BUNYI deringan telefon bimbit itu membuat aku tersedar dari lamunan. Tanganku pantas mencapai telefon itu.
Nama Farina terpapar di skrin telefon.
"Assalamualaikum Ina." Aku memulakan bicara.
"Waalaikumussalam akak."
"Ada apa Ina call akak?" Soalku ingin tahu.
"Maaf sangat-sangat akak. Ina tak dapat melawat akak dekat hospital. Ina busy study dekat kolej sekarang ni. Maaf ya akak?" Adu Farina.
Aku gelak kecil. "Takpe, akak faham. Lagipun akak cuma demam panas je. Bukan teruk pun."
Aku dan Farina berbual agak lama sebelum Farina menamatkan panggilan. Itupun kerana Farina ada kelas, kalau tidak mungkin lebih lama kami akan berbual. Maklumlah, sekarang ni kami sama-sama sibuk. Tak ada masa untuk meluangkan masa bersama.
Aku meletakkan telefon bimbit itu di atas meja ditepi katil. Aku bingkas bangun dan turun dari katil itu. Kaki dihayun ke bilik mandi untuk mengambil wudhu.
* * *
USAI membaca wirid dan doa, aku bingkas bangun dari sejadah. Telekung dan sejadah yang digunakan aku lipat dengan kemas dan diletak di atas sofa.Aku berjalan menuju ke arah katil. Punggung dilabuhkan di birai katil.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat wanita menerobos masuk ke dalam bilikku dengan sekuntum senyuman.
Aku juga turut melemparkan segaris senyuman padanya.
"Cik Fatihah dah boleh discharge hari ini." Kata jururawat itu dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya.
"Iya? Alhamdulillah. Bagus la kalau macam tu. Terima kasih." Aku menghadiahkan senyuman pada jururawat itu sebelum dia beredar keluar.
Aku mengelamun sendiri. "Akhirnya... Dapat juga aku keluar dari 'penjara' ni."
* * *
AKU menelefon Luca. " Luca. Saya dah boleh discharge."Terdengar suara Luca dari dalam telefon menyapa aku." 15 minit lagi saya sampai."
Aku mematikan panggilan. Tanganku mula ligat mencari barang-barang untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian.
Usai memasukkan barang dan pakaian ke dalam beg , aku labuhkan punggung di sofa yang disediakan di suatu sudut di bilik itu.
15 minit berlalu. Sosok Luca menerobos masuk ke dalam bilik aku. Dia melemparkan sekuntum senyuman padaku.
"You is the best driver in this world, I think."
Memang tak dinafikan, Luca lah orangnya. 15 minit dia berjanji, 15 minit jugalah dia sampai. Sharp!"See the legs la..." Ujar Luca dengan nada lagaknya. Aku gelak kecil.
Tanpa berlengah, Luca mencapai beg pakaianku. Kami keluar dari bilik itu secara beriringan.
* * *
LUCA membuka pintu penumpang hadapan. Aku masuk ke dalam perut kereta itu. Pintu itu ditutup rapat. Luca berjalan menuju ke pintu pemandu. Dia membuka pintu dan melabuhkan punggung di tempat duduk empuk itu.Kereta Range Rover hitam milik Luca meluncur keluar dari hospital itu.
* * *
LUCA parkir kereta Range Rover hitam yang dipandunya di halaman rumahku. Enjin kereta dimatikan. Luca membuka pintu dan keluar dari perut kereta itu.
Luca lajukan kakinya melangkah ke pintu penumpang hadapan. Belum sempat Luca memegang tombol pintu itu, aku sudah membukanya dahulu. Aku melangkahkan kaki keluar dari perut kereta itu.
Luca tersenyum. Tangannya mencapai beg pakaian aku yang masih berada di dalam kereta.
"Eh tak apa-tak apa. Biar saya bawa sendiri." Aku merampas beg pakaian yang berada di tangan Luca.
"Betul ni?" Luca angkat kening sebelah kirinya.
Aku angguk beberapa kali sebelum mengucapkan terima kasih. Aku melambai tangan pada Luca. Dia membalas lambaian aku dan seterusnya menyatukan kedua belah tangannya di atas kepala. Bentuk Love? Pecah tawa aku. Comel la pula Luca ni! Aku membuka langkah masuk ke dalam rumah.
* * *
PINTU ditutup rapat. Aku melangkah kaki ke tingkat atas.Tombol pintu kupulas. Aku menerobos masuk ke dalam bilik.
Mata aku tertumpu pada katil . Aku pantas melompat ke atas katil itu. Haa lega rasanya dapat tidur atas katil sendiri.
Tangan aku mencapai telefon bimbit yang berada di dalam beg dompet. Aku menelefon Farina.
Beberapa saat kemudian, suara Farina menyapa gegendang telinga aku.
"Assalamualaikum. Akak dah discharge ke?" Tanya Farina prihatin.
"Waalaikumussalam. Dah, akak ada dekat rumah ni. Ina balik pukul berapa?"
"Mungkin pukul 3 kut. Ina ada assignment nak disiapkan." Jawab Farina selamba.
Aku mengangguk beberapa kali."Akak nk masak pula ni. Ina sambung buat kerja eh? Assalamualaikum."
Farina menjawab salamku dan menamatkan panggilan.
Aku bingkas bangun dari katil dan menghayunkan kaki ke dapur.
* * *
JARUM jam menunjukkan pukul 3 petang. Aku menghidangkan makanan yang selesai dimasak di atas meja makan.Usai meletakkan semua makanan di meja makan, aku melangkahkan kaki ke pintu hadapan.
Tombol pintu dipulas. Sosok Farina tercegat di hadapan pintu dengan sekuntum senyuman.
"Ina! Mesti Ina lapar kan? Jom, akak dah masakkan lauk kesukaan Ina." Tangan aku menggengam tangan Farina.
Farina membontoti aku menuju ke dapur.
Aku melabuhkan punggung di kerusi. Farina juga turut melakukan hal yang sama.
Pinggan kaca dicapai, aku mencedok nasi lalu diletakkan pinggan itu dihadapan Farina. Aku dan Farina menikmati makanan itu.
Usai mengisi perut, kami bingkas bangun dari tempat duduk. Beberapa minit selepas menyimpan makanan, aku dan Farina melangkahkan kaki ke tingkat atas. Kami membawa haluan masing masing. Aku masuk ke dalam bilik aku, Farina masuk ke dalam bilik tidurnya.
* * *
YOU ARE READING
PEREMPUAN ITU MILIK KU || OG
RomanceJejaka kacukan Italy itu berjaya menambat hatinya. Namun, dia juga kadangkala teragak-agak untuk berbicara dengan jejaka itu. Dingin. "Kenapa Encik Luke lembut semacam aje bercakap? Selalunya asyik dry je." - Fatihah Ayreena "Reen... Tak lama lagi k...