Part 15

1.5K 106 0
                                    

"Ada budak tadi tanya kalau saya kenal dengan Imani Aqirra. Terkejut jugak saya dia tanya. Bila saya kata saya kenal, dia terus jabat tangan saya dan cakap yang betullah saya ni tunang awak. Apa maksud dia? Dia tak tahu ke yang awak dah kahwin?" hampir tersedak aku minum kopi lazat starbuck ni.
"Mana awak tahu saya dah kahwin?" aku dapat sense disitu Naufal macam tak boleh tengok aku. Asyik larikan mata aje. Dia bencikan aku ke?
"Saya nampak kad jemputan kahwin awak hari tu. Daddy awak ada hantar pada walid saya."
"Tan Sri Nokman?" Naufal mengangguk. Aku dah agak sebab wajah seseorang yang daddy kenalkan sebagai Tan Sri Nokman itu mengingatkan aku pada Naufal.
"Awak ada pergi ke majlis saya tu?" Naufal menggeleng lemah.
"Saya tak sanggup nak tengok awak pegang tangan orang lain selain saya. Sorry." Hatiku bagaikan berbunga mendengar kata-kata itu dari dia.
"Sepatutnya awak pergi!" dengan nada marah aku berkata pada dia. Hish,kalaulah dia pergi majlis-tak-jadi aku tu, mesti aku tak tertunggang terbalik dekat sini asyik ingatkan dia! Mesti kitorang dah happily ever after. Iman...remember, Islam taught us not to berkalau-kalau. Kun fayakun.
"Kenapa? Supaya hati saya jadi lebih sakit?"
"Tak. Supaya awak nampak saya tak pegang tangan sesiapa pun kecuali tangan pengantin perempuan iaitu adik saya." Naufal terdiam. Lama.
"Saya tak jadi kahwin pun masa tu. Adik saya yang kahwin. Panjang ceritanya kalau nak diceritakan sekarang."
"Awak serius ke ni Iman?"
"Betul lah! Siapa suruh awak tak datang hari tu tengok Yan kahwin. Okey, yang tu kita tolak tepi. Sekarang saya nak tahu, awak dah kahwin ke belum?" tak tahu malu aku bertanya. Ya lah, kalau malu-malu kucing karang, aku jugak yang gigit jari! Naufal ketawa kecil.
"No..I'm not married..yet." jawabnya ringkas.
"Single and available tak?" dia ketawa kuat. Apa dia ingat aku buat lawak ke apa? Orang tanya serius ni..
"Saya single and only available for you." O..key.. Sila pasang lagu jiwang sekarang. Terukir dibintang kalau boleh. Ahaks!
***

Kekasih sepenuh masaWhere stories live. Discover now