Bab 16

37 8 0
                                    

Beberapa minit selepas itu, Luke datang ke arahku. Meja itu diketuk. Tok! Mungkin aku terlalu banyak mengelamun sampai tak dengar dia panggil nama aku.

Aku pandang wajahnya."Dah lewat ni,  majlis pun dah tamat. Tak nak balik ke?"

Gila kau tak nak balik! Aku dah mengantuk ni, mestilah aku nak balik.

"Oh. Majlis dah tamat eh? Ok la Encik Luke, saya balik dulu." Sebaik sahaja aku ingin melangkah, Luke bersuara.

"No, mia bella! Bahaya. Awak tu dah la mengantuk, kalau excident macam mana? No, biar saya hantar." Luke berjalan dengan selamba badak aje. Aku menjelingkan mata ke atas sambil mengeluh.

Nak buat macam mana lagi? Ikut jelah. Kalau aku cakap tak nak pun, memang kena paksa jugak.

                        *            *           *

Aku membontoti langkah Luke. Kami tiba di hadapan sebuah kereta Velfire berwarna hitam pekat.

Luke masuk ke dalam perut kereta itu. Aku pandang dia.

Dia pandang aku. "Fatihah, tunggu apa lagi? Cepatlah masuk."

Aku garu kepala yang tak gatal. Pelik.
"Mana Luca?" Aku tanya Luke. Yelah selalunya Luca akan selalu ada dengan dia.

"Luca has emergency. His mom was sick." Oh, patutlah. Kesian dekat Luca. Innalillah...

Aku mengangguk lalu masuk ke dalam perut kereta itu. Aku duduk di seat sebelah pemandu.

Sepanjang perjalanan, aku hanya diam. Luke juga diam.

Disebabkan aku terlalu mengantuk,maka mata aku tertutup.

                       *            *            *
Kereta Velfire itu berhenti di hadapan rumah Fatihah.

Luke pandang Fatihah yang berada di sebelahnya itu sedang tidur nyenyak.

Wajah manis itu ditatap lama.

Luke dekatkan wajahnya dengan wajah Fatihah.

Fatihah tersedar. Mungkin kerana terasa hembusan nafas Luke.

Luke betulkan kedudukannya.
"Kita dah sampai ke?"

Luke mengangguk. "Oh, terima kasih Encik Luke." Aku senyum sekuntum lalu keluar dari perut kereta itu.

Luke memerhati langkah Fatihah dari dalam kereta.

PEREMPUAN ITU MILIK KU || OGWhere stories live. Discover now