Kring! Aku buka mata. Aku menggeliat kecil sebelum tangan mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja solek.
"Baru pukul 8:45..." Bibir aku mengumam. Aku letak kembali telefon itu di tempat asalnya. Mata kembali ditutup. Aku menarik selimut.
Aku buka mata. "Pukul 8:45?! Dah lewat..." Aku bingkas bangun dari perbaringan. Selimut yang menutupi tubuh diselak kasar . Sebaik sahaja kaki menyentuh lantai, laju aku berlari ke bilik mandi. Itulah, dah tau ada interview, tidur lewat jugak, kan dah bangun lewat.
Setelah selesai menyarung pakaian yang aku mahu, aku melilit tudung shawl berwarna putih susu dengan ala kadar sahaja. Aku mencapai beg sandang yang terletak di atas sofa lalu bergegas keluar dari bilik.
* * *
"Fatihah.. nak kemana pagi- pagi buta ni?" Ibu berjalan mendekati aku yang sedang bergegas menuruni anak tangga.
"Fatihah nak pergi interview, ibu."
"Dekat mana interview tu? Fatihah tak ada beritahu ibu pun?" Halah... Lupa lah pula nak minta kebenaran ibu. Mengantuk sangat semalam sampai tak sempat nak jumpa ibu.
"Em... Alamak ibu, dah lewat! Nanti Tihah balik Tihah explain eh?. Assalamualaikum ibu." Aku menarik lalu mengucup tangan ibu. Aku mencapai kunci kereta yang tergantung di tepi pintu rumah. Kaki dihayun keluar dari rumah. Sempat aku menjeling Farina dengan ekor mata. Dia terkedu dengan perilaku aku lah tu agaknya.
* * *
Kereta Axia milikku dipandu. Aku memarkir kenderaan pacuan empat roda itu di tempat parkir yang disediakan. Sambil memeluk dokumen yang mungkin diperlukan nanti, aku berlari-lari anak menuju ke arah pintu masuk bangunan gah itu.
Sebaik sahaja kaki menapak masuk ke dalam bangunan itu, mata aku tertumpu pada keindahannya.
Wah! Cantik yang amat hotel ni. Lampu chandelier tergantung di tengah syiling. Lampu yang berwarna kekuningan memancar ke seluruh sudut ruangan itu. Lantainya seakan-akan kaca. Di hotel itu terdapat 300 buah bilik dan 55 tingkat. Tinggi! Sah, bos dia mesti dah lama usahakan hotel ni. Itu pasal hotel ni gah semacam.
Berdasarkan kajian otak aku, bos dia mesti dah berusia punya. Mustahil muda-muda dah dapat mengusahakan hotel segah ini.
Aku mengatur langkah menuju ke kaunter perkhidmatan.
"Assalamualaikum cik. Boleh saya tanya dekat mana bilik boss?" Aku tayang senyum lebar kepada penjaga kaunter tersebut.
"Waalaikummussalam, boleh. Tapi sebelum tu, boleh saya tahu kenapa cik nak jumpa boss saya?" Penjaga kaunter tersebut membalas senyuman aku.
Aku menghulurkan sehelai kertas kepada penjaga kaunter tersebut.
"Oh, interview ke? Boleh boleh, mari ikut saya."
Maklumlah, aku belum tahu selok belok Hotel ni. Jadi aku hanya membontoti langkah penjaga kaunter tu .
* * *
Langkah aku terhenti sebaik sahaja penjaga kaunter itu berhenti melangkah.
Oh... patutlah, rupa-rupanya kami dah berada di hadapan bilik boss. Aku hanya memerhati pintu kayu yang besar itu."Cik, mari masuk."
Penjaga kaunter tadi mengetuk pintu besar itu. Sebaik sahaja seseorang disebalik pintu besar itu memberi arahan, penjaga kaunter itu membuka pintu lalu menapak masuk ke ruangan itu. Seperti biasanya, aku hanya membontoti langkah penjaga kaunter itu.
"Encik Luke, ada someone datang nak interview." Penjaga kaunter tadi tersenyum ke arah lelaki yang sedang duduk bersandar di kerusi empuk itu.
Aku terpandang wajah lelaki itu . Benarkah dia pengasas hotel ini? Mudanya! Mustahillah, muda-muda dah ada hotel sendiri...
Lelaki itu memakai sut lengkap, rambutnya disikat rapi, hanya beberapa helaian rambut yang jatuh ke dahi nya. Matanya berwarna Hazel. Kulitnya putih. Wajahnya... Kacukan atau benar-benar Italian?
Lelaki itu mengangkat kepala. Tanpa sengaja, aku terpandang mata Hazelnya. Dia seakan-akan memberi isyarat supaya penjaga kaunter tersebut hanya membiarkan kami berdua di dalam bilik itu.
