu. Beberapa langkah kemudian, aku berada di hadapan pintu penthouse Luke.

Tangan aku pantas menyeluk beg sandang yang tergantung di bahuku. Tangan aku meraba ii dalam beg itu. Akhirnya aku jumpa kunci penthouse Luke.

Pantas aku membuka pintu penthouse dengan menggunakan kunci tadi. Aku pulas tombol pintu itu.

Sebaik sahaja pintu itu terbuka, aku terus menapak masuk ke dalam penthouse itu.

Pintu itu ditutup rapat. Mata aku melilau disekeliling penthouse itu. Luke tak ada, mungkin  dah pergi kerja.

Aku letakkan beg sandang di sofa. Kaki aku pantas menuju ke dapur.

Aku masuk ke dapur dan memandang sekeliling dapur itu. Tak kotor pun. Aku capai tisu yang terletak elok di atas meja  makan.

Aku spray dettol dan lap apa yang aku rasa berhabuk. Tingkap, meja makan, dapur dan kabinet di lap oleh aku. Rajin betul aku ni. Hehe!

Usai bersihkan bahagian dapur, aku melangkah ke bilik tidur Luke pulak. Sebenarnya ada 2 lagi bilik tetamu, tapi Luke beritahu aku yang hanya bilik tidur dia sahaja yang perlu aku bersihkan. Lagipun, bilik tetamu memang tak ada yang guna.






PEREMPUAN ITU MILIK KU || OGWhere stories live. Discover now