Part 17

2.7K 115 6
                                    

EPILOG
Starbuck, 3 bulan lepas
" Saya single... and only available for you."
"Aww..Really?" tersengih-sengih aku bertanya. Mata pun ada blink-blink. Feeling pulak pink-pink. Bangga bila dia available untuk aku saja! Lagu dari Duta featuring Baizura Kahar, Cinta Antara Kita terpasang diradio minda.. inikah rasa jatuh cinta berulang kali? Pada orang yang sama..
Sudah berapa lama
Diriku ini tak bertemumu
Mungkin kuharap jua
Kau merinduku sebagai mana kurindumu...

"Oh ya Naufal. Saya nak mintak maaf pada awak." Setelah lama mulut terkunci dan hanya mata memain peranan, aku bersuara.
"Pasal apa?"
"Pasal saya selalu marah awak tanpa sebab. Lepas ni kan, kalau saya termarah awak pun, tak payahlah sampai tinggalkan saya lagi ya? Dah lah saya tak berapa reti nak pujuk orang lelaki ni." Naufal mengeluh sambil tersengih.
"FYI cik Iman. Saya bukannya lari dari awak masa tu. Saya terpaksa ke Jepun untuk tolong ummi uruskan branch Brilliantz dekat sana. Tergesa-gesa sangat masa tu sampai tak sempat nak inform awak. Handphone saya pun hilang, jadi ter'lost' contactlah dengan awak. Balik aje Malaysia, tau-tau awak dah nak kahwin dengan orang lain. Saya pun tak beranilah kacau.." Jelasnya.
"Jadi bukan sebab saya maki awak ke awak pergi?"
"Ye lah yang oi. Saya ni kan tahan kena maki berbakul-bakul dengan awak, buat apa hal kecik pun terus nak merajuk? Tak macholah macam tu." Senyumanku makin melebar mendengar penjelasannya. Means, aku masih boleh marah-marah dia lepas ni? Hehehe..
"Naufal.." sekarang ni aku rasa aku suka sangat dengan nama dia..
"Hmm?" Naufal menongkat pipi kanannya menghadap aku. Comel sangat bila dia buat macam tu. Aku rasa sekarang macam kami berdua aje ada dalam Starbuck ni. Cewah jiwang!
"Naufal." Dua kali aku panggil nama dia. Sedap aje didengar.
"Yes sayang?"
"Upah awak hari tu kan, saya belum bayar lagi. So, saya nak bayar dengan bagi tawaran kerja untuk awak." Macam gaya nak buat bisnes berjuta aje aku bercakap dengan si Naufal. Serius memanjang!
"Kerja apa?"
"Full-time lover. Kekasih sepenuh masa untuk saya. Satunya-satunya jawatan kosong dalam hati saya dan cuma awak aje yang lulus interview." Naufal tersenyum lebar.
"Will you ask me to marry you again?" there I said it! No more regret Iman! Nak malu apa, aku bukan lamar dia. Aku cuma suruh dia lamar aku. Beza kann? Beza lah tu..
"Of course I will." Semoga dia kekal sebagai jodohku sehingga akhir waktu, dan jodohnya hanya dengan aku, taknak madu! Dengan izin-NYA. Aminn..
~~~TAMMAT

T. Elea
Trimas kerana sudi baca karya kerdil dari saya ..
Segala salah silap dan kekurangan dalam cerpen ini mohon dihalalkan
Pendapat pembaca sangat penting bagi penulis cabuk macam saya, so..
Rajin-rajinkanlah jari anda untuk komen ya! (>_<)v
p/s::
-sila support novel saya dlm p2u, Dia Bestfriend Halalku

Kekasih sepenuh masaWhere stories live. Discover now