- Kalau ye pun tak sudi, tak payahla tunjukkan sgt (╯□╰)
Mesej ringkas dari Naufal aku baca setelah aku selesai menunaikan tanggungjawab kepada Pencipta. Dari mana pulak dia dapat phone
number aku ni? Malas aku nak balas.
Penat sungguh rasanya membuatkan aku ingin beradu
lebih awal malam ni. Galaxy Note III ku itu bergetar lagi menghalang niatku untuk menutup
mata.
- Penat saya masak Iman tak hargai langsung (╯□╰)
Kali ni aku sudah terduduk dari pembaringanku. Pasal bekal tadi ke? Dia yang masak? Waa..first
time ada lelaki masak untuk aku. Kalau aku tahu sumpah aku tak bagi orang lain sentuh! Aduhh..dah kenapa aku ni? Terharu tak tentu
pasal?
- Sorry. Betul2 tak sempat mkn tadi. drpd membazir, baik saya bagi orang lain.
Aku balas jugak sms dia. Tak tahu kenapa, aku rasa nak explain panjang lebar dekat dia tapi aku
tahan aje.
- lepas ni kalau saya bagi lagi, awak mesti mkn taw! (╯□╰)
Aku tergelak kecil bila dia menghantar emoticon yang sama dalam setiap mesej.Betul-betul marah gamaknya.
- Ok. jangan nasi kangkang sudah lah
Aku menghantar sms yang berbaur gurauan. Dah sejak bila?
- Saya org islam lah! Tak buat benda syirik! Janji awak akan mkn? (╯□╰)
Adeh si Naufal ni. Aku hanya menggeleng- gelengkan kepala.
- ya, jnji.ツ
- Iman mrh lagi ke psl kmarin?
- tak mrh.. Dah, pegi tido!
Butang send aku tekan. Handphone kembali diletakkan diatas meja sisi katilku dan kepala kembali aku benamkan pada bantal empuk lagi
fluffy.
Tiba-tiba aku dapat merasakan getaran dari meja. Aik?
- tq! Good nite n luv u syg..
Membulat mataku membacanya! Nasib baik tak tersembul keluar. Berdrama swasta lah pulak
malam-malam buta. Tak teringin aku membalas mesej itu. Kesian dia kalau aku balas yang bukan-bukan. Atau lebih teruk, aku yang akan start pikir benda yang bukan-
bukan. Memang aku akui aku tertarik dengan dia, tapi itu aje! aku tak..suka..dia. Kan?
Aku kembali melentokkan kepala diatas bantal. Baca doa sebelum tidur, baca 3 kul, dan selawat
lebih sikit sampailah aku menutup mata. Semoga Allah kembalikan roh aku selepas tidur. Pahala
sangat tak cukup lagi ni nak dibawa ke akhirat…
***

ANDA SEDANG MEMBACA
Kekasih sepenuh masa
RomansaCerpen ini adalah hasil karya Thia Elea yang di petik dari laman penulisan2u. Selamat membaca!