Part 3

2.1K 54 0
                                        

“Iman!” awal pagi lagi Naufal sudah tersembul didalam pejabat ku. Senyuman cerianya menjadi sarapan untuk aku pagi tak indah ini. Malangnya aku takde selera pun nak tengok. Nampak gayanya tak tercapailah motto ‘the third and the last’ aku tu bila mengenangkan yang Naufal bekerja dibawah aku. Dan sekali lagi disahkan bahawa dia ni memang tak paham bahasa bila dia berlagak peristiwa aku tolak lamaran dia di khalayak ramai tu macam tak pernah berlaku.Walhal baru minggu lepas kot!

“Its Cik Iman if you please.” Kata lah aku sombong. Memang! Cakap aje aku bajet bagus. Aku tak kisah!

“Nasib baik bukan Puan kan? Tapi lepas kita kahwin, insyaAllah awak dapat pegang title tu.” Dia ketawa kecil. Aku mendengus.

“Nak apa awal pagi ni? Saya ada banyak kerja lagi tahu! Kalau datang setakat nak menyemak,

baik awak keluar.” Aku menuturkan ayat pedas tanpa perasaan.

“Saya datang nak bagi ni. Kerja yang awak bagi kat saya. Dah siap dah.” Masih ceria walaupun

terkena sedas tengkingan aku. Fail itu aku sambut lalu menyuruh dia keluar saja.

“Lunch sama-sama nanti nak tak?” pelawanya. Aisemen..ingatkan dah blah mamat ni!

“Tak kuasa saya nak keluar makan dengan awak.. Awak ingat saya dah lupa apa yang awak pernah buat dulu?” aku mengungkit menandakan aku tak mahu pisang berbuah beribu kali.

“Alaah.. Saya janji takkan buat lagi!” dia mengangkat tangan tanda sumpah.

“No is a no encik Naufal. Saya taknak kena skandal dengan awak pulak kalau ada orang lain nampak.” Aku berpura-pura sibuk dengan

harapan dia berhenti mengganggu.

“Huh?” dia kepelikan. Aku mengangkat muka memandang dia.

“Bukan kita berdua ajelah.. Yang lain pun ikut sama. Hari ni kan Mr. Is nak belanja makan..” jelasnya. Erk! Termalu sendiri aku. Aduhai lupa.. Aku berdehem beberapa kali. Tapi yang pasti muka aku tengah memerah sekarang ni.

“Lupa pulak. Thanks sebab tolong ingatkan.” Aku cover line.

“Anytime.” Balasnya sambil tersengih. Dia sedar agaknya aku salah tembak hari ni. Well, mestilah

sedar kan. Tak terbayang betapa kerek dan egonya aku tadi. Shame on me!

“ Handsome gila kan si Naufal tu!” aku terdengar Ellisa memuji Naufal. Main bisik-bisik dengan si Aina pulak tu. Macamlah aku tak dengar, kan aku duduk sebelah dia ni. Entah kenapa hati aku kurang senang bila mendengar ada orang minat Naufal. Ceh! Tak kuasa aku!

“Handsome tu memanglah handsome, tapi kau tahu tak? Dia tu kerja driver aje sebelum ni..

macam spesies pemalas aje aku tengok.” Aina menambah. Amboi.. mengumpat depan rezeki. Mentang-mentang lunch free! Aku meminum air untuk melancarkan makanan yang aku kunyah

masuk kedalam perut. Selepas itu aku sengaja berdehem menyedarkan kedua gadis itu.

Mentang-mentang Naufal pergi tandas, ambik kesempatan pulak diorang.

“Pemalas ke apa aku tak kisah. Aku boleh kerja untuk cari rezeki untuk kitorang bila dah kahwin nanti.” Ellisa memasang angan-angan.Eleh,perasan! Naufal tu suka dekat aku tahu! Jeritku dalam hati. Kedua gadis itu ketawa riang. Cakaplah macam tu, dapat yang pemalas betul- betul baru tahu! Lagipun bila masa si Naufal tu pemalas pulak? Kerja aku bagi mesti dia siapkan

on time. Sebelum ni memanglah dia driver, tapi atleast ada kerja kan? Bukannya menganggur

pun. Sedar tak sedar aku terbela pulak mamat tu. Nasib baik monolog dalaman aje, kalau tak..

“Cinta buta betul kau ni. Macamlah Naufal suka kat kau!” balas Aina perlahan sambil tertawa.

“Qira? Awak dengar tak apa saya tanya ni?” encik Iskandar dihadapanku menggawangkan

tangan pada wajahku. Aku tersengih menutup rasa bersalah. Terpaksalah aku bertanya semula

tentang soalannya tadi.

“Sorry guys.” Dengan senyuman manisnya Naufal kembali duduk ditempatnya tadi berhadapan

dengan Ellisa. Sekali lagi aku distracted dan aku sibuk tengok Aina disebelahku yang tersengih- sengih sambil menyelitkan rambut ketelinga.

Aku menjeling lalu mataku bertemu dengan mata indah Naufal. Boleh-boleh pulak aku dan dia saling bertentang mata waktu macam ni? Lebih kurang 10 saat dan aku segera mengalihkan pandang dan menumpukan perhatian kepada Mr.

Is kembali. Eii, seram! Tetiba jantung berdegup bagai. Takmau!

***

Kekasih sepenuh masaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang