SINARAN matahari menembusi kaca, memancar tepat ke wajahku. Oleh kerana silau, aku akhirnya merajinkan diri untuk membuka mata. Mengantuknya... Tangan kanan aku menepuk-nepuk tilam disebelahku.
Tempat itu kosong. Sudah bangun ke Luke ni? Aku bingkas bangun dari baringan. Mata aku melilau disekeliling ruangan itu. Tak ada pula. Mata aku tertumpu pada bilik pakaian. Aku turun dari katil dan berjalan menuju ke bilik pakaian.
Sliding door itu digeser perlahan. Mata aku melilau memandang sekeliling ruangan itu. Tak ada juga? Kemana suami kesayangan aku ni pergi?
"Sayang?"
Hampir terbang di awang-awangan aku pagi-pagi ni. Aku memalingkan tubuh, menghadap si pemilik suara. Haih... Kalau ya pun, bagi la salam dulu. Tak ada la dia jadi si katak lompat pagi-pagi buta ni. Alahai...
"Sayang cari apa dalam tu?" Soal Luke, sambil kedua belah tangannya memegang tuala dan menggosok-gosok rambutnya yang masih lembap. Nampaknya baru lepas mandi. Rambut pun serabai lagi, masih belum disikat.
"Reen cari abang. Reen ingatkan abang ada dekat dalam bilik pakaian."
Bibir Luke mengukir senyuman."Baru sekejap abang tinggal Reen, dah rindu?" Lain macam. Pagi-pagi dah miang, sejak bila ni? Entah-entah Luke jadi macam ni sebab penangan cinta aku. Ye tak?
Aku lepaskan tawa. "Perasan la abang ni!" Aku buat muka cemberut. Malu, siapa suruh pagi-pagi lagi dah tercari-cari dia? Kan dah mendapat! Muka aje protes, tapi dalam hati nak dimanja lagi. Kan, Reen?
Luke buat muka suspen. Hidungnya seperti sedang mengamati bau sesuatu. Dah kenapa suami aku ni? Nak jadi dog ke pagi-pagi ni? Buang tabiat betul.
"Jap! Abang rasa, abang ada bau sesuatu la." Luke mendekatkan hidungnya ke arah aku.
"Bau? Bau apa? Reen tak bau apa-apa pun."
Alahai minah ni. Harapkan muka aje cantik, tapi tak sedar diri. Buat-buat tak faham ke apa ni?"Abang bau orang tak mandi. Huh! Busuk! Pergi mandi sekarang sayang."Luke sengih sambil tangannya mencubit hidung aku menggunakan celahan jari telunjuk dan jari tengahnya.
Aku senyum. Senyum-senyum, dah macam kerang busuk.
"Yelah ii Reen otw nak mandi la ni." Aku membuka langkah, berjalan menuju ke bilik mandi.
Luke senyum sekuntum. Pagi-pagi lagi dia dah rasa bahagia. Kesimpulannya, kalau nak rumah tangga bahagia, bahagiakan isteri dulu. Kalau isteri senyum baru la suami akan turut tersenyum. Amboi! Luke Elfata dah pandai buat mitos sendiri eh sekarang? Hahaha!
AKU melabuhkan punggung duduk di sofa disamping Luke. Aku meletakkan kepala di dada bidang Luke yang berlapikkan baju t-shirt. Saja nak manja-manja dengan suami pagi-pagi ni. Jarang-jarang Luke ada dirumah. Selalunya bila dia ada kerja dekat pejabat tu, lewat malam baru dia balik. Tak pun petang, baru la dapat tengok muka kacaknya itu.
"Reen. Sayang tak rasa bosan ke hari-hari duduk dalam rumah ni?" Spontan soalan itu keluar dari mulutnya.
Aku memikir-mikir. "Kadang-kadang tu bosan la juga. Kenapa? Abang nak bawa Reen jalan-jalan?" Aku memandang wajah Luke dengan penuh harapan. Menunggu jawapan yang akan keluar dari mulutnya.
Luke sengih."Ha'ah. Abang rasa macam nak bawa sayang honeymoon. Tapi abang nak sayang yang pilih tempatnya." Jari telunjuknya menyentuh hidung aku. Eleh! Tahulah hidung isteri dia ni mancung. Hahaha!
Aku tunjuk muka teruja. Macam best je! Siap boleh pilih sendiri lagi, nak honeymoon dekat mana.
"Boleh tak kita honeymoon dekat Malaysia je?"