Beberapa saat selepas penjaga kaunter tadi keluar dari ruangan ini. Bilik itu sunyi, hanya bunyi pendingin hawa sahaja yang kedengaran.
"Awak datang nak interview ya?" Suara itu memecahkan kesunyian.
"Aaa... y-ya." Tergagap-gagap aku menjawab soalan itu.
"Hmm... Awak sure ke nak kerja dekat sini?" Matanya merenung tepat ke dalam anak mata aku. Suaranya beku. Sangat serius.
"Kenapa? Salah ke saya kerja kat sini?" Kenapa dia tanya soalan begitu?
Lelaki itu memandang wajah aku dengan renungan yang tajam.
"Sit." Lelaki itu seperti memberi arahan kepada aku. Aku melabuhkan punggung di kerusi empuk yang tersedia di meja kerja lelaki itu.
"Well.. If awak nak kerja kat sini jugak..." Jeda. "Awak kena ikut arahan saya sebagai boss awak. Understand?"
Kalau jadi anak buah, mestilah kena ikut arahan dari ketua. Mungkin pernah ada pekerja yang langgar arahan dia, sebab tu dia bagi pesanan mesra dekat aku.
Lelaki itu menyilang tangan ke dada sambil merenung tajam ke dalam anak mata aku. Belakang badannya disandar pada kerusi.
"Yes. Saya janji saya akan jadi staff terbaik di hotel ini." Ujar aku yakin.
"Good. Petang ni awak dah boleh mula bekerja dekat sini. Anything you not understand, you can talk to me or Kak Hayati. Dia ada di tingkat 52."Terang lelaki itu satu persatu.
Aik! Macam tu aje dia terima aku kerja dekat hotel dia? Taknak tengok sijil kelayakan aku ke? Tak apa lah, asalkan dapat kerja.
"Tunggu apa lagi? Awak dah boleh balik. Saya ada banyak lagi kerja nak buat." Lelaki itu kembali mengalihkan perhatian pada kertas yang bertimbun di atas meja kerjanya.
Mulut aku terkumat-kamit mengutuk lelaki dihadapan aku saat ini. Rasa mahu Aje aku bagi pelempang percuma dekat makhluk tuhan yang satu ini. Acah macho!Aku bingkas bangun dari tempat duduk.
"Terima kasih encik... Luke." Aku memusing tubuh membelakangi lelaki itu. Kaki dihayun menuju ke pintu bilik. Dengan cermat aku menarik pintu itu. Sebaik sahaja pintu itu terbuka, aku melangkah keluar dari ruang itu.
* * *
"Ibu! Ibu! Tihah dah dapat kerja." Aku berteriak sebaik sahaja melangkah keluar dari perut kereta.Maklumlah overeact orang kata.
"Iya?! Alhamdulillah... dekat mana tempat kerja Tihah?" Ibu memegang tangan aku dengan erat.
"Tihah kerja dekat hotel ibu. Tapi tak tahu lagi bertugas di bahagian apa. Tak ada pula dia bagitahu."
"Oh... tak apa la. Asalkan Tihah dapat kerja. Ibu bersyukur sangat!" Ibu tersenyum gembira.
* * *
Pintu bilik aku terbuka luas sebaik sahaja ditolak kuat oleh Farina. Belum apa-apa dah datang dah budak ni. Huh!
"Akak dapat kerja? Dekat mana?" Wajah gadis itu terlihat begitu teruja.
Aku dah agak dah budak ni mesti tanya pasal kerja. Lepastu mulalah dia nak kikis duit aku.
"Yang adik sibuk sangat ni kenapa?..."
"Alaa. Ina tanya je." Farina muncungkan bibir mungilnya.
Aku memandang Farina dengan ekor mata.Kesian la pulak.
"Akak kerja dekat hotel dik." Aku melabuhkan punggung di birai katil.
Farina berjalan mendekati aku. Dia melabuhkan punggung di samping aku. Bibir mengukir senyum penuh makna.
"Nanti akak dah dapat gaji, bolehlah akak belanja Ina kan?" Farina menjongket sebelah keningnya beberapa kali.
Aku menjeling Farina tajam. Itu sahaja yang dia tahu.
"Akak belum start kerja lagi tau. Tapi, Ina dah asah pisau cukur." Kurang asam punya adik.
YOU ARE READING
PEREMPUAN ITU MILIK KU || OG
RomanceJejaka kacukan Italy itu berjaya menambat hatinya. Namun, dia juga kadangkala teragak-agak untuk berbicara dengan jejaka itu. Dingin. "Kenapa Encik Luke lembut semacam aje bercakap? Selalunya asyik dry je." - Fatihah Ayreena "Reen... Tak lama lagi k...