2 bulan berlalu dan kini aku selamat bergelar tunangan orang. Yes. I'm engaged. Macam mana semua ni boleh berlaku? Cerita dia simple aje.. keesokan hari selepas aku bawa Naufal jumpa family aku, aku dapat tahu dia dah resign dan sudah menghilangkan diri entah kemana. Aku ada jugak tunggu dia datang masuk meminang macam yang dia cakap hari tu. Manatahu kan, terjadi macam dalam novel-novel si Izyan tu.. Tapi hampa. Hati aku memaksa untuk mencari dia, tetapi akal aku melarang keras.
Aku mengambil keputusan untuk berterus-terang dengan daddy about everything. Daddy tersangatlah murka sehingga dia menyuruh kawannya datang untuk meminang aku keesokkan harinya jugak. Dan hasilnya... Dr. Hafiz Irfan is my Mr. Tunang now. I know..complicated isn't it? Aku cuma rasa nak keep it simple. Taklah serabut sangat otak aku.
"Iman?"
"Huh?" mati lamunanku dek panggilan dari Hafiz. Doktor yang berusia 29 tahun memang kacak orangnya. Dengan kaca mata sentiasa tersangkut dihidung dan rambut belah tepi ala-ala nerd, memang mampu mencairkan hati wanita memandang terutamanya bila dia memakai kot putihnya. Aku pasti ramai nurse-nurse akan meraung bila diorang tengok aku bersanding disebelah dia.
Tapi tu semua tak membawa makna apa-apa. Hati aku rasa kosong. Aku tak pasti sama ada aku akan bisa mencintai Hafiz. Aku hanya mampu berserah pada-NYA.
Hafiz ada dihadapan aku. Aku kesian pada dia. Dia didepan mata, tapi bukan dihati. Aku layan dia acuh tak acuh saja. Nasib baiklah setiap kali pergi 'dating' aku bawa Yan sekali. Yan ajelah jadi tukang layan dia. Doktor tu pun, macam lebih berminat nak bercerita dengan Yan dari aku. So, aku carefree ajelah. Haha..macam aku pulak yang teman diorang pergi dating!
Hafiz ketawa dan Yan jugak ketawa sambil memandang aku. Err..aku tak dengar apa Hafiz cakap tadi. Solutionnya ialah, tumpang ketawa sama. Ha! Ha! ha!
"Apa lah korang ni.." tambahku sebagai perencah masakan bahawasanya aku dengar lawak diorang tadi.
"Betullah! Kak Iman bayangkan eh, bla..bla..bla.." apa yang Yan ceritakan sudah tidak masuk ke otakku tetapi aku terus menumpukan perhatian demi menjaga hati dia. Mataku menangkap sesuatu. Hafiz! Dia sedang ralit merenung adik aku yang busy menceritakan stuffs pada aku! Mata tak berkedip. Senyum-senyum pulak tu! Hafiz suka dekat Yan ke?
***
YOU ARE READING
Kekasih sepenuh masa
Roman d'amourCerpen ini adalah hasil karya Thia Elea yang di petik dari laman penulisan2u. Selamat membaca!