Bibir Luke mengukir senyum. "Sayang... Abang ok je sayang nak honeymoon dekat Malaysia. Lagipun Malaysia juga tak kurang cantiknya macam negara lain. "
"Emm... Dekat mana Reen nak pergi?" Soal Luke ingin tahu.
Aku tunjuk muka suspen. Saja nak bagi dia confius.
"Kita pergi Pulau Redang dekat Terengganu? Boleh?" Aku memandang wajah Luke dengan mengharap jawapan daripada mulutnya.
Bibir Luke mengukir senyum. Tangannya mendarat diatas kepalaku. "InsyaAllah sayang... Kalau Allah izinkan kita pergi ya?"
Aku mengangguk tanda setuju. Tak lama selepas itu aku diam. Memikirkan sesuatu. " Tapi, bila kita nak pergi?"
"Next week, ok sayang?" Luke pula yang mengharap jawapan dari aku.
Aku diam, berfikir sejenak. Tak lama selepas itu aku mengangguk beberapa kali tanda bersetuju dengan cadangan Luke.
* * *AKU melangkah ke dapur. Terasa lapar la pula petang-petang begini. Setelah tiga jam berada di ruang tamu bersama Luke. Ala, bukan buat apa pun. Aku dengan Luke hanya menonton televisyen. Jarang-jarang sekali luangkan masa bersama.
Aku memanjangkan tangan membuka pintu kabinet dapur. Aku mengeluh kecil setelah melihat isi kabinet itu. Kosong? Bila pula aku dengan Luke makan makanan segera ni? Haritu aku tengok, masih banyak. Tak akan la toyol yang curi?
Aku memusingkan kepala, memandang ruang tamu. Mencari kelibat si suami. Bagus la! Luke masih berada di sofa, sedang menonton televisyen. Boleh aku pujuk dia keluar shopping barang-barang 'sikit' .
Luke perasan yang aku sedang memerhatikannya dari dapur. Dia memandang aku yang masih tercegat seperti patung.
"Kenapa sayang?"
Aku berjalan mendekati Luke yang sedang duduk di sofa.
"Barang dapur dah habis la abang. Boleh tak Reen keluar beli barang 'kejap'? 'Sekejap' sahaja, tak lama pun." Aku tayang muka 50 sen. Minta belas kasihan dari Luke.
Lama juga Luke tatap wajah aku. Entah apa yang dia tenung pun aku tak tahu.
"Abang teman." Pantas Luke bingkas bangun dari sofa. Kakinya melangkah ke bilik tidur.
Perasaan aku sekarang ni? Tak tahu nak cakap apa. Nak mengeluh pun ada, nak melompat pun ada. Kenapa mengeluh? Sebab awal-awal lagi aku dah pasang niat nak beli aiskrim. Aku takut kalau Luke tak bagi! Kenapa aku nak melompat? Sebab aku rasa gembira. Mesti nanti tak akan ada punya orang yang pandang rendah terhadap aku (walaupun aku memang rendah) sebab Luke kan Helok. Orang yang nak kacau aku pun takut nak dekat-dekat.
Trylah dekat-dekat... Kena terajang satgi dekat suami aku. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Haaa!
Tak lama selepas itu, pintu bilik itu terbuka luas. Luke melangkah keluar dari bilik itu. Aku memandangnya dari atas ke bawah. Dia memakai seluar jeans hitam dengan t-shirt berwarna hitam. Style pulak dia harini. Aku memerhati hoodie kulit yang berada di tangan kanannya.
Selepas itu, dia mengambil hoodie kulit itu lalu disarungkan ketubuhnya. Peh! Bergaya betul suami aku ni...
Oh ya! Jangan tanya aku dah tukar baju ke belum ya? Aku memang dah tukar awal-awal lagi. Tudung pun sudah tersarung di kepala. Aku mencapai beg sandang yang berada di meja kecil di tepi sofa.
Luke pegang tangan aku. Kemas tapi penuh kelembutan.
Continue ya darling😔(x sempat nk sambung)
Thanks! Keep waiting ;)
YOU ARE READING
PEREMPUAN ITU MILIK KU || OG
Roman d'amourJejaka kacukan Italy itu berjaya menambat hatinya. Namun, dia juga kadangkala teragak-agak untuk berbicara dengan jejaka itu. Dingin. "Kenapa Encik Luke lembut semacam aje bercakap? Selalunya asyik dry je." - Fatihah Ayreena "Reen... Tak lama lagi k...