Fail aku hempaskan diatas meja malang itu. Tak guna punya pembekal! Ada ke patut last minute
cancelkan penghantaran barang?! Sampai bos besar salahkan aku sebab kononnya tak hantar
details dengan date yang precise dekat Mr. Wong. Padahal aku dah hantar pun! First time bos marah besar macam ni. Tak boleh jadi ni,
aku kena tunjukkan bukti email tu. PC diatas meja aku hidupkan dan jari mula memainkan peranan klik sana klik sini. Mana ni? Ish! Bengangnya!"Knock-knock! Assalamualaikum!" tu dia bala sudah mari. Naufal datang salah timing ni..
"Naufal, saya sibuk ni. Tolong jangan ganggu?"aku cuba berlembut. Walaupun hakikatnya dada aku bagai nak pecah terlalu
marah!"Kusut aje nampak? Ada masalah ke? Apa boleh saya bantu?" prihatin dia bertanya. Aku berpura- pura tidak mendengar dan berdiam diri.
Mataku masih tertumpu sepenuhnya pada skrin komputer. Apasal email tu tak ada? Aku betul-
betul tak ada send ke? Masalah betul!"Iman?" serunya.
"Memang saya tengah kusut dan saya harap sangat-sangat awak tak tambah kekusutan saya sekarang ni. Masalah saya ni awak bukannya boleh buat apa pun! Keluar aje lah! Tak payah bawakkan saya lunch lagi. saya boleh makan sendiri!" tengkingku sambil menolak bekas diatas mejaku yang baru sahaja dia letakkan. Kerja penolong jurutera, tapi dah macam office boy pulak bawakkan orang lain makanan
Inilah aku, perkara kecil pun aku geramkan bila sudah marah menguasai diri. Ditambah lagi waktu ni dah nak dekat-dekat period aku. Memang singa betinalah menjelma!"Iman.."
"Please Naufal. Just..get lost." Ujarku sambil memicit pangkal hidung. Badan sudah
kusandarkan pada kerusi empuk.Aku memejamkan mata. Dari hujung telingaku dapat kutangkap bunyi keluhannya.
"Cubalah ubah sikit sikap baran awak tu Iman. Jaga hati orang lain sikit." Kata-kata terakhir dari Naufal sebelum keluar dari pejabatku. Aku membuka mata. Astaghfirullahalazim.. muka
kuraup sampaikan selendang pun dah tersenget- senget.Menyedari aku yang bersalah dalam hal ni, aku sendiri turun padang ke syarikat Mr. Wong untuk
memohon maaf dan meneruskan urus niaga. Fuhh! Hampir dua jam aku dekat syarikat Mr.
Wong tu. Tapi alhamdulillah, selesai satu masalah. Eh, satu lagi! masalah dengan Naufal..Ya Allah, aku rasa bersalah sangat dengan dia. Salah sendiri, orang lain jadi mangsa! Melampau ke kata-kata aku pada dia tadi? err.. melampau sangat kot. Mintak maaf pakai mesej ajelah. Tak pun pujuk aje dia besok dekat ofis. Sambil-
sambil nak mintak tolong something. Hoho..
***

ANDA SEDANG MEMBACA
Kekasih sepenuh masa
RomanceCerpen ini adalah hasil karya Thia Elea yang di petik dari laman penulisan2u. Selamat membaca